PENGALAMAN MENYERTAI 2ND ASIA PARKS CONGRESS, 2022

[ASIA PARKS CONGRESS, SABAH]

APC atau 2nd Asia Parks Congress telah berlangsung pada 24-29 Mei 2022 dan telah pun melabuhkan tirainya. Tulisan ini sepatutnya terbit sehari setelah ia usai tetapi, apakan daya...empunya diri terlena dalam kemewahan masa 'nanti saja'. 
2ND ASIA PARKS CONGRESS
Ketika di tanya ahli persatuan, siapakah yang berminat untuk turut serta dalam kongres ini ? tempat adalah terhad kepada 10 ahli dan yuran di bayar oleh Persatuan dan Sabah Tourism Board. Memandangkan saya terlalu baru dalam persatuan, saya mendiamkan diri. Beberapa hari berlalu, hanya 2 orang mendaftarkan diri. Saya akhirnya mendaftar diikuti oleh beberapa peserta lain. Itu pun tidak mencapai 10 orang. Sebenarnya, ia adalah peluang bertemu dengan ahli delegasi dari seluruh negara Asia. Tentunya, saya suka. Kongres pertama berlangsung di Sendai, Jepun pada tahun 2013. Jika menanti peluang seterusnya, kemungkinan ia tidak berlaku lagi pada diri saya. 
2ND ASIA PARKS CONGRESS, MALAYSIA
Meski saya tidak mengenal sesiapa kecuali Presiden persatuan, saya berasa ia bukanlah isu besar. Hal terpenting adalah berani melangkah dan tetap yakin meski, di tengah lautan manusia asing. Mau tidak mau, terpaksa juga say hi dengan orang sebelah (ha ha). Paling best semasa excursions time kerana dapat berinteraksi secara langsung dengan delegasi luar. Saya memilih Mari-Mari Cultural Village untuk dilawati walaupun, lokasi itu sangat dekat dengan saya. Delegasi yang lain melawat National Park, Tunku Abdul Rahman Park dan beberapa kawasan pelancongan lain. Melalui excursion saya mendapat kenalan baru lagi atau dengan kata lain, new networking
2ND ASIA PARKS CONGRESS, MALAYSIA
Apa yang saya dapat melalui Kongres ini ? banyak info dan tentunya sebuah pengalaman berharga yang saya dapatkan secara percuma. Para peserta/delegasi di beri pilihan untuk memasuki salah satu daripada 6 working group yang ada. Saya memasuki working group 5 - memberi fokus kepada economic and financial sustainability of protected and conserved area dan diketuai oleh UNDP. Antara aktiviti semasa kongres ialah; plenary, working group sessions, poster session, youth forum, indegineous forum and local communities forum dan banyak lagi. Makan ? tentunya di tanggung penuh dan lazat-lazat belaka. Jika berlangsung sedikit lebih lama, saya pasti kilogram para peserta akan bertambah (ha ha)
2ND ASIA PARKS CONGRESS, MALAYSIA
Sepanjang kongres berlangsung, exhibition di Kinabatangan Hall, SICC turut diadakan. Pelbagai produk tempatan beserta pameran dapat di beli dan di lihat. Tahun ini saya mengenal ramai usahawan dengan hasil produk yang menarik. 
2ND ASIA PARKS CONGRESS, MALAYSIA
2nd APC berlangsung cemerlang dengan 1,200 penyertaan dari 49 buah negara, jointly convened by Sabah Parks, Malaysia dan IUCN. As the delegates head home - many with new friends and new experiences of nature from site visits to local parks, cultural areas and ecotourism centre - they will take the Kota Kinabalu Declaration with them and help promote its key messages to their peers and policy-makers across Asia.

Thanks Kiulu Tourism Association and Sabah Board Tourism for the opportunities. 
2ND ASIA PARKS CONGRESS, MALAYSIA
Until next post !

Post a Comment

9 Comments

Kitkat Nelfei said…
This is indeed a nice event and we should have more of this kan... good awareness and exposure too since we have international participation kan... Well done.
mama tisya said…
dpt peluang sertai kongres mcm ni mmg best sbb kos biasanya mahal..tp ni dpt percuma kan...bkn smua org bole terpilih ...di samping dpt new friends, pengalaman dan info...yg seronoknya dpt mkn best juga kan
Rawlins GLAM said…
Rawlins pun bukan sejenis yang mudah untuk rapat dan berkenalan dengan strangers. But suka attend events gini sebab ianya akan put me out of my comfort zone and I will have to engage with others.
Ezna Khalili said…
Nampak menarik event ni sebab ia juga melibatkan negara luar. Boleh bertukar pendapat juga kan?.
Wawa Ashihara said…
Best juga event cmni ekk.. Dpt juga berkenalan dgn org luar tmbh rakan dan juga pengetahuan... Bukan selalu dpt camni.. Boleh la kita tgok progress international juga..
Sis Lin said…
Lama tak pi event jemputan Tourism, jemputan ada jer, tapi masa je selalu clash.. best tau kalau join gini, satu pengalaman menarik.. paling jauh pergi, ke Sabah juga dulu.. Sandakan Food Festival..
fareast said…
Bestnya dapat join congress, macam-macam pengalaman dan connection baru boleh dapat dalam tu. Tahniah dan teruskan.
wah terbaik.. satu pengalaman yang cukup bermakna... apatah lagi perkongsian ilmu dan info dengan negara2 luar
Mahamahu said…
Bagus ada program mcm ni dan juga dapat sertai dengan pelbagai masyarakat ia akan melahirkan banyak idea bagus kita nak join nanti kalau ada lagi...