Nulu Lapai, Telipok Sabah

 www.cla-travel.asia ~ jom Travel !

Terkadang kita berfikir untuk apa melangkah jauh-jauh, berpenat lelah jika sebenarnya kita boleh memilih untuk berehat dan tidur dengan tenang di rumah ? Ia hanyalah sebuah pilihan. Jika mahu melihat sebuah pemandangan baru secara nyata, menutup mata dan sekadar bermimpi bukanlah jawapannya. Kaki harus melangkah. Kita harus bergerak. 
Nulu Lapai, Telipok Sabah
Nuluh Lapai, Telipok akhirnya dari puncak itu saya menikmati sebuah pemandangan yang indah. Bagi sesetengah manusia, Nuluh Lapai mungkin tiada kelas kerana ketinggian yang biasa-biasa saja. 980 meter untuk Trail A dan 1.2km Trail B! Namun, untuk manusia yang agak jarang berhiking tempat itu telah berjaya menggegarkan lemak-lemak ditubuh ini. Peluh membasahi baju dan aliran-aliran peluh itu sangat terasa mengalir keluar dari liang-liang kulit. Suatu rasa kejayaan yang manis. Terasa lemak hancur berkecai dibakar pergerakan otot-otot. (haha)

Nuluh Lapai, Telipok sesuai untuk semua peringkat umur dan seorang dari teman saya turut berjaya menawan puncak bukit tersebut meski dia adalah seorang pesakit Talasemia. Juga, seorang dari kumpulan kami merupakan breast cancer survivor.  Sesuatu yang indah untuk diraihkan atau mungkin suatu kejayaan manis yang boleh dikenang. 
Nulu Lapai, Telipok Sabah
Mungkin ada yang bertanya, ada apa dibalik puncak Nuluh Lapai ? saya perhaluskan imaginasi anda. Setelah berhenti di jalan bertentangan restoran seafood terkenal Gayang, berhentikan kereta anda di tepi jalan. Ada pondok kecil, sebuah perhentian sebagai menyambut kedatangan para tetamu Nuluh Lapai. Signboard menggunakan kayu dan anda wajib bergambar di sini. Ada pilihan Trail 1 dan Trail 2. Saya cadangkan anda mengikut Trail 2 untuk naik dan balik menggunakan Trail 2 atau sebaliknya. Anda tidak akan kecewa dengan pilihan cadangan ini. Berjalan dan terus berjalan, kerana itu adalah tujuan sebuah perjalanan di bukit ini. Anda akan berjalan dibawah dedaunan pohon-pohon, berjalan dalam kumpulan beberapa orang sangat digalakkan dan untuk perjalanan ini, saya berjalan dengan cucu bapa saya, seorang perempuan berusia 9 tahun. Satu hal yang  pasti  adalah 'setiap perjalanan yang benar akan mendekatkan kita kepada destinasi'. Akhirnya, kami tiba dipuncak Nuluh Lapai. Bendera negeri kesayangan saya sedang berkibar megah dan dari puncak itu terdampar sebuah karya sang Pencipta yang indah. Lautan terbentang luas dan saya pasti di antara pemandangan itu turut ada kawasan air payau (air laut + air tawar). Indah ? jika anda seorang pengkritik alam ciptaan, mungkin pemandangan itu tidak cukup membuat anda kagum. Bagi manusia sederhana seperti saya, tempat itu indah. 

Ketika berada di puncak bukit, aktiviti jual-beli tidak lagi asing dikebanyakan lokasi hiking negeri Sabah. Nuluh Lapai tidak terlepas dari kisah tersebut. Oleh itu, jika tekak anda tiba-tiba terasa ingin meneguk 100Plus yang sejuk, keinginan anda itu pasti termakbul dengan syarat anda harus ada duit. Harga 1 tin minuman adalah RM2.50. 
Nulu Lapai, Telipok Sabah
Pemandangan yang indah membuatkan semua pendaki tidak mahu terlepas dari 'insta photo' atau 'facebook' sebagai sebuah jalur menyampaikan mesej kepada rakan-rakan media bahawa anda telah menakluki puncak Nuluh Lapai. Well, this is insta world ! lol.

Jumpa di jejak seterusnya !

Post a Comment

3 Comments

Sally Samsaiman said…
Dpt tgk pemandangan lepas hiking mmg satu pengalaman yg mahal. Utk kaki hiking, itu semua satu kemegahan!
Zaza Iman said…
cantiknya dapat melihat pemandangan
nuluh lapai ni..share la lagi gmbr2 sekitar nak tgk :)
Sofinah Lamudin said…
Waaa best nyaaa... kena pergi beramai2 ka ni ? kalau pergi seketul dua saja boleh ka ni ?? Hikhik..