RUSSEL TAYLORS MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT SABAH MELALUI S-MART SABAH


Jenama perkakas dapur meluaskan kehadirannya ke Sabah melalui Shopee.

Russell Taylors, jenama yang khusus dalam perkakas dapur untuk kegunaan rumah, kini melakukan penghantaran produknya kepada warga Sabah terus dari negeri tersebut melalui kerjasama dengan platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee. Perluasan perniagaan ini di buat berdasarkan penyelidikan pasaran yang dijalankan oleh jenama tersebut, di mana permintaan yang kukuh telah didapati dari Sabah bagi barangan Russell Taylors. 
RUSSEL TAYLORS
Dengan negara kini masih memerangi penyebaran Covid-19, digitalisasi perniagaan menjadi penting kerana lebih ramai rakyat Malaysia membeli-belah di atas talian untuk mendapatkan barangan keperluan termasuk peralatan rumah. Ini jelas di lihat dalam prestasi jualan yang dicapai oleh Russell Taylors di Shopee semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

RUSSEL TAYLORS
Dari bulan Mac hingga Jun 2020, Russell Taylors mencatatkan peningkatan jualan yang signifikan dari Sabah, berbanding dengan tempoh sebelum PKP memandangkan para pembeli mencari peralatan yang dapat membantu mereka menyediakan makanan dengan mudah. Ini menandakan penambahan bagi jumlah orang yang memasak di rumah sambil mereka patuh kepada penjarakan sosial dan terus kekal duduk di rumah. Beberapa produk terlaris dalam tempoh ini termasuk Russell Taylors Air Fryer AF-24 yang popular dan Russell Taylors Pressure Cooker PC-60.

Sebagai syarikat yang mengutamakan perniagaan atas talian, Russell Taylors secara konsisten berusaha  untuk meningkatkan pengalaman pengguna mereka selain memberikan peralatan dapur elektronik yang di reka dengan teliti terus ke rumah pelanggan mereka. Demi  memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari Sabah, jenama ini akan mempamerkan produknya di kedai atas talian khusus untuk Sabah di Shopee yang dinamakan S-Mart Sabah dari 20 Ogos.

Ini bermakna rakyat Sabah boleh mendapatkan produk Russell Taylors dengan lebih cepat kerana barangan dihantar terus dari gudang Shopee di Kota Kinabalu, berbanding membeli dari Semenanjung Malaysia dan menunggu waktu penghantaran yang lebih lama. Mereka juga dapat menikmati penghantaran percuma hingga 5kg dengan perbelanjaan minimum RM40. Selain itu, semua produk di S-Mart Sabah di jamin 100% tulen dan pemulangan 15 hari boleh didapati secara percuma.

Denish Raguchandran, Eksekutif Pembangunan Perniagaan Russell Taylors berkata, ''Jenama kami tidak hanya menumpukan pada kualiti produk dan nilainya, tetapi kami juga menekankan pengalaman pelanggan. Inilah sebabnya mengapa kami ingin rakan-rakan kami di Sabah menikmati kemudahan dan kepuasan membeli dari sumber yang lebih dekat dengan kediaman mereka, agar mereka dapat menggunakan peralatan Russell Taylors tanpa perlu menunggu dengan lama. Kami berasa teruja dengan perkembangan ini serta berharap dapat membantu warga Sabah mencipta hidangan yang mudah disediakan dan menyelerakan untuk keluarga mereka di rumah."

Bersempena dengan pelancaran Russell Taylors di S-Mart Sabah, tawaran  harga istimewa bagi produk jenama tersebut akan diadakan di Jualan Kilat Shocking Sale dan baucar eksklusif juga boleh didapati di kedai pada 20 Ogos 2020 untuk rakyat Sabah. Tambahan pula, dengan berlangsungnya Shopee 9.9 Super Shopping Day dari 21 Ogos hingga 9 September, warga Sabah yang mengunjungi S-Mart Sabah bakal mendapatkan tawaran menarik daripada serendah RM0.19 serta baucar terhad di kedai untuk menikmati penjimatan lebih besar bagi barangan runcit dan jenama produk barangan keperluan rumah.

Para pengguna boleh mencari dan membeli barangan Russell Taylors di S-Mart Sabah di sini .

Catat Ulasan

20 Ulasan

nurul aqidah azahar berkata…
bagus ni. betul tu..kalau penghantaran dr semenanjung ke sabah sarawak memang agak lmbt. bagus la kalau buat macam ni kan
Atie Zieya berkata…
harga serendah RM0.19!
better grab it kannn...
el berkata…
wahh begitu prihatin Russel Taylor memenuhi permintaan customer dari Sabah sampai sanggup menyediakan kilang Russel Taylor di Sabah..congrat..pasni rakyat sabah boleh sopin lah
Produk yang menjadi pilihan masyarakat. Dan ia memudahkan urusan yang meminat untuk membeli di kawasan Sabah kan..
Fadima Mooneira berkata…
This is good for the Sabahan. All the best Russel Taylor. Thank you for sharing your post with me.
Farhana Jafri berkata…
wowwww Russel Taylor dah pergi ke Sabah! Lepas ni boleh la masak buras dengan pressure cooker RT!
Marina Bashah berkata…
Jenama ni memang dah famous kan. Bagusnya brand ni nak ke sabah. Senang orang sana nak beli
Zayani Zulkiffli berkata…
Bukan orang Sabah je yang terpengaruh nak dapatkan produk dari Russell Taylors ni, saya pun masa PKP dah beli 2 barang dia. Haha
saidila berkata…
wow...bagus RT ....hari tu terpandang gak RT punya breadmaker sebab member ada guna dan katanya sangat bagus ....apapun tahniah untuk orang Sabah ...
Zharif Azis berkata…
happy to hear this for Sabahanpeople. many more should come forward and help the needies. anyway, i also have one RT air fryer at home.
Sis Lin berkata…
Lepas ni senang laaa orang nak masak guna brand Russel ni.. berkena gak nengok..nanti nak skodeng laaa...
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Brand ni not bad kan. Harga takdela mahal sangat. Memang sangat berbaloi
Sunshine Kelly berkata…
Wow this brand semakin popular sejak kebelakangan ni, plus nowadays more people prefer to cook and eat at home.
Wai Yee aka Rane berkata…
I see the Russell Taylors adv at the roadside of highway. macam best la nak try it out too
Slumber Lady berkata…
Bagus! Satu usaha yang bagus oleh pihak Russel Taylor. Memahami kehendak pelanggan. Kalau Sabah Sarawak nak mengharapkan hantaran dari Semenanjung memang makan masa. Syarikat dan jenama lain boleh ambil contoh dari Russel Taylor.
iena eliena berkata…
wah Russel Taylor dah ke Sabah..senang la boleh beli kat shopee s-mart cepat sikit sampaikat sabah kan :)
Mahamahu berkata…
Russel Taylor ni memang jenama yang dah popular dan juga harga mampu milik kita terkejut tengok kat Shopee harga macam tu hehehe best lah orang Sabah boleh mula nikmatinya...
mrspuex berkata…
russel taylor ni salah satu barang dalam wishlist.. tak sabarrr nak ada satu ..huhuhu..
Izaramli berkata…
Russel Taylor ni brand terkenal jugak. Ramai yang guna brand ni especially air fryer dia. Tapi tak tau pulak rupanya dorang tak buat penghantaran ke Sabah.
dr-Life berkata…
good news for East side friends... no more waiting and high rate for them... let me tell my relatives there too