CAMACA Gelato, Kota Kinabalu

Just next to my office (err, maksud saya pejabat lama). Saya tidak lagi berada di tengah kota tempat para pelancong dan traveler lepak petang. Sedihnya hati. Tapi apakan daya, hidup tidak harus berada di satu tempat untuk selamanya. Terkadang melangkah melangkaui satu destinasi baru itu penting atau, istilah lainnya, terpaksa kerana sudah tidak ada pilihan lain.  
CAMACA Gelato, Kota Kinabalu CAMACA Gelato, Kota Kinabalu  

CAMACA gelato merupakan sebuah cafe tempat lepak yang baru di Gaya Street. Sebenarnya, kawasan Gaya Street Kota Kinabalu terutama dikawasan Backpackers menghimpunkan banyak caffe yang terbaik. Di Camaca anda boleh menikmati aiskrim gelato beraneka jenis, kopi dan juga, desserts. Rasa ? pastinya, sedap dan berkualiti tinggi. Tambahan pula, staff yang bertugas sangat mesra.
CAMACA Gelato, Kota Kinabalu
CAMACA Gelato, Kota Kinabalu
CAMACA tidak sekadar tentang aiskrim atau kopi atau susu New Zealand dan sebagainya tetapi, juga tentang reka dalaman caffe tersebut. Bila masuk caffe tersebut, wow, ala-ala kita berada di makmal sains. 

Lokasi : Jalan Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu. Bangunannya betul-betul bersebelahan dengan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Catat Komen

8 Ulasan

Nadia Johari berkata…
sedapnya aiskrim tu..kalau sebelah office, memang tiap-tiap hari boleh makan ni..hehee..menarik la gelato dia..ada macam-macam jenis ni
iuzira berkata…
Jauhnya kat sabah, ramai kata makanan kat sana sedap dan kat sini memang takde makanan sabah.
el berkata…
Bestnya cafe ni..ada pelbagai ice cream..tentu sedap..sbb fresh dr kan
Diana Rashid berkata…
Untung nya kalau tinggal dan bekerja di kawasan macam ni... Setiap hari mesti macam satu percutian bagi kita.
Mimie berkata…
Sedapnya aiskrim u. Aish bila lah dapat emrasa eprgi sabah.banyak tempat nak terjah nih
Tengkubutang berkata…
unik nama cafe ni.. camaca gelato.. nama diambil sempena apa agaknya ye.. woww.. ada aiskrim yang menyelerakann.. teringin nak makan
Sunshine Kelly berkata…
Wow the gelato and it decorations look so tempting. I wish to try them now.
Mrs Pip berkata…
Bilalah kak pip mau bertandang pergi gaya street ni .. Rindu lah dgn tamu gaya street...