CHEW JETTY PENANG - UNESCO WORLD HERITAGE

[GEORGETOWN, PULAU PINANG]

Dale Philip seorang Vlogger Scottish memberitahu audience bahawa ia telah di scam untuk melihat Chew Jetty, Georgetown. ''Tiada apa untuk di lihat di sini'' dan kerana itu, kami datang melawat lokasi yang ia katakan 'benar atau tidak'.
Chew Jetty, Penang
Kawasan kampung air Chew Jetty bermula dari tepi jalan Gat Lebuh Armenian sehingga ke tepi laut. Chew Jetty atau Sneah1 Chew1 Kio2 dalam Hokkien adalah kampung air terbesar yang di bina sejak pertengahan kurun ke-19. Setiap kampung air mempunyai kuil kecil untuk menyembah Dewa Laut. Terdapat lapan clan jetty di Pulau Pinang yang dinamakan bersempena dengan nama keluarga mereka iaitu; Lim, Chew, Tan, Lee, Yeoh, Koay, Peng Aun dan Mixed Clans. ''Chew'' adalah yang paling terkenal.

Chew Jetty, Penang
First impression, ok-lah tempat ni lebih kurang macam satu kampung air di Sabah jika ia dibangunkan dan di jaga sempurna. Chew Jetty adalah kampung air terbesar dan merupakan penempatan pendatang Cina dari tenggara tanah besar, dari Tung Aun District, Xin Lin She Village, Quan Zhou Prefecture of Fujian Province. Mereka berhijrah dan kerja di laut lalu, mereka mulai membina rumah di pesisir pantai. Bermula dengan 10 keluarga kini penduduknya lebih daripada 1500 orang. Namun, ramai juga yang sudah berpindah ke darat dan tinggal di rumah yang lebih besar. 
Chew Jetty, Penang
Untuk pengetahuan, Chew Jetty merupakan UNESCO World Heritage. Kalau datang hari biasa kawasan ini memang sunyi sepi, hujung minggu atau cuti ? memang meriah dan boleh shopping macam-macam benda atau kraftangan di sini. Tak puas datang sekali, sebab tu esoknya kami datang lagi. Banyak makanan di sekitar kawasan ini dan juga boleh terus ke Armenian Street
Di Chew Jetty juga turut disediakan perkhidmatan naik bot untuk tengok laut dan bergambar dengan background Jambatan Pulau Pinang. Untuk sunset view pastinya cantik tetapi, kami datang ketika matahari sedang bermaharajalela di atas awan. 
Chew Jetty, Penang
Recommended ? Chew Jetty merupakan kampung air warisan yang masih terjaga rapi, tidak banyak yang boleh di lihat di sini selain rumah-rumah mereka dan terdapat banyak jualan daripada penduduknya. Tiada bayaran masuk dan tidak salah untuk datang sekadar melihat warisan keluarga Chew. Mahu beli ole-ole untuk kawan dan keluarga ? tempat ini wajib dilawati kerana, harga barang-barang semua murah-murah belaka. 
Chew Jetty, Penang
...dan saya suka Penang kerana makanannya sedap dan murah serta, ramah pula orangnya. 
Penang, I'll be back soon !

Post a Comment

13 Comments

Banyak sebenarnya tempat tersembunyi kat Penang ni tapi tulah jalan sesak.nak sedap berjalan kena jalan kaki..tapi ada anak kecil susah sikit la
Sis Lin said…
Menariknyaa.. ada juga ke Penang tapi tak berapa tau pulak paal jetty ni, nanti bolehlah jalan ke sini pulakk..
Jeje said…
Aku belum pernah berkunjung ke penang. Sepertinya itu akan menjadi list perjalanan kedepannya. 😁
Bae Roslan said…
i pernah lalu je, tak pernah lagj bergambar kat sini even tho' i am penangites haha
next time balik kampung nak ootd lah kat sinj
Ruby said…
Baru tahu lokasi ni UNESCO World Heritage. Selalu kalau travel ke Pemamg, mesti dekat tempat makan je. Nanti nak visit jeti ni lah. Datang weekend ada jual kraftangan kan? Nanti i dtg. Support lokal.
Kat sini memang dah hot spot untuk bergambar. Kalau pandai tengok, dan pandai cari angle, memang lawa.
Mahamahu said…
Actually lokasi macam ni kena banyak promote untuk banyakkan lagi tarikan pelancongan dalam negara.. kita pun baru tahu tentang tempat cantik ni...
Mahamahu said…
Good promosi lokasi menarik seperti ini kerana ramai yang masih belum tahu...
仙妮 said…
Yeah! It's a nice place to visit at Penang , I was there with my family last school holidays , nice trip. Cheers Siennylovesdrawing
Kitkat Nelfei said…
Wow! Good to know that it has been recognised by UNESCO too ya! Awesome, memang famous and tempat wajib singgah bah ni!
my fam had a great time and I miss Chew Jetty now! wish to visit again soon
halimah muhiden said…
Belum sampai lagi di Chew Jetty merupakan UNESCO World Heritage ni, l dah lama tidak pegi ke Penang, next list blhlah travel ke penang plk.
Rolling Grace said…
i would have never find out anything about this beautiful UNESCO world heritage site hidden in penang without reading this article! thanks for sharing your experience :)