The Grand Finale : Parents Avenue COVER SEARCH 2018

www.cla-travel.asia ~ Parents Avenue Cover Search 2018 | Grand Final | Suria Sabah, Shopping Mall

Yay ! akhirnya Parents Avenue Cover Search tiba di peringkat akhir atau grand finale ! Pertandingan ini berlangsung pada 10 Mac 2018, 2pm-4pm bertempat di Atrium Utama Suria Sabah Shopping Mall. Ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pemenang yang dinobatkan ? Pada mata kasar semua layak menang, bak kata Vince AF1 'tiada pengalah, semua pemenang'. Lagi pula, semua finalis tampil cemerlang, bergaya dan yakin pada petang tersebut. Juri rambang mata memilih siapa peserta yang benar-benar layak memegang gelaran juara. 
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu :

1. Kategori A ~ Peringkat umur bayi baru dilahirkan sehingga 18 bulan
2. Kategori B ~ Peringkat umur 5 tahun hingga 12 tahun
3. Kategori Ibu Mengandung  

Acara dimulakan dengan persembahan tarian secara ekslusif oleh Charlotte Dance Studio. Sebuah persembahan yang menarik dan menyemarakkan suasana. Setelah ucapan organizer iaitu Ms Stella Mathilda selesai, para juri pun diperkenalkan. Juri professional untuk Cover Search 2018 adalah : Ms. Queenera Francine, Mr. Tan King Hong dan Ms. Caryn Tanduba.

Bagaimana Cara Pengadilan Dilakukan ?

Sekadar tersenyum tidak cukup, harus tersenyum sehingga hati juri cair. Sebenarnya ada beberapa kriteria yang dinilai oleh para juri. Peringkat penilaian terbahagi kepada empat pusingan dan setiap pusingan para finalis harus bertindak seperti apa yang telah dinyatakan kepada mereka sebelumnya. 

Pusingan 1 : Pusingan pengenalan diri oleh finalis
Pusingan 2 : Finalist fashion show
Pusingan 3 : Finalist final walk 
Pusingan 4 : Video of finalist photoshoot

Pusingan pertama lebih kepada menonjolkan keyakinan diri di khalayak ramai. Manakala, pusingan ke dua merupakan fashion show dimana disetiap finalis bebas memperagakan koleksi pakaian yang terbaik. Pusingan ini merupakan pusingan kegemaran saya ! dari anak kecil sehingga ibu mengandung tidak ada yang tidak berjaya memperagakan koleksi pakaian terbaik. Meski kecil tetapi, bakat telah terserlah dalam bidang permodelan dan fesyen. Meski sarat mengandung, langkah dan senyum tetap mempersonakan. Berikut merupakan sebahagian gambar yang sempat terakam :-
Parents Avenue COVER SEARCH 2018Parents Avenue COVER SEARCH 2018

Parents Avenue COVER SEARCH 2018Parents Avenue COVER SEARCH 2018
Parents Avenue COVER SEARCH 2018Parents Avenue COVER SEARCH 2018

Banyak sorakan dari penonton tika para finalis mulai melangkah dan beraksi di atas pentas. Sorakan tersebut nyata-nyatanya dari ahli keluarga yang tidak lepas dari memberi sokongan anak mereka atau isteri yang terlibat. Parents Avenue Cover Search tidak hanya sekadar menjalankan aktiviti biasa tetapi, turut mengeratkan silaturahim keluarga dan sesama rakan-rakan. Ia jelas semasa acara Cover Search baru-baru ini. Tidak kenal menjadi kenal dan mesra. 
Parents Avenue COVER SEARCH 2018
Parents Avenue COVER SEARCH 2018
Gelagat para finalis ada pelbagai, ada yang mencuit hati dan tidak kurang pula yang melemparkan senyuman menggoda. Satu yang jelas adalah bahawa semua peserta mempamerkan wajah yakin dan ramah. Namun, sudah adat bertanding harus ada yang pulang dengan sekadar membawa sijil serta pengalaman; dan ada pula yang pulang dengan status juara. 
Parents Avenue COVER SEARCH 2018Parents Avenue COVER SEARCH 2018
Parents Avenue COVER SEARCH 2018

Jam 4 acara berakhir tetapi siapa juara di setiap kategori belum diumumkan. Debaran pasti terasa di setiap sanubari para finalis. Siapa pemenang ? siapa juara ? bagi mengurangkan debaran tersebut, MADS Imagination maju mempersembahkan persembahan silap mata/magic pada petang itu sementara juri sibuk mengira markah finalis. 

Akhirnya, penantian terjawab apabila  semua finalis dijemput maju naik ke atas pentas.
Tadaaa !! dan
 PEMENANGNYA adalah...........

Kategori A 
(Newborn to 18 months)
 Parents Avenue COVER SEARCH 2018
Winner : Travis Xavier
1st Runner up : Zephaniah Isley
2nd Runner up : Tristan Lim

Kategori B
(5 years to 12 years old)

Winner :Quenisha Lo
1st Runner up : Umaiyaal Theui Ramu
2nd Runner up : Avan Sunduvan

Kategori Ibu Mengandung
Winner : Chloe Nicole Majinbon

Tahniah kepada semua finalis yang telah berjaya menjejak pentas akhir Parents Avenue Cover Search 2018. Kepada semua pemenang, yes, you deserve it !

Until next Cover Search !

The Grand Finale : Parents Avenue COVER SEARCH 2018 The Grand Finale : Parents Avenue COVER SEARCH 2018 Reviewed by Precious Cla on 12.3.18 Rating: 5

10 comments:

Sally Samsaiman said...

Wow! Semua sporting sgt, tak kisah menang ke kalah.. Semua nmpk happy! Tahniah semuaaaa

emi said...

Whoaaa, kids nowadays dress up so well. Back then when i was about their age, i was so clumsy haha

Precious Cla said...

Memang best sangat menyaksikan show macam ni, penuh confident semuanya ;D

hafizsidah said...

wow menarik tu sis

Cik Rose said...

Wahhh tahniah kepada yang terpilih sebagai pemenang.

Mimi Azirah said...

Wah tahniah kepada semua pemenang. Suka tgk gelagat para ibu dan anak...sedondon

sha dhira said...

Waah, kids pun dah pandai posing2 pakai lelawa skrg.. hehehe..

el said...

Wahh happening...tahniah pd semua pemenang

Nadia Johari said...

Comelnya budak2 ni bergaya..kalah kita tau..best event macam ni

Nurul Fadhilayz said...

alolo comelnya semua ni... Btw tahniah kepada pemenang...

Powered by Blogger.