TRIP TO BORNEO ISLAND, MALAYSIA - 3 BEST ISLANDS IN SABAH

www.cla-travel.asia

Ramai yang dah tahu kalau negeri Sabah termasuk dalam kepulauan Borneo. Sempena cuti-cuti Malaysia ni, ramai yang sibuk mencari destinasi dekat, murah tetapi, indah dan terbaik  ! Salah satu negeri paling lengkap pakej percutiannya merangkumi hutan, pulau, gunung, bandar dan budaya berbilang bangsa boleh ditemukan di negeri Sabah.
TRIP TO BORNEO ISLAND, MALAYSIA
ISLAND HOPING - MANUKAN ISLAND, SAPI ISLAND, MAMUTIK ISLAND

Kali ini saya akan senaraikan 5 pulau terbaik yang wajib anda pergi ketika berada di Sabah. Kalau mahu dekat dengan bandaraya dan hanya memerlukan masa beberapa jam untuk santai di pulau, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik adalah pilihan terbaik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah snorkeling, berenang, parasailing, zipline, banana canoe, seawalking bahan, treking ke bukit yang ada di dalam pulau-pulau ini boleh anda lakukan.

Untuk ke pulau sekitar Kota Kinabalu, anda hanya perlu ke Jesselton Point untuk membeli tiket. Untuk pelancong tempatan, bajet di bawah RM100 sudah memadai (tiket bot pergi dan balik dan  beberapa  aktiviti seperti snorkeling dan parasailing). Jika anda mengambil pakej, ia lebih murah. Namun, jika anda tidak mempunyai masa yang banyak, cukuplah membayar tiket bot dan tiket masuk kawasan pulau yang kurang dari RM50.

SEMPORNA ISLANDS 

Ternyata di Semporna saja, tidak hanya satu pulau indah yang ada tetapi 10 pulau terkenal di seluruh dunia. Pulau-pulau di kawasan ini adalah bertaraf dunia dan turut disamakan dengan Maldives ! Memang tidak disangkal mata, pemandangannya sungguh memukau mata. Air jernih bak kristal.

Pulau-pulau tersebut adalah :

Pulau Mabul
Pulau Kapalai
Pulau Sipadan
Pulau Bohey Dulang
Pulau Mataking
Pulau Pom Pom
Pulau Bodgaya
Pulau Sibuan
Pulau Timba Timba
Pulau Bum Bum

PULAU MANTANANI, KOTA BELUD

Kota Belud taklah jauh sangat dari Kota Kinabalu, lebih kurang 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan. Jauh ? eh, bukankah jauh perjalanan luas pemandangan ? lagipula, setiap destinasi itu ada keunikannya. Baiklah, Pulau Mantanani merupakan salah satu pulau terbaik di negeri Sabah. Menjadi tumpuan pelancong luar negara kerana pantainya yang bersih, putih dan romantik. Airnya jernih dan kali pertama datang sini pasti mahu mengulanginya lagi.

Menaiki bot dari jeti ke Mantanani akan mengambil masa lebih kurang 45 minit tertakluk kepada keadaan ombak.

Bagi peminat pulau-pulau, jom ke Sabah ! 

Post a Comment

0 Comments