MARI-MARI CULTURAL VILLAGE, SABAH

[MARI-MARI CULTURAL VILLAGE, SABAH]

Mari-Mari Cultural Village (MMCV) merupakan salah satu tempat yang wajib untuk kamu lawat, apatah lagi kalau tinggal berdekatan dengan kawasan ni. Selalu tengok tempat ni melalui Vlog orang 'macam menarik' dan selalu tengok promotion MMCV 'hmm mau cuba datanglah'. 

Mari-Mari Cultural Village

Namun, tahun berganti tahun hasrat tersebut belum juga terlaksana. Mungkin kerana ia terlalu dekat dengan kawasan saya tinggal dan selalu berada di tempat itu sebelum ia dibangunkan menjadi rumah budaya maka, niat seringkali tergendala dengan agenda lain. Hanya di tahun 2022 akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Mari-Mari Cultural Village, Kionsom Inanam. 

Saya melawat Mari-Mari Cultural Village sebagai salah satu aktiviti luar semasa 2nd Asia Parks Congress baru-baru ini. Pastinya bersama para delegasi luar dan dalam negara. 

Mari-Mari Cultural Village

Mari-Mari Cultural Village merupakan sebuah lokasi pelancongan kampung budaya dan menampilkan sejarah, budaya, tradisi serta gaya hidup masyarakat 5 etnik utama di Sabah. Lima etnik utama negeri Sabah terdiri daripada etnik Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut. Ketika guide menerangkan satu per satu rumah etnik yang ada termasuk etnik Dusun, saya sedikit bangga ketika memberitahu delegasi dari Bangladesh dan Laos ''I'm Dusun'' sebagai bangsa majoriti di negeri bawah bayu. Maknanya, mereka mendengar kisah zaman lalu tentang bangsa saya dan melihat bangsa itu di depan mata mereka di zaman moden ini. 

Mari-Mari Cultural Village

Tidak hanya melawat rumah-rumah etnik yang ada, kami turut disajikan dengan kuih dan minuman khas setiap etnik yang ada sambil ditunjukkan cara membuatnya. Antaranya, cara-cara membuat rice wine atau montoku dalam bahasa Dusun dan lihing. Selain itu, ketika tiba di rumah etnik Bajau kami disajikan dengan kuih jala dan minuman air pandan. 

Mari-Mari Cultural Village

Selesai explore semua rumah etnik yang ada, kami kemudian ke hall utama untuk melihat pertunjukan tarian. Salah satu tarian yang penuh semangat adalah tarian Magunatip. Ingin rasanya maju ke depan menari bersama tetapi, keingingan saya dimatikan dengan pilihan untuk merakam atau beraksi. Saya memilih memotretkan memori hanya dengan melihat dan menggambar. 

Tarian Magunatip adalah sejenis tarian beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip di ambil daripada perkataan 'atip' yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari Magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang di pukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Para delegasi turut di ajak naik ke pentas melakukan tarian Magunatip bersama para penari Mari-Mari Cultural Village.

Mari-Mari Cultural Village

Selepas sesi pertunjukan selesai, kami bergerak ke dewan makan untuk menikmati juadah tengahari yang lazat apatah lagi, buffet style. Perut kenyang, hati gembira dan minda mendapat ilmu baru. Terima kasih Sabah Tourism Board untuk peluang ini. 

Oh ya, kalau mahu ke Mari-Mari Cultural Village bolehlah menghubungi saya. Sebagai warga tetangga Mari-Mari Cultural Village, saya boleh uruskan lawatan anda ke sana dengan mudah.

Post a Comment

6 Comments

Tempat wajib pergi kalau ke sabah kan..ada pakej ke kundasang tak utk tahun depan. Email saya chintashoope@gmail.com
Ezna Khalili said…
Tak pernah melawat sabah. Teringin juga nak pergi nanti. Sarawak je yg pernah.
seronok bila dapat bercuti dan pd masa yang sama dapat mengetahui budaya yg ada di sini... pengalaman yang berharga
Kitkat Nelfei said…
I gonna plan a trip to visit this Mari Mari Village la.. takkan la excited bila travel kat tempat orang kita pergi visit cultural village mereka, but negara sendiri tak buat kan..
仙妮 said…
Ohh didn't know Sabah also with a Mari Mari village, thanks for sharing this. I only know Pulau Carey with Mari Mari village before reading this. Cheers Siennylovesdrawing
nikkhazami said…
kalau pi sabah wajib lawat tempat tempat mcm ni. untuk pendedahan, sebab semenanjung memang takde.