CARA DAFTAR BSN ONLINE UNTUK FIRST TIME USER

Kali ini saya akan kongsikan cara-cara daftar BSN Online. Bank Simpanan Nasioanl atau BSN sama seperti bank-bank di Malaysia yang mana turut menyediakan perbankan online, mudah dan pantas.

Cara daftar BSN Online

Selain digunakan untuk menjalankan transaksi kemasukan, pengeluaran dan pemindahan wang, BSN Online juga biasa digunakan untuk tujuan pembelian pin Unik UPU.

Berikut adalah cara-cara mendaftar myBSN dengan mudah :

Apakah myBSN?

Ianya merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kita juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin
  • dan banyak lagi.

Cara Daftar BSN Online @ myBSN

Sebelum mula daftar BSN online, pastikan kita dah ada kad ATM dan ingat nombor telefon yang didaftarkan.

Jika tidak, sila ke kaunter BSN untuk daftar / tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar BSN online.

1. Layari Laman Web myBSN

Untuk daftar BSN online sila layari laman web mysBSN di:https://www.mybsn.com.my/

Klik ‘Login’ dan pilih ‘myBSN’.

Klik ‘Register’ dan pilih ‘First Time Registration’.

2. Masukkan Butiran Kad ATM

Masukkan 16 digit no kad bank anda yang tertera pada kad ATM.

Kemudian isikan nombor cvv2 (3 nombor di bahagian belakang kad ATM anda) serta tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).

Isikan Nombor Kad Pengenalan dan tekan ‘Next’.

3. Cipta ID Pengguna & Password

Masukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.

Tekan ‘Request OTP’.

Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.

Masukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran.

Kemudian pilih 1 ‘online image’ yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).

4. Pengesahan Pendaftaran

Jika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.

5. Login Semula

Anda perlu login semula dengan menggunakan username dan password tadi.

6. Kemaskini Maklumat

Sebagai pengguna pertama kali, anda perlu mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.

Selesai !! sekarang anda boleh menggunakan BSN Online.

Perkhidmatan myBSN

Setelah login, anda boleh mengakses dan pelbagai maklumat akaun BSN anda dan melakukan aktiviti perbankan seperti:

i) Pemindahan Dana

Had maksimum harian untuk Pemindahan Dana bagi pihak ketiga ialah RM10,000.

Tiada apa-apa caj dikenakan bagi pemindahan antara akaun BSN.

ii) Semak Rekod Transaksi

Selepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan.  

Kemudian, klik ‘View MyBSN Transaction History’.  Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.

iii) Pembayaran Pinjaman

Dengan IBG, anda boleh melaksanakan pemindahan dana serta pembayaran kad kredit, pinjaman dan bayaran ansuran sewa beli kepada bank lain yang tersenarai.

Had maksimum harian untuk Transaksi IBG ialah RM10,000.00.

Post a Comment

0 Comments