PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2 BERMULA 11 JANUARI 2021

Status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 telahpun diumumkan bagi sebahagian besar ahli KWSP mulai 4 Januari 2021. Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang gagal, anda boleh memohon kategori 2. 

Menurut KWSP, bagi ahli yang TIDAK LULUS, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon, dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Kategori 2.

Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan i-sinar kategori 2 KWSP

Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

Permohonan i-Sinar Kategori 2 ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Semakan Status & Tarikh Bayaran

  1. Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Tarikh Permohonan

Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan

Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Permohonan akan dibuka mulai 11 Januari 2021

Langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter

Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Telegram Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

So, anda yang tidak layak dengan kategori 1 boleh memohon kategori 2 bermula 11 Januari 2021.  

Manakala, bagi anda yang memiliki simpanan di ASNB, dividen sudah keluar. Walaupun, tidak sebanyak tahun sebelumnya sekurang-kurangnya kita masih menikmati dividen tersebut. 



Catat Komen

0 Ulasan