BANTUAN TAMBAHAN BPN DAN GERAN KHAS PRIHATIN

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.00 adalah tambahan bantuan kewangan dalam pakej ''KITA PRIHATIN'' yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya, kepada individu dan juga, perniagaan yang terjejas pendapatannya ketika ini.

Bantuan tambahan BPN melibatkan dana tambahan sebanyak RM7 Billion dengan sasaran 10.6 juta penerima seluruh Malaysian.

BPN

Bayaran akan dibuat sebanyak dua ansuran. Pertama, pada hujung bulan Oktober 2020 dan kedua, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300

SEMAK BPN

Penerima yang layak menerima BPN 2.00 boleh membuat smakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN.


GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) merupakan permohonan  bantuan secara one-off yang boleh anda mohon sekiranya anda dari Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah RM3000 untuk meringankan beban kewangan perniagaan disebabkan wabak Covid19.

GERAN KHAS PRIHATIN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GKP 2.0

Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada pemohon :

1. Bukan penerima GKP sebelum ini

2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia

3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

    i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000

    ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

 4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut :

     i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau 31 Ogos 2020

     ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah bernilai RM3,000 secara one-off

Cara permohonan boleh terus ke Portal Malaysia

Post a Comment

0 Comments