CARA-CARA PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA || BSN MYHOME-I

Apa itu Skim Perumahan Belia (SPB) ? 

SPB sebenarnya sudah lama diperkenalkan, sejak tahun 2018 lagi, cuma ia tak digembar-gemburkan sangat, jadi ramai yang masih belum tahu pasal skim ini.

Skim Perumahan Belia

Bantuan ini adalah salah satu cara untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk membiaya hartanah yang hendak dibeli, tak kiralah rumah yang sudah siap, rumah subsale atau yang tengah dalam pembinaan.

Kerajaan telah merancang untuk melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Ini akan memberikan masa yang lebih panjang kepada mereka yang layak untuk memohon bantuan supaya dapat memiliki rumah pertama.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat pengumuman bahawa Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional menawarkan jaminan pinjaman 10% melalui Cagamas.

Ia boleh digunakan untuk membayar 10% deposit rumah (ataupun 'downpayment') yang hendak dibeli. Ini bermakna anda boleh mendapatkan pinjaman perumahan penuh tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri.

Bolehlah dianggap sebagai beruntung sebab banyak juga 10% tu. Kalau beli rumah harga RM450,000, duit deposit yang diperlukan adalah RM45,000. 

Satu lagi yang menarik pasal skim ini ialah kalau anda membeli rumah pada harga RM300,000 dan ke bawah, anda layak untuk mendapatkan 100% pengecualian duti setem untuk surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan.

Disamping itu, kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN akan memberi dana subsidi sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun untuk mereka yang layak.

Maknanya, kalau anda membeli rumah yang kena bayar RM1,000 sebulan, bila dah tolak subsidi, anda hanya perlu bayar RM800/bulan untuk 2 tahun yang pertama dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual.

Apapun, skim ini terhad kepada 20,000 unit rumah sahaja, dan ia berkonsepkan ‘siapa cepat, dia dapat’ (kira macam Skim MyDeposit la).

Jadi, selepas baca artikel ini, boleh terus cepat-cepat pergi hantar permohonan pada BSN. 

Apakah Kelebihan Skim Perumahan Belia?

Selain daripada yang dinyatakan di atas, antara ciri-ciri menarik lain tentang skim BSN MyHome ini adalah:

Pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pembiayaan.

Pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar boleh ubah, dan anda menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.

Skim ini hanya untuk hartanah yang berharga dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 (sama seperti skim MyDeposit 2018).

Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga 35 tahun maksimum (tertakluk kepada had umur tak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pinjaman).

Apakah Kekurangan Skim Perumahan Belia? 

Biasalah, setiap kelebihan, mesti ada kekurangan. Tapi, tak ada yang buruk pun pasal skim belia ni!

Cumanya... anda harus tahu yang kadar faedah untuk skim ini agak tinggi sikit berbanding pinjaman perumahan yang biasa boleh dapat.

Kadar faedah ni adalah seperti yang sudah ditetapkan di portal rasmi BSN:

Antara kadar asas +0.60% hingga kadar asas +3.00%, bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pembeli.

Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun serta tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR +0.80%*.

Kadar asas BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).

Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

Selain tu, beberapa perkara lagi yang perlu anda tahu ialah:

Rumah yang dibeli dengan SPB BSN tak boleh dijual atau dipindah milik kepada orang lain selama 5 tahun dari tarikh pembelian. Selepas 5 tahun, pandai-pandailah. Haha

Anda perlu membayar duti setem bagi rumah bernilai lebih RM300,00

Anda perlu membayar yuran pengeluaran (disbursement fee), yuran penilaian harta, dan yuran yang berkaitan dengan dokumen sekuriti.

Jadi, sangat penting untuk anda mempunyai simpanan sendiri walaupun ingin memohon bantuan daripada kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN
:

Bagi yang berminat untuk memohon Skim Perumahan Belia BSN 2020, sila semak dahulu jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

Warganegara Malaysia
Belia yang sudah berkahwin

Berumur 25-40 tahun
Pendapatan isi rumah tak melebihi RM10,000
Pembeli rumah pertama sahaja
Wajib ada akaun BSN Giro/Giro-i untuk membayar ansuran bulan melalui akaun BSN

Cara Memohon Skim Perumahan Belia :

Terdapat dua cara memohon skim ini bagi mereka yang layak. Boleh gunakan cara manual atau online:

Muat turun borang : MyHome, atau

Untuk manual – muat turun borang yang perlu di isi.

Untuk online – sila layari laman web rasmi BSN.

Permohonan juga perlu dilengkapkan dengan beberapa dokumen seperti:

Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
Surat Perjanjian Jual Beli/resit deposit/proforma pesanan pembelian
Salinan Kad Pengenalan
Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
Salinan penyata KWSP
Surat pengesahan berkerja daripada majikan
Borang EA/EC

Jika bekerja sendiri, anda perlukan dokuman tersebut:

Borang B/BE dan resit LHDN
Surat pendaftaran syarikat (SSM)

Salinan surat penyata bank 6 bulan terkini
Dokumen-dokumen lain (jika berkenan atau perlu).

Selepas semua dokuman disediakan dan borang telah diisi dengan lengkap, anda bolehlah pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk memohon. 

Selamat mencuba dan semoga permohonan anda berjaya !

Jika anda adalah antara golongan belia yang sukar untuk mendapatkan rumah, atau mungkin tersepit kerana tak dapat memohon pinjaman perumahan, skim perumahan ni mungkin boleh membantu anda.

Rebutlah peluang ni dengan menghantar permohonan SPB BSN secepat mungkin, dan anda mungkin dapat memiliki rumah pertama sendiri bersama pasangan anda!

Post a Comment

0 Comments