PERKARA WAJIB ANDA TAHU KETIKA KE HANOI, VIETNAM

www.cla-travel.asia
Girls.
Vietnamese girls are beautiful.
And as an 18 year old male, it's easy to get distracted.
Very distracted.

Saya membaca satu tulisan dari sang lelaki Eropah, katanya, para perempuan Vietnam cantik-cantik dan, ketika saya sampai ternyata tulisannya, tepat belaka. Tidak hanya perempuan, lelaki juga cerah-cerah belaka, kacak bagai bintang KPop tanpa surgery. Tidak hairan kota tua ini dibanjiri ramai pelancong Eropah selain, kota tua ini memang terkenal sebagai kota burung hantu yang tidak pernah tidur malam.
Semakin matahari tenggelam diufuk cakerawala, kota Hanoi semakin meriah. Kota ini gila ! Orang akan mudah sesat dikota ini. Dimana-mana ada jualan murah, jika boleh semua yang dilihat mahu dibeli. Di kiri, di kanan, dilorong-lorong jalan, ada bar atau penjual minuman alkohol yang murah. Street foods berderet di sepanjang jalan. 

Paling penting jangan pernah lupa lorong hotel anda. Bangunan-bangunan Hanoi, langsing dan tinggi seperti penduduknya.  Setiap malam kami lupa di mana lorong hotel kami. Manusia berpusu-pusu ke hulu ke hilir, masing-masing sibuk mengejar kebahagiaan diri. Kami memilih Charming Viet Culture di Hanoi Old Quarter sebagai lokasi menginap yang ternyata sangat strategik. Beberapa destinasi terkenal Hanoi dapat dijangkau dengan cukup mudah dari penginapan kami. 

Bangunan-bangunan kolonial di kota Hanoi dominan dipengaruhi oleh ciri-ciri Perancis. Beberapa diantaranya memang telah usang dimamah usia namun, tetap menghadirkan romantisme masa lalu yang fotogenik.

Kalau anda mahu ke Hanoi, Vietnam.. pastikan anda tahu hal-hal berikut bagi memudahkan percutian anda :-


Bahasa Komunikasi

Anda pandai bahasa English pun tidak terlalu banyak membantu, hampir ke semua penduduk Hanoi tidak pandai berbahasa English. Sila belajar bahasa Vietnam supaya mudah berkomunikasi dengan penduduk tempatan, senang pula mahu tawar-menawar ketika membeli.

Lalu-Lintas

Lalu-lintas di Old Quarter Hanoi memang gila ! kepala tidak pening pun boleh jadi pening. Serabut dengan motosikal ada di setiap lorong. Bayangkan untuk melintas ke sebelah lot kedai pun susahnya minta ampun. Dengar kata, jumlah motosikal di Hanoi lebih separuh daripada populasi penduduk Hanoi.

Cuaca di Hanoi

Hanoi terletak di Hemisfera Utara dan mempunyai empat iklim lebih kurang sama dengan negara UK, US dan China. Musim sejuk sekitar bulan Disember - Januari, musim panas dalam bulan Jun - Julai, Sekitar bulan Mac musim bunga dan musim luruh adalah sekitar bulan Oktober. Cuma Hanoi tidak ada salji. Oleh itu, jika anda hendak bercuti ke Hanoi pastikan anda memakai pakaian yang sesuai pada musim tersebut.

Visa/Passport

Orang Malaysia yang mahu ke Vietnam cukup dengan menggunakan Passport, tidak perlu Visa. Tempoh waktu berada di dalam Vietnam sebagai pelancong/Traveler adalah 30 hari.

Tempat Menarik di Kota Hanoi

Tasik Hoan Kiem

Tasik Hoan Kiem merupakan destinasi wajib jika ke Kota Hanoi. Tasik Hoan Kiem adalah sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan terutamanya, hujung minggu.  Jalan raya di kawasan Tasik Hoan Kiem turut ditutup pada hujung minggu dan ia memudahkan orang ramai melakukan banyak aktiviti dikawasan ini. Sebagai seorang orang asing di negara ini, saya suka kawasan ini kerana ada pelbagai jualan termasuk, street foods yang beraneka dan murah.

Pasar Dong Xuan

Pasar terbesar di Hanoi dengan bangunan beberapa tingkat dan jualan yang bermacam-macam dari pakaian kepada makanan, sebut apa saja, semua ada di sini ! Paling istimewa apabila kacang walnut kacang macadamia dan buah kiwi turut dijual dengan harga yang sangat murah. Bayangkan, kacang makadamia merupakan antara kacang termahal di dunia tetapi, boleh dibeli di Hanoi dengan harga MYR15 untuk setengah kilo. Mujur saja, saya bukan jenis kaki shopping kerana, saya benci hal kemudiannya iaitu; packing barang.

Train Street

Salah satu tujuan utama saya ke Vietnam selain, Halong Bay adalah mahu menikmati suasana di Train Street sendiri. Tempat ini memang terkenal. Terkenal kerana kedudukan laluan keretapi itu berada dilorong yang sempit antara bangunan-bangunan. Sebelumnya, saya hanya mengagumi keunikan Old Quarter Hanoi melalui YouTube atau artikel-artikel orang lain. Siapa tahu, akhirnya saya berjaya menuliskan pengalaman saya sendiri - - perasaan ? puas hati dan bersyukur.

Keretapi yang menghubungkan Hanoi dengan Ho Chi Minh ini beroperasi sebanyak dua kali sehari iaitu; pada jam 3.30 petang dan jam 7.00 malam setiap hari. Segala urus-niaga disepanjang trail keretapi harus dialihkan bagi memberi laluan kepada keretapi tersebut. Sebuah pengalaman yang unik jika anda berpeluang ke Kota Hanoi.

St. Joseph Cathedral

Jika bandar Ho Chi Minh terkenal dengan kemegahan gereja Pink Notre Dome, kota Hanoi pula terkenal dengan St. Joseph Cathedral yang di sebut mirip dengan Notre Dame di kota Paris. Senibina Cathedral ini sangat indah dan menjadi salah satu lokasi kegemaran pelancong untuk bergambar. Jarak St. Joseph Cathedral dengan Tasik Hoan Kiem adalah lebih kurang 10 minit berjalan kaki. St. Joseph dibina pada akhir abad ke-19 dengan gaya neo gothic dengan dominasi warna abu-abu dan menjadi ikon kota Hanoi sejak dahulu.

Menurut sejarah, dahulunya di tempat ini merupakan Kuil Buddha iaitu, Pagoda Bao Thien semasa pemerintahan dinasti Ly. Namun, ketika kerajaan Peranchis menguasai Indochina, pagoda tersebut diruntuhkan dan digantikan dengan St. Joseph Cathedral. Gereja ini menjadi salah satu bangunan bercirikan kolonial Peranchis yang pertama dibina di Hanoi.

Temple in Hanoi

Oleh kerana Vietnam terkenal dengan penduduk majaroti beragama Buddha maka, tidak hairanlah jika anda akan melihat banyak kuil dan pagoda dimana-mana. Beritahu saja anda mahu melawat Pagoda, sang pemandu pelancong atau pemandu kereta akan menghantarkan anda ke beberapa Pagoda untuk sekadar bergambar. Namun, harus diingat bahawa Kuil atau Pagoda merupakan tempat suci bagi penganut agama Buddha dan para pengunjung diwajibkan untuk memakai pakaian sopan.

Muzium Ho Chi Minh

Kalau mahu tahu sejarah-sejarah pasal Vietnam, anda boleh melawat Muzium Ho Chi Minh atau Muzium Wanita di Hanoi. Pasti banyak info yang anda peroleh disini.

Old Quarter Hanoi di Malam Hari

Mungkin setelah seharian berjalan-jalan, anda melupakan aktiviti yang satu ini tetapi, jika anda berada di Hanoi jangan sekali-kali skip aktiviti ini. Berjalan-jalan di lorong-lorong Old Quarter Hanoi! Sudah saya tulis diawal tulisan bahawa penduduk Old Quarter Hanoi terkenal dengan geleran 'burung hantu' kerana mereka seakan-akan tidak tidur pada waktu malam. Semua lorong kelihatan dipenuhi oleh orang. Sibuk dan meriah. Tidak hanya orang tempatan tetapi, Old Quarter Hanoi menjadi kegemaran kebanyakan pelancong 'orang puteh'. Jika perut anda jenis tahan lasak, mungkin anda boleh mencuba makanan-makanan Vietnam yang dijual dengan harga murah-murah belaka.

Halong Bay

Destinasi ini merupakan tempat wajib anda pergi jika ke Hanoi, tidak sah perjalanan ke Hanoi jika tidak melawat Halong Bay

Post a Comment

13 Comments

Siti Awadah said…
tak pernah jejak kaki lagi ke Hanoi ni... tapi rasa teringin juga nak pergi sbb bila baca hal berkaitan sejarah, negara vietnam ni memang antara negara yang banyak ujian kan... seronok bila boleh lawat tempat yg ada sejarah dlu2,,
athirahassin said…
Antara negara yg nak pergi sgt tp hb tak approve.. aiyoooo.... hahahahah
dr-Life said…
U make me feel like flying to Hanoi now. The place so beautiful and seems fun too!!!
Seronoknya. Jalan2 melihat negara orang. I kalau jalan mmg akakn tengok keindahan negara, bangunan lama dan makanan best dekat situ
atiehilmi.com said…
wow !! best nya !! akak memang teringin nak berjalan ke Vietnam.. katanya fabrik kat sana pun murah2 dan cantik ya..
Rawlins GLAM said…
Yeay. Rawlins boleh jadikan tips ini sebagai panduan sebab cadang nak ke sana bersama rakan-rakan pada tahun hadapan.

Macam nak try pergi pada musim dingin je nie. Hehe
Nadia Johari said…
kalau pergi negara ornag ni, nada akan pergi denagn ornag yang pernah pergi sini..pergi sendiri takut jadi apa-apa pulak..ehehe
Bestnya sekali skala dapat jalan-jalan ke tempat orang. Melihat budaya hidup mereka, merasa makanan mereka dan menikmati keindahan negara orang. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan.
Zharif Azis said…
Laaa ye ke, okay baru tahu pasal lorong hotel tu. Sedangkan parkir kereta pon selalu lupa inikan pula lorong di mana hotel berada. Mmg kne sentiasa ingat n ambik gambar lah. Train street tu mmg dlm wish list nak pergi. Sangat menarik !
Faries said…
Wah satu perkongsian yang menarik,belum pernah menjejakan kaki kesana.Boleh jadikan rujukan dan tips ni.Thanks for share...
Wan Syahida said…
Wow! Kira dapat jalan-jalan di sekitar Hanoi la ye. Saya pernah ke Hanoi last year, tapi pergi ke Halong Bay dan jalan sikit-sikit kat area pasar malam dan Don Xuan Market tu je. Memang betul, ramai dengan orang dan sangat meriah pada waktu malam. Sempat juga saya singgah di satu-satunya Masjid yang ada di Hanoi. Tak jauh daripada Don Xuan Market tu.
Mohd Zarin said…
seronok juga kalau pergi ke Hanoi mcam ni.. tak pernah lagi travel ke sini, tapi one day nak try juga la.. terima kasih for the tips
Nti nk msk list travel manalah tau nti tibe2 plan gi sana