Destinasi Pelancongan SABAH : Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay , Kg. Kambizaan Papar Sabah

www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !

Kg. Kambizaan sangat tidak asing bagi sesetengah rakan saya, kerana bagi mereka itu adalah kampung tempat mereka mencelikkan mata melihat dunia. Namun, tidak bagi saya. Ini merupakan julung kalinya saya menghirup udara segar di sini. Tidur di atas pokok pula. Kamu belum mampu membayangkannya~kan ? Saya ceritakan pada perenggan berikutnya.

Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Sabtu lalu, seawal jam 7 pagi kami bertolak dari rumah  menuju ke Kg. Kambizaan Papar. Lokasinya tidak terlalu jauh dari Kem PLKN Ovai Papar. Saya diberikan tugas untuk mengungkap alam tersembunyi yang belum banyak diketahui masyarakat. Diharapkan akan tumbuh kesedaran sekaligus kepedulian bahawa negeri Sabah memiliki banyak potensi pelancongan dan perlu dijaga bersama.
Ponohuan Tree House

Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Menurut kata pemilik Ponohuan Tree House, iaitu Puan Jailin, Ponohuan Tree House telah dibina pada 01 Mei 2017. Meski kewujudan homestay ini masih terlalu muda pada usia tetapi, jika dilihat pada keadaan alam ia sangat berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Perjalanan bukan tentang keindahan alam atau destinasi semata. Perjalanan adalah bagaimana kita mampu sampai di tujuan dan belajar mendapatkan makna terdalam dari sebuah eksplorasi. Mampu menjadi seorang yang lebih peduli pada orang sekitar dan menghargai alam. Belajar untuk berani keluar dari zon nyaman dan tenang menghadapi entah apa yang menghadang di depan sana. Itulah yang membuat para sahabat eksplorasi sentiasa rindu untuk kembali 'packing' barang dan memulakan perjalanan baru.
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay

Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Bersama Owner Ponohuan Tree House, Puan Jailin
Kali ini saya ditemani oleh DD si little blogger, bersama dua orang lainnya. Kami diberikan dua buah bilik di atas pokok. Saya selalu mengharapkan untuk dapat menikmati suasana rumah dan alam seperti yang terdapat di Ponohuan Tree House. Terdapat beberapa homestay di sini dan juga, masih ada beberapa homestay yang masih sedang dalam proses pembinaan. Ia dibina dikawasan tebing sungai dan itu menambahkan rencah indahnya kawasan Ponohuan Tree House dan Homestay lainnya. Rumah atas pokok, buka jendela dan yang terlihat adalah pemandangan sungai yang airnya sedang mengalir megah. Di bawah pokok tersebut terdapat sungai yang luas sehingga cukup untuk manusia bermandi-manda dan bermain rakit.

Harga Penginapan ~ RM80 satu bilik per night dan boleh memuatkan sehingga empat orang. 

Saya kurang arif menceriterakan semua yang saya lihat dengan mata melalui penulisan tetapi, saya akan selitkan gambar-gambar bagi membuka pancaindera anda agar, anda dapat berimaginasi seperti apa gambaran saya tentang Ponohuan Tree House yang sebenarnya. Ada satu lagi lokasi kegemaran yang berjaya membuat saya mengingat bahawa tempat ini bukan seperti negeri Bawah Bayu tetapi, ya, ini adalah negeri Sabah. Sebuah tempat yang dikelilingi oleh bambu dan dedaunan bambu tersebut menyatu menjadi gerbang dan ditengah-tengah terdapat meja bambu yang panjang. Ketika malam menjelma, cahaya lampu dimarakkan ia terlihat sangat cantik. Cahaya bulan menyinari samar-samar dibalik dedaunan bambu. Ah, suanana itu wajib dinikmati oleh semua.

Untuk pertama kali dalam hidup saya tidur rumah di atas pokok dan rumah ini mendakap akar kayu yang besar atau dalit dalam bahasa Dusun. Sedikit perhatian, jika anda mahu menginap di Ponohuan Tree House adalah bijak jika anda membawa mosquitto or insect repellents  bagi mengelakkan diri di gigit semut atau nyamuk. Jujur saja, saya sempat di gigit oleh semut ketika berada di dalam rumah atas pokok tersebut tetapi, ia hanyalah semut biasa dan tidak berbahaya. Ketika saya menuliskan ada semut, tidak bermakna saya diserang semut. Hanya ada 2, 3 gigitan semut dan itu biasa bagi eksplorasi di lokasi yang belum terganggu ekosistemnya.

MyNurul Homestay
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Meski saya tidur di Ponohuan Tree House tetapi, saya menerima segala keistimewaan yang ada di MyNurul Homestay. Saya bebas menikmati panorama di kawasan MyNurul Homestay, bebas menggunakan semua fasiliti yang ada termasuk menggunakan life jacket, perahu, rakit dan hammock yang ada dalam kawasan tersebut. Terima kasih kepada pemilik yang ramah iaitu Puan Nurul dan juga, Miss Mira yang banyak membantu ketika saya berada di sana.

Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Homestay yang ada di sini merupakan rumah bambu dengan rekabentuknya yang sangat indah dan rasanya sesuai untuk photoshoot. Ketika kami tiba seawal jam 9 pagi, tempat ini sudah mulai didatangi oleh para pengunjung. MyNurul Homestay turut mempunyai satu kawasan terbuka untuk aktiviti berkumpulan seperti teambuilding activity dan sebagainya.

Homestay Sulap Paluh 2.0 berharga RM180 satu malam manakala, Homestay Sulap Paluh 1.0 adalah RM150.00 satu malam. Info lanjut boleh menghubungi 014-2021208 atau 017 7053872.

Jungle Trekking
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Saya kurang pasti sama ada laluan untuk aktiviti jungle trekking ini telah dibuka atau belum. Dalam perjalanan pulang, saya terlihat tanda tersebut. Untuk info lanjut sila berhubung dengan pihak MyNurul Homestay.
Kontes MyNurul Homestay
Mungkin ramai yang belum tahu tentang kontes yang sedang dianjurkan oleh MyNurul Homestay. Fyi, kontes ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2018. Cara-caranya adalah seperti berikut :-
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay

No Internet Connection
Di mana-mana yang ditanyakan oleh manusia zaman teknologi adalah 'ada line internetkah ?'. Maaf. Internet tidak boleh di akses disini. No Internet connection. Bukan langsung tidak ada, tetapi, untuk mendapatkan signal internet line itu sangat sukar. Bagai chispmore 'now you see, now you don't'.  Mungkin ia agak mengecewakan bagi sesetengah individu, namun, hakikat sebenar adalah alam indah lebih menggoda daripada sekadar melihat bayangan dibalik skrin smartphone. Nikmati suasana tanpa hingar-bingar kota, nikmati kesunyian dan tangkap inspirasi di tempat ini.
Kawasan ini turut menyediakan fasiliti asas kepada para pengunjung seperti dewan kecil, dapur memasak dan tandas serta tempat BBQ. Selain itu, di hujung kawasan MyNurul Homestay terdapat  satu kawasan santai untuk sekadar relax sambil menikmati alam didalam hammock atau jika, anda ingin membawa hammock sendiri, juga boleh, kerana di kawasan ini ada banyak pokok-pokok untuk menggantungkan hammock. 
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Sebenarnya, MyNurul Homestay tidak menjalankan aktiviti pelancongan sendirian. Terdapat beberapa homestay yang turut beroperasi disini termasuk Ponohuan Tree House, MyRose Homestay dan D'Buguk Homestay. Untuk MyNurul Homestay, yuran masuk adalah RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Manakala, bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, masuk adalah percuma. 

Boguan Cafe
Meski tempat ini agak jauh tersorok dihujung desa  tetapi, di kawasan ini turut terdapat sebuah cafe iaitu Boguan Cafe. Ketika duduk menikmati soto daging, saya terdengar sang bapa memanggil anak kecilnya 'Boguan, Boguan' saya kurang pasti apakah nama cafe itu diambil sempena nama anaknya atau apa ? saya tidak bertanya. Jika nantinya, kamu ke sana, sila tanyakan untuk saya 'siapa Boguan sebenarnya' . hehe. 
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay

Harga soto daging adalah RM5 dan rasanya sedap atau kata Sabahan 'boleh tahan' ! harga barang runcit adalah berbaloi. Antara barang-barang yang dijual adalah minuman tin, keropok, maggie cup dan nasi campur. 

Lokasi ke MyNurul Homestay | Ponohuan Tree House , Kg Kambizaan Papar

Berikut merupakan location map menuju MyNurul Homestay atau pun Ponohuan Tree House. Untuk info lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak MyNurul Homestay melalui FB Fanpage mereka.
Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay
Until next trip !
Destinasi Pelancongan SABAH : Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay , Kg. Kambizaan Papar Sabah Destinasi Pelancongan SABAH :  Ponohuan Tree House | MyNurul Homestay , Kg. Kambizaan Papar Sabah Reviewed by Precious Cla on 27.3.18 Rating: 5

18 comments:

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

Tempat yang sangat-sangat membuatkan kita yang tgl di area bandar ni, merasai apa itu nikmat kehidupan yang sebenarnya.

Precious Cla said...

Best sangatkan ^^ lokasi percutian yang tidak jauh dari KK ^^ paling best boleh mandi-manda hehe

Eintan Nurfuzie said...

Wa..bgus gak xde internet.. nru kita hayati keindahan semulajadi

zaza iman said...

Suka la tgk cla bnyk travel.. Kawasan homestay cantik.. Tenang je rasa.. Zaza suka duk kwsan mcm tu.. 😍

Diana Rashid said...

Bestnya homestay macam ni..Malam2 mesti sejuk giler..nak bangun pagi pun sayang nak buka mata ni..hahah

Mimi Azirah said...

Bestnya travel sana sini. Belum berkesempatan nak explore tempat menarik di Malaysia.suka tgk org travel je

Cahaya Hayati said...

Tak pernah sampai lagi sabah.. dok dalam wishlist banyak tahun dah.haha.

hafizsidah said...

bestnyeee back to nature

emi said...

I will go to sabah on next july. Cant waitttt.

tenku butang said...

Bestnya aktiviti nya.. sabah memang best.. tapi TB tak pernah sampai ke sana.. alahai.. rakit tu buat TB terasa nak naik je..

sya mimie said...

Menariklah. Saya bca dari mula hingga ke akhirnya tanpa skip tau. Teruja kalau la belum ada anak, seronok beraktiviti disini.

Anonymous said...

Yesterday, while I was at work, my sister stole my iphone and tested to see
if it can survive a thirty foot drop, just so she can be a youtube sensation. My iPad
is now broken and she has 83 views. I know this is completely off topic but I had to share it
with someone!

Anonymous said...

My developer is trying to persuade me to move to .net from PHP.
I have always disliked the idea because of the costs. But he's tryiong none
the less. I've been using Movable-type on several websites for about a year and am anxious about switching
to another platform. I have heard very good things about blogengine.net.
Is there a way I can transfer all my wordpress posts into it?
Any help would be greatly appreciated!

Anonymous said...

Hi! Would you mind if I share your blog with my myspace group?
There's a lot of people that I think would really enjoy your content.
Please let me know. Cheers

Precious Cla said...

Hi there, yes you can share my post :) thanks.

Anonymous said...

Amazing issues here. I'm very happy to look your article.
Thanks a lot and I am looking forward to contact you.
Will you please drop me a mail?

Anonymous said...

Ponohuan Tree House dan my nurul homestay ni sekali ka atau asing2 homestaynya

Mt Bromo Sunrisetour said...

Istimewaaaaaa... .
Boleh lah cuba....

Powered by Blogger.