DESTINASI MENARIK : KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KIBUNUT SABAH

20.9.18
www.cla-travel.asia ~ Jom travel !

Apabila kita melakukan hal yang itu-itu saja tentu akan menyebabkan kejenuhan atau boring dan wawasan yang kita miliki belum tentu bertambah. Dengan melakukan perjalanan ke tempat baru, sudah pasti kita akan mendapatkan hal-hal baru pula.

Tidak dinafikan kita mampu mendapatkan banyak info hanya melalui internet tetapi, ketika melakukan perjalanan, ada satu perkara yang tidak kita dapatkan dengan hanya browsing di internet iaitu; rasa.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
bergambar bersama pemilik homestay
Perjalanan kali ini dilakukan bersama keluarga besar #GBK dan telah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Kamagi Riverside Retreat and recreation, Kibunut Penampang. Jujur, saya sebenarnya kurang teruja untuk datang ke tempat ini kerana, ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan tempat tinggal saya. Saya lebih berminat untuk melawat tempat-tempat kawasan sejuk atau tanah tinggi.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Tambahan pula, Kamagi Riverside dinyatakan tidak mempunyai signal internet. Bagi saya itu pasti membosankan. Namun, ketika sampai ke destinasi tersebut rasa tidak teruja itu mati dengan sendirinya. First impression 'ternyata tempat ini nikmat juga' . Ketika melihat air sungai mengalir dengan tenang, disapa pula oleh pemilik resort tersebut, saya tahu saya akan bahagia disini, selagi percutian ini berlangsung dengan keluarga. Jika tidak silap kawasan ini telah dibangunkan sejak 15 tahun dahulu dan dijalankan secara kecil-kecilan. Hari ini, tempat ini semakin maju dan memiliki beberapa rumah penginapan. Bagi penikmat alam dan penggemar sungai, mungkin Kamagi Riverside Retreat & Recreation merupakan tempat yang anda cari. Atau mungkin, hanya mahu bersuka-ria sambil mandi-manda dihujung minggu atau ketika hari cuti ? tempat ini sesuai untuk anda. Yuran masuk dan mandi sungai hanya RM2 manakala, untuk BBQ dan sewa pondok bayaran yang dikenakan adalah RM50.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Kami berada disini selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti yang kami lakukan selain mandi di sungai adalah; hiking dan menjalankan team building activities. Oleh kerana kawasan ini masih agak hijau dan buki-bukit belum dimusnahkan oleh pembangunan maka, kami turut berpeluang menjalankan aktiviti hiking. Perjalanan adalah lebih kurang 3KM dari kawasan penginapan. Bagaimana tahap kecuraman bukit tersebut ? agak tinggi tetapi, masih sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak yang lasak. Peserta paling muda adalah seorang kanak-kanak berumur 5 tahun dan berjalan sendiri tanpa, digendong oleh orang lain. Sebaik-baik perjalanan adalah ketika kita berjalan sambil menikmati panorama yang ada. Oleh kerana hiking tersebut bukanlah sebuah pertandingan, maka berjalan santai adalah pilihan setiap orang. Kami disini sebagai manusia-manusia yang rindukan hari-hari tanpa tekanan kesibukan aktiviti harian. Kami disini adalah sebagai manusia-manusia yang mahukan ketenangan. 
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Sebenarnya, ketika bangun pagi saya mempunyai seribu rasa kemalasan untuk menyertai aktiviti hiking tersebut. Apalagi, dipenghujung subuh itu hujan telah turun membasahi bumi. Bayangkan betapa nikmatnya berada didalam selimut menikmati tidur waktu itu. Ketika semua orang telah bangun dan bersiap, saya masih sedang berfikir samaada mahu menyertai aktiviti tersebut atau sambung tidur. Ternyata budak-budak bawah umur tujuh tahun yang kelihatan bersemangat itu berjaya memadamkan rasa malas saya. Saya terpaksa ikut-serta dan membangun  semangat pagi itu. Andai saja saya tidak menyertai aktiviti hiking tersebut, mana mungkin saya tahu ada apa diatas bukit Kamagi itu. Ternyata, diatas bukit tersebut ada perkampungan lagi. Kami menyusup kebun-kebun orang. Kami menghidu aroma kampung. Dihujung perjalanan bukit, kami akhirnya tiba dijalan raya yang sepertinya, jarang-jarang dilalui oleh kenderaan luar. Waktu itu, kami hanya lima orang...yang lain sudah jauh di depan atau sebahagiannya sudah sampai kerumah penginapan. Kami berjalan santai menikmati segala keadaan.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Sebelum jam 8 pagi kami akhirnya selamat tiba di rumah penginapan dan meneruskan aktiviti kesukaan ramai iaitu, sarapan pagi. Setelah banyak kalori terbakar ketika hiking, semua peserta kelihatan makan dengan sangat bersemangat atau kerana, fellowship ini maka semuanya menjadi berselera. Usai sarapan pagi, semua kemas diri sebelum meneruskan aktiviti praise and worship dan mandi sungai lagi.
KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION
Check out adalah jam 1 tengahari setelah makan tengahari. Oleh kerana hari tersebut adalah cuti umum maka, tempat tersebut mulai dibanjiri oleh orang ramai yang kebanyakannya mahu mandi sungai. Satu lagi, sungai Kamagi merupakan sungai Tagal atau kawasan larangan menangkap ikan. Tidak hairanlah sungai tersebut mempunyai ikan-ikan yang besar dan pelawat turut boleh memberi ikan-ikan tersebut makan dengan syarat, makanan ikan  harus dibeli daripada Kamagi Riverside dengan harga RM3. Jangan terkejut apabila ikan-ikan yang ada siap memberikan perkhidmatan 'fish massage' kepada anda.
DESTINASI MENARIK : KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KIBUNUT SABAH DESTINASI MENARIK : KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KIBUNUT SABAH Reviewed by Precious Cla on 20.9.18 Rating: 5

Perkara WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia

www.cla-travel.asia ~ Nasi Padang

''Jom ke Indonesia, makanan sana murah-murah''. Makanan variasi pilihan, apalagi kalau makan nasi Padang. Masuk saja rumah makan/restoran, tidak perlu beritahu mahu makan apa. Semua jenis makanan akan dihidangkan diatas meja. Masakan Padang seperti ayam pop, rendang, gulai, dendeng balado, ulam, sambal dan banyak lagi selalu membuat lidah para penikmatnya terpukau dan mengingat rasa itu selalu.
Hal Yang WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia

Pengalaman Pertama Memang Tidak Akan Dilupakan

Betul-betul seperti raja. Bersantap dengan pelbagai juadah diatas meja. Terasa diri sangat disayangi oleh pemilik restoran. Tengok pelanggan lain, meja tidaklah penuh dengan lauk-pauk dan ulam-ulam. Meja kami ? Penuh ! mentang-mentanglah ini pertama kali masuk kedai nasi Padang. Layanannya memang hebat.

Sebahagian makanan kelihatan sangat enak, tidak kurang pula makanan yang 'kalau boleh, kami tidak mahu' tetapi, mungkin tidak salah untuk sekadar mencubanya. Lagi pula, ia makanan local masyarakat Indonesia dan ketika berada di negara orang lain, mencuba makanan mereka adalah sebuah peluang yang tidak boleh dipersia-siakan. Oleh itu, kami mencuba setiap satu makanan yang sudah dihidangkan diatas meja.

Ternyata.....

Ketika perut sudah kenyang, makanan masih banyak yang tersisa. Malah, ada yang hanya disentuh  sedikit. Lalu, tiba waktunya untuk membayar. Pada firasat, mungkin ia tidaklah mahal kerana, semua makanan yang terhidang adalah dalam kuantiti  sedikit dan menggunakan piring-piring kecil sahaja. Namun, sangkaan meleset 100%. Harganya mencecah RM300, kami terkejut kerana kata orang makanan di Indonesia itu murah-murah walhal, kenapa Nasi Padang itu mahal ?
NASI PADANG
Setelah membayar baru kami tahu kenapa ia mahal. Oleh itu, sebelum anda terkena, ada baiknya anda membaca tulisan ini sampai habis. Sekali lagi, sampai habis.

Perkara Wajib Anda Tahu Tentang Hidangan Nasi Padang / Nasi Minang

Jangan Sentuh Kalau Tak Mahu

Walaupun makanan penuh berlimpah di atas meja, tidak bermakna semuanya untuk anda makan. Hanya pilih makanan yang anda mahu dan ketepikan makanan yang anda tidak berhasrat untuk makan. Tiada istilah 'cuba-cuba saja', sekali sudu menyentuh makanan walaupun, makanan itu tidak anda ambil, itu bermakna anda siap untuk membayarnya. Jika tidak, bersiaplah untuk membayar harga kesemua jenis hidangan tersebut. Jangan usik jika tidak mahu membayar. Itu cara orang Padang - berani usik, berani bayar.

Jangan Guna Sudu

Aslinya tidak hanya ketika makan makanan Padang, kebiasaan sebahagian orang Indonesia makan tanpa menggunakan sudu atau garfu. Ketika makan nasi Padang, makan tanpa menggunakan sudu ternyata lebih nikmat dan lazat. Ketika makan di rumah makan Padang, anda pasti menemukan hidangan air putih didalam mangkuk besi di samping nasi putih. Itu bukan kuah atau air minum ! itu adalah air untuk mencuci tangan.
WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia
Makanya, jangan terpedaya dengan banyaknya hidangan diatas meja. Lagi teruk jika bajet untuk makan adalah terhad, kena pula makan nasi padang. Hal ini harus anda tahu, jangan makan semua makanan yang terhidang di atas meja anda. Hanya pilih jenis makanan yang benar-benar anda mahu. Jika tidak, ketika membayar mata anda akan terbeliak terkejut. Makan sikit-sikit, bayar banyak. Rugi namanya !

Ingat, jangan usik jika tidak mahu. 

Perkara WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia Perkara WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia Reviewed by Precious Cla on 4.9.18 Rating: 5

Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial

www.cla-travel.asia ~ Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Sosial Media

Ketagihan bermedia sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter ? pastilah tidak. Setiap ke lokasi itu, harus update, setiap menyantap makanan ini, harus dikongsikan di laman media sosial ? itu bukan saya. Tidak semua hal saya kongsikan, hanya hal-hal tertentu akan saya publishkan kepada tatapan umum. Mungkin kata orang 'mengada-ngada', 'menunjuk-nunjuk', 'sengaja' dan sebagainya. Tidak. Kamu salah besar jika beranggapan demikian.
 Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Saya mempunyai alasan tersendiri kenapa saya harus aktif dilaman sosial media. Tidak mempunyai kerjakah saya ? ada. Saya memiliki pekerjaan tetap dan profesional tetapi, bukankah ada baiknya berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak ? Media sosial bagi saya adalah peluang menonjolkan bakat atau hobi kepada dunia luar. Misalnya, menulis. Kita suka menulis dan tulisan kita bukan diari yang harus dirahsiakan. Tulisan tidak sekadar memuaskan hati tetapi, harus dibaca oleh orang ramai agar tulisan kita tidak mati dan terkubur begitu sahaja. Biar saja apa kata orang lagipula, bukankah pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang ? Potensi diri tidak layak dihapuskan oleh orang lain, dengan apa kata sekalipun. 

Ini Sebab Kenapa Saya Harus Aktif Di Media Sosial

Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Untuk Mendapatkan Part Time Job
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Oleh kerana saya minat menulis dan kerja tetap saya bukan sebagai penulis maka, saya harus memberanikan diri dan menyatakan di Media Sosial bahawa saya adalah seorang penulis. Meski, waktu itu tidaklah sedemikian. Namun, mata penggemar ada dimana-mana. Suatu hari saya mendapat mesej dari seorang yang tidak saya kenali di Media Sosial Facebook. Bertanya kamu seorang penuliskah ? meski tiada yang mengiktiraf saya sebagai seorang penulis yang benar-benar berprofesi sebagai seorang penulis, saya dengan yakin mengatakan ya. Kerana pada hakikatnya, kita semua adalah sang penulis yang menulis sejak usia enam tahun lagi atau kanak-kanak sekarang pada usia tiga tahun sudah diajar untuk menulis sesuatu. Dengan perbualan itu maka, saya diikat selama tiga bulan untuk menyiapkan enam artikel dengan bayaran RM3,000.00. Jika saya tidak aktif di Media Sosial bagaimana mungkin saya dilihat oleh mereka ?

Penyalur Info Dan Iklan
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. Saya memiliki satu prinsip untuk setiap kerja yang dipercayakan kepada saya iaitu, membuat kerja biarlah sempurna jadinya. Untuk update status di Facebook saya mempunyai tiga kelas penggunaan bahasa; pertama, bahasa formal, indah dan teratur ayatnya. Kedua, bahasa pasar atau informal. Ketiga, bahasa Inggeris. Kenapa saya mengelaskan penggunaan bahasa ini ? agar pengguna media sosial akan melihat dan tertarik kepada bahasa saya. Jika saya menggunakan bahasa formal maknanya, saya sedang menyatakan sesuatu yang penting kepada pengguna Media Sosial yang lain atau saya sedang menulis 'post berbayar' seperti iklan kepada rakan pengguna Media Sosial. Jika bahasa cincai sahaja, itu sekadar suka-suka yang tidak banyak membawa faedah kepada sesiapa pun. Menulis di Media Sosial adalah seperti aur ditanam betung tumbuh. Modalnya hanya usaha tetapi, kita mendapat balasan melalui bayaran tunai. Apa alasan untuk saya tidak mengaktifkan diri di Media Sosial ? 

Untuk Menjadi Terkenal
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Mungkin bagi sesetengah manusia Media Sosial adalah platform terbaik untuk menjadi terkenal. Mempunyai puluhan ribu Insta followers, FB Fanpage juta-juta lemon. Hey, saya akui ramainya followers di Media Sosial bermakna anda berpotensi mengaut banyak keuntungan. Ada sebuah syarikat pengiklanan yang hanya dengan 800 orang followers sudah mampu memberi peluang kepada anda menjadi pengiklan berbayar. Tidak banyak tetapi, dalam satu bulan anda berpotensi menerima sehingga RM200 dan keatas. Namun, untuk terkenal bukanlah sebahagian daripada misi saya. Akaun Facebook saya masih belum accept friend requests yang jumlahnya ratus-ratus itu kerana, terkenal bukan menjadi misi saya. Maaf ya. Hmm oh ya, kamu sudah follow Insta saya ? jika belum, sila follow. (haha)

Survey Berbayar
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Survey berbayar
''Dengar cakap enggang, makan buah berluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk'' pernah dengar pepatah ini ? Sesuatu kerja harus dilakukan sungguh-sungguh, usah terlalu mendengarkan kata orang. Jika mahu mendapat side  income melalui media sosial, sebenarnya ia hanya semudah membuat dosa. Yang penting usaha dan jangan malas; juga jangan lupa memeriksa sama ada survey itu betul atau sekadar menguntungkan sebelah pihak sahaja. Antara survey yang mampu memberi ganjaran adalah seperti Vase, iPanel dan banyak lagi. Google-lah ! Kalau tidak aktif di Media Sosial bagaimana mungkin kita tahu ada survey yang sedang dijalankan.
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Antara bayaran untuk post berbayar
Saya aktif kerana berniat, bolehlah dikatakan seperti ada udang disebalik batu. Aktif kerana memiiliki tujuan. Paling penting usaha harus ada dan rajin mencari peluang-peluang yang mampu memberi faedah.

Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial Reviewed by Precious Cla on 9.8.18 Rating: 5

Wajib Cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan !

www.cla-travel.asia ~ Wajib cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan

'Selepas ini kita ke Simarjarunjung dan minum teh jahe ya?' Restorannya terletak diatas bukit, suasana udaranya sejuk dan damai. 
Kami berlima sepakat bersetuju untuk menikmati teh jahe. Jahe merupakan kata Indonesia yang bermaksud halia. Minum teh halia ? baiklah, tidak salah mencuba sesuatu yang dikatakan berfaedah kepada kesihatan.

Jujur Dan Ini Pengalaman Saya

Ketika menghidu teh jahe itu, 'harumannya' pun tidak mampu memikat deria saya. Tidak mungkin mahu minum minuman yang tidak pernah saya minum sebelumnya. Kalau sakit perut bagaimana ? perjalanan masih jauh. Namun, tour guide mengatakan bahawa minuman itu baik untuk kesihatan. Ya, siapa pun akan berkata baik untuk memperkenalkan sesuatu. Teh jahe sudah terhidang. Untuk tidak meminumnya adalah suatu kerugian kerana minuman tersebut bukan percuma. Meski teh adalah minuman kegemaran saya tetapi, bukan teh jahe. Lagi pula, ia bukan sekadar jahe dan teh tetapi, turut dicampur dengan banyak bahan-bahan lainnya seperti; kayu cengki, serai, gula melaka dan beberapa bahan lagi.  Syukur saja, ia hanya menggunakan cawan standard espresso Secret Recipe.
Sang pengecut mungkin boleh berkata tidak, tetapi, tidak bagi diri ini (cewah). Oleh itu,  cawan ku angkat mendekat ke bibir, mata kupejamkan dan dengan kiraan tiga, dua, satu......kuteguk teh jahe dengan gaya juara, sekali teguk teh jahe saja, teh jahe itu sudah habis. Tarik nafas lega. Seluruh nafas beraroma jahe. Dada tiba-tiba terasa hangat. Tiada kata terluncur dari mulut hanya tawa memenuhi restoran Simarjarunjung.

Dua minggu berlalu daripada peristiwa teh jahe.....

Teh jahe masih berligar-ligar dalam kepala, bukan rindu pada rasa itu melainkan semangat ingin tahu tentang khasiat teh jahe itu terlalu tinggi. Lalu, jemari mulai menaipkan teh jahe pada carian googe. Fuh ! ternyata ada banyak kebaikan meminum teh jahe.

Khasiat Teh Jahe/ Teh Halia

- Melancarkan peredaran darah
- Meredaklan asma
- Mencegah Alzheimer
- Mengatasi sembelit
- Menghangatkan tubuh
- Mencegah kanser
- Menjaga kesihatan jantung
- Mengawal Kolestrol
- Menjaga kesihatan gusi dan gigi
- Meningkatkan sistem imun
..dan banyak lagi. Ternyata teh jahe memang baik untuk kesihatan. Tidak hairanlah saya tidur nyeyak pada malam setelah meminum teh jahe tersebut. Jika ketika meminum jahe itu saya berjanji untuk tidak akan pernah mahu meminumnya lagi, ternyata kata-kata itu harus dibatalkan kerana, setelah membaca khasiat-khasiat yang terdapat pada teh jahe atau teh halia ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Terima kasih Brother Alil kerana memperkenalkan Teh Jahe kepada saya dan team.
Wajib Cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan ! Wajib Cuba 'Teh Jahe' Simarjarunjung, Medan ! Reviewed by Precious Cla on 8.8.18 Rating: 5
Powered by Blogger.