Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP

Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Mulai 4 Januari 2021 (Kategori 1). Nak semak status i-sinar KWSP? Panduan buat pencarum KWSP yang membuat permohonan i-sinar KWSP bagi kategori pertama. 

Rasanya, ramai yang tidak sabar-sabar mahu tahu status permohonan i-sinar KWSP mereka. Lagipula, itu adalah duit simpanan kita dan sepatutnya semua pencarum KWSP layak mengeluarkan simpanan mereka di musim pandemik ini. 

Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan Ahli membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan i-Sinar telah dibuka secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web i-Sinar. Semakan status kelulusan i-Sinar pula boleh dibuat secara online mulai 4 Januari 2021.

Semakan status i-sinar KWSP

Pengkreditan pertama akan dibuat sebelum 15 Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN I-SINAR KWSP ONLINE MULAI 4 JANUARI 2021 (KATEGORI 1)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP termasuk memaparkan tarikh, cara permohonan dan semakan status:

CARA PERMOHONAN I-SINAR

Permohonan i-sinar boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/. Permohonan dibuka selama 6 bulan.

CARA SEMAKAN STATUS KELULUSAN I-SINAR KWSP ONLINE

A. Portal i-Sinar

1. Semakan status i-Sinar boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 4 Januari 2021.

2. Klik pada butang ‘Semak Status’.

B. Portal i-Akaun

1. Sila layari ke laman web rasmi https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli).
3. Kemudian, klik pada peti mesej atau inbox.

4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau masih proses permohonan.

KAEDAH BAYARAN PENGELUARAN I-SINAR KWSP ONLINE

1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pada 11 Januari 2021.

2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.

Bagi anda yang layak, sila menggunakan wang tersebut sebaiknya. Tahniah kepada semua permohonan yang telah diluluskan dan kalau gagal anda boleh mencuba lagi. Jangan kecewa. Bagi yang belum memohon, boleh memohon sehingga 30 Jun 2021. Masih ada masa.

Semakan status permohonan i-sinar KWSP

Pastikan anda follow blog ini bagi mendapatkan info semasa terutama tentang lifestyle dan bantuan-bantuan daripada kerajaan sepanjang tempoh Covid19. 

Stay safe dan selamat tahun baru 2021 semua


Post a Comment

2 Comments

Salamlam76 said…
Saya dah semak tuan kputusan yang saya terima dri awal hingga sekrang kna tggu dalam masa 10 hari ni dah lebih dari 10 hari masa berkerja..maaf tuan saya hanya mahu tahu 10 hari agakny berapa lama lagi saya kna tunggu ye
precious cla said…
8 Mac ni dah boleh semak bayaran, boleh tengok artikel terbaru saya atau lawat laman web KWSP.