CARA SEMAK NOMBOR AHLI / AKAUN ASNB MELALUI MAYBANK2U

[Cara Semak Akaun ASNB Online Melalui Maybank2U]

Ternyata masih ramai yang belum tahu bagaimana cara menyemak nombor ahli / akaun ASNB melalui Maybank2U. Sebenarnya, sangat mudah.  

Semenjak penggunaan buku ASNB dimansuhkan, nombor akaun ASNB yang lama (9 digit) telah ditukar dan diseragamkan kepada nombor baru sebanyak 12 digit. Saya sempat menggunakan buku dan kalau kekurangan duit, kita tengoklah buku tu sebagai pengubat ''oh, ternyata masih ada duit di sini''.

Dulu, jika kita memiliki akaun ASB, ASB2 dan ASN contohnya, nombor akaun bagi setiap dana adalah berbeza.

Kini, kesemua jenis akaun di bawah ASNB menggunakan satu nombor sahaja. Cuma berbeza dari segi dana. Bermakna, jika kita memiliki akaun ASB dan ASB2, nombor akaun bagi kedua-dua akaun adalah sama.

Untuk mengetahui nombor akaun ASNB, terdapat dua cara iaitu :

1. Hadir ke cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk semak nombor akaun atau minta penyata akaun.

2. Semakan secara online menggunakan myASNB dan Maybank2u. 

Untuk semakan myASNB, kita terlebih dahulu perlu buat pendaftaran no telefon dalam sistem ASNB. Pendaftaran boleh dibuat di cawangan ASNB dan ejen. Selepas itu barulah anda boleh mendaftar di myasnb.com.my 

Melalui Maybank2u. Cara ini lebih mudah kerana akaun ASNB kita akan terus terpapar di dalam system Maybank2u. Hanya perlu klik beberapa kali untuk melihat nombor akaun ASNB.

Cara-cara semak nombor ahli / akaun melalui Maybank2U adalah seperti berikut :

1. Log in akaun Maybank2u. Anda akan melihat paparan utama seperti di bawah :

Cara semak nombor ahli / akaun ASNB
2. Klik lambang 'v'. Akan terpapar option tambahan.

Cara semak nombor ahli / akaun ASNB


3. Klik 'WEALTH'. Akan terpapar 'ASNB'

Cara semak nombor ahli / akaun ASNB

4. Klik 'ASNB'. Akan terpapar nombor akaun ASNB anda.

Cara semak nombor ahli / akaun ASNB

Mudah dan cepat. Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments