24 December 2013

Sahabatku pergi ke negeri Kekal

Hidup ini memang selalu tentang meninggalkan dan ditinggalkan. Sekuat-kuat kau perpegangan pada sesuatu, akan selalu ada cara yang membuatmu terlepas dari sesuatu yang kau genggam erat sekalipun. Sebab dia, yang mungkin kau mohon-mohon untuk tidak meninggalkanmu, sesungguhnya bukan milikmu. Dan bukankah bahkan dirimu sendiri, sesungguhnya tidak benar-benar mampu kau kendalikan nasibnya?

Ada kekuatan maha dahsyat yang ikut menghulurkan tangannya, mencampuri setiap kejadian “menemukan” dan “kehilangan” yang kau alami dalam setiap detik hidupmu. Maka relakan saja semua, sebelum sesuatu yang bukan milikmu itu benar-benar pergi.

Luka, juga titisan air mata pasti ada. Anggaplah itu hadiah. Nikmati setiap sesak dan semua sakit yang menekan dan memukul-mukul dadamu, membuatmu susah bernafas. Hayati setiap titis air mata yang jatuh itu. Rayakan kehilangannya !

Rayakan? Ya! Temukan sesuatu dalam setiap sakit yang menekan dadamu, juga di antara titis  air mata yang keluar dari matamu. Sebab kehilangan tak pernah datang sendiri. Kehilangan selalu datang bersama “menemukan kembali”, maka temukan! Nikmati, hayati, rayakan, maka kelak akan kau temukan sesuatu dibalik ratapan panjangmu.

Sebab seperti kataku tadi, hidup ini memang selalu tentang meninggalkan dan ditinggalkan. Siap tidak siap, suka tidak suka. Bukan kita yang menentukan bilakah akhirnya hidup didunia ini menghentikan detak jantung kita. Kita tidak pernah menyangka ia pergi pada waktu yang pada fikiran kita ia tidak seharusnya pergi waktu ini. Ia terlalu muda untuk meninggalkan kita. Tetapi tahukah kita bahawa seorang yang pernah terlahir kedunia ada di antaranya yang hanya memiliki beberapa jam lalu kembali kepada Penciptanya sedangkan yang telah berusia berpuluh tahun masih tetap menjalani hidup di bumi ini ? sungguh ia bukan tentang urusan kita , sesungguhnya ia karya Tuhan. Ia yang memberi kita nyawa dan kepadanya juga kita kembali. Jika Tuhan berkata kembalilah kepadaku wahai anakku, siapakah yang mahu menghalang rancangannya ? tidak ada yang mampu.
 
Untuk segala sesuatu ada waktunya. Ada waktu untuk menabur, ada waktu untuk menuai. Ada waktu untuk lahir, ada waktu meninggal……….untuk segala sesuatu ada waktunya. Yang pasti rancangan Tuhan indah pada waktuNya.

Selamat beristirehat sahabatku. Selamat berbahagia di rumah Bapa yang kekal. R.I.P. Kevin.

Share:

20 December 2013

Saya menang Set Mary Kay bernilai RM180



Yes ! saya menang Mary Kay TimeWise Trial Miracle Set Giveaway bernilai RM180 dari http://www.thechency.com

 Photo: Thank you for joining Mary Kay TimeWise Trial Miracle Set Giveaway on my blog (http://bit.ly/19d7cAZ)


A big CONGRATULATION to 12 winners who won one per each MARY KAY TIMEWISE TRIAL MIRACLE SET worth RM185.

Please do find out your name at image below and do proceed your postage payment so I can call postman delivers the goods as soon as possible. :)


Winners will be contact via email and winners should be reply within two weeks.

*Winners were generated by www.rafflecopter.com under pass checked qualification. 

Blog: hhttp://bit.ly/19d7cAZ / www.thechency.com


-xoxo-

Perasaan ? Mestilah happy. Selalu tengok produk tu di kedai tapi tak pernah beli kerana harganya agak mahal gitu ? so, kali ni dapat free. Siapa tak nak……free tu. Kan saya dah kata sebaris ayat mampu bertukar sebuah hadiah. Tak perlu lebih-lebih. Kalau orang suka pasti dapat punya. 

So tahniah kepada saya sekali lagi. hehe dan terima kasih kepada Chency !

Share:

16 December 2013

Malam Natal, Salji turun di Kota Kinabalu



I know I haven’t updated this blog in few days…ooh rindunya sama blog ini.  And though it pains me to say this, I’m a princess, you know? Haha….sebenarnya saya sibuk menyiapkan kad jemputan ke party Krismas bertema Fairytale. Christmas Party will be held on 21st December 2013 dan kad tersebut telah berjaya saya edarkan pada kelmarin. Weeeww !!! saya tahu ramai yang tidak sabar mengenakan pakaian ‘fairytale’ mereka. Saya pun tidak sabar mahu jadi princess hehehe….Princesslah sangat :p

Selain tu, sepanjang 09 hingga 12 Disember our Church turut menjalankan pelayanan Karolling dibeberapa buah tempat. Tempat memang agak mencabar bagai mendaki gunung Kinabalu saja. Turun bukit, naik bukit…….turun bukit, naik bukit. Syukur hujan tidak turun malah, kami ditemani oleh terangnya rembulan malam berbentuk smile serta gemerlapan bintang dilangitnya Tuhan. Terima kasih wahai pencipta langit dan segala isinya.

13 Disember tu saya sempat ke Christmas Carnival, Gaya Street. Seperti yang telah dijangka orang ramai datang berpusu-pusu. Meriahnya jangan tanyalah. Memang gempak dan best ! rugi bagi mereka yang tidak datang hehe….Macam-macam ada….karolling, tarian, jualan amal dan macam-macam lagi. So, ada satu area tu penuh dengan bubble dan my niece dengan bahagianya menangkap bubble tersebut (ishh..saya menaip bagai menulis sebuah karangan sekolah haha). Malangnya camera saya kehabisan cas bateri lalu, tidaklah saya dapat memotretkan aktiviti kami disana. Untungnya ia mati setelah menangkap beberapa gambar. Hmmm…kecewa didada….tapi bahagianya tetap ada.  Tempat tu dipenuhi oleh bubble dan rasanya bolehlah kami angan-angan macam snow sedang turun di malam Natal. Hehe…

Rasanya dimana-mana pun manusia sedang sibuk menikmati gelombang natal , membeli hadiah untuk exchange gift dan bertemu dengan sanak-saudara yang jauh dan dekat. Dan…yang pastinya Christmas bakal menambahkan berat badan ini sekali lagi. Makanan ada dimana-mana. Dirumah dia dan rumah mereka makanan sentiasa ada untuk di nom.nom.nom. haha. Apa pun Jesus is the reason for the season. Kaaaaaaaaan ? yep ! Dia alasan mengapa saya dan kita semua merayakan Natal.

Well, Merry Christmas if I don’t talk to you before then anyway.
Wishing you all the best this holiday season, and a very happy New Year!

Love,
Share:

30 November 2013

Fakta mengenai Kota Bandung, Indonesia

Kota Bandung merupakan kota yang indah dan kreatif seperti apa yang saya pernah tulis dalam entri-entri sebelumnya. So, untuk tujuan itu saya suka memberikan 3 fakta penting tentang Kota Bandung. 
Trans Studio, Bandung Indonesia
Kota Bandung berasal dari perkataan 'Bendung'

Kota Bandung berasal dari perkataan 'Bendung' atau 'bendungan' kerana terbendungnya Sungai Citarum dari Lava Gunung Tangkuban Perahu yang telah membentuk telaga. Lagenda yang diceritakan oleh orang-orang tua di Bandung mengatakan bahawa nama 'Bandung' diambil dari nama sebuah kenderaan air yang terdiri dari dua perahu yang diikat berdampingan yang disebut perahu Bandung yang digunakan oleh Bupati Bandung, R.A. Wiranatakusumah II, untuk melayari Citarum dalam mencari kedudukan kabupaten yang baru untuk menggantikan ibu kota yang lama di Dayeuhkolot.

Kota Teraman di Dunia

Suatu kehormatan bagi Kota Bandung kerana pada tahun 1990 kota Bandung telah dinobatkan sebagai Kota teraman didunia berdasarkan survey  majalah Time.

Melahirkan banyak Bintang artis

Tidak pernah dinafikan bahawa Kota Bandung merupakan kota yang paling ramai mengeluarkan artis Indonesia terkenal . Artis kota Bandung cantik-cantik dan hensem-hensem serta berbakat besar. Tidak hairanlah mereka dapat menembusi pasaran luar Indonesia.



Share:

18 November 2013

PIXY membelai wajahku



Dalam kehidupan yang sibuk ini, kita perlu berhenti sesaat... Istirehatkan badanmu dan jiwamu, kemudian ingatkan dirimu lagi dan lagi bahawa betapa indahnya hidup ini...
masih sihat dan hidup adalah anugerah...
dan bisikan kepada dirimu
"Saya mencintaimu".

Terima kasih PIXY kerana membelai kulit wajahku  hingga keliang kulit wajahku. Terima kasih PIXY kerana sudi memberikan set PIXY kepada saya. Saya suuuuuuuka PIXY !!

Kulit berseri bermula dengan pembersihan mekap sempurna. Jika cara penanggalan mekap salah, maka kita akan terlihat 10 tahun lebih tua. whoah !! risaunyaa.....syukur ada PIXY !

Share:

Aku di goda EPHYRA



semua berasal dan berawal dari diri sendiri,
kerana waktu mengubah segala hal, kecuali diri kita.
Jadi kitalah yg harus mengubah diri kita sendiri

Bukan bermadah disiang hari, sekadar memperingati diri bahawa sesuatu yang baik untuk diri dapat dikecapi  melalui diri kita sendiri. Tidak dengan mata terlelap, tangan memeluk diri sendiri , otak berimaginasi kosong. Jika demikianlah sikapnya maka, cepat tua lah kita…hihihi…namun, belum begitu terlambat untuk memulai hidup yang sihat. Saat badan terasa lemah, kulit terasa kusam…EPHYRA mampu membantu.

Hakikatnya, saya agak keberatan untuk mencuba sesuatu yang  berkaitan dengan organ tubuhku. Takut jugak terjadi sesuatu. Silap sikit terganggu pula organ dalamanku. Tetapi, entah kenapa dengan EPHYRA macam laju jer, macam cepat jer kepala otakku bagi respon untuk mencubanya.

Ephyra membantu memperbaiki tisu kulit yang rosak



Ketika mendapat kiriman EPHYRA Trial Pack dari Eyriqazz , saya sebenarnya masih teragak-agak untuk meminumnya. Tetapi, memandangkan ramai rakan blogger yang sudah try produk ni dan testimoninya pun nampak hebat-hebat belaka maka, saya dengan keyakinan pun mencubanya. 

Ketika membuka sachet itu, harumannya terlepas dan sangat menggoda. Seperti sejenis serbuk gula-gula kegemaranku dizaman kanak-kanak.  Aromanya sangat menggoda dan merangsang  keinginan untuk meminumnya.  Wangi !! sekali teguk….hmmm, so yummy !!  teguk..teguk..hingga ketitisan terakhir.  Saya meminumnya sebelum masuk tidur. Habis minum, terus landing dialam mimpi. 

Beberapa jam kemudian terbangun untuk menjawab nature call. Selalunya tidur mati dan jam 5.30 baru bangun. Kali ni tidak. Ini mesti kerana minuman EPHYRA. Ketika tidur ia bekerja dalam tubuh kita. Terasa segar dan sihat. 

Bangun pagi memulai aktiviti harian lebih bersemangat dan tidak mudah letih. Jika beginilah kesannya, saya mahu Say YES to EPHYRA !  Ia melengkapkan rutin harian saya sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif dengan aktiviti lasak. Bersama EPHYRA hidup menjadi lebih sihat, cun dalam dan luar, aktif dan semangat !

Terima Kasih EPHYRA ! Terima kasih brother Eyriqazz kerana memperkenalkan EPHYRA kepada saya. 


p/S : Saya baru minum 3 sachet, nantikan entri testimoni saya selepas ini. Entri pertama saya tentang EPHYRA boleh dilihat disini [Ephyra Idaman Saya]
Share:

15 November 2013

Rara in the house !



I  can't believe Eldra or Rara  is already 5 months old. Its' amazing how far she has come in just a few short months. From a tiny newborn to a ‘gendut / chubby’ baby full of personality!

She wouldn't give me a smile on photo day, but I  think she turned out adorable anyways.

Si Gendut Rara :P
Rara with her sister, DD

Share: