CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE MELALUI PORTAL myASNB

[ASB Online]

Kelmarin, berbaris orang dekat Maybank...baru saya ingat itu mesti kes mahu keluarkan duit ASB. Sebenarnya anda boleh buat secara online.

Cara keluarkan duit ASB online

Jom tengok langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:

  1. Daftar dulu sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB.
    Tekan DAFTAR dan isikan maklumat pengguna
  2. Login macam biasa bila dah daftar. Masukkan ID dan KATA LALUAN.
  3. Klik menu PORTFOLIO
  4. Klik butang TRANSAKSI 
  5. Pilih JUALAN BALIK
  6. Baca dan fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
  7. Masukkan jumlah berapa RM yang kita nak keluarkan duit ASB tu.
  8. Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
  9. Tekan butang TERUSKAN
  10. Klik PERMINTAAN TAC dan anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
  11. Masukkan nombor TAC yang diterima itu.
  12. Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan.
  13. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam masa 2-3 hari bekerja.
  14. Selesai!

NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Maklumat Tambahan Tentang Pengeluaran ASB Online

Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

Waktu Urusniaga

Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan


Post a Comment

0 Comments