CUTI-CUTI MALAYSIA: KASIH SAYANG HEALTH RESORT, KOKOL SABAH

www.cla-travel.asia

Perjalanan mencari ketenangan atau tempat berudara sejuk dan nyaman. Akhirnya, kami sampai ke Bukit Kokol, Manggatal. Sebenarnya, ini bukanlah perjalanan pertama kami ke sini. Entah sudah berapa kali. 
KASIH SAYANG HEALTH RESORT, KOKOL SABAH
Kokol Hill merupakan sebuah perkampungan masyarakat Dusun. Mengimbau kisah lalu, ia hanyalah sebuah kampung dengan aktiviti pertanian. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati. Banyak homestay dan resort cafe muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak hanya 2 atau 3 tetapi, hampir sepanjang jalan anda boleh menemukan cafe atau homestay. 

Seperti biasa, salah satu pilihan terbaik untuk santai menikmati panorama indah Kota Kinabalu adalah Kasih Sayang Health Resort. Sebuah resort yang terkenal dengan kebersihan dan pemandangan 360' bandaraya. Saya pula suka dengan Tomyam yang disajikan ! tekak saya sentiasa bersetuju dengan rasa yang diberikan. 

Sebelum amaran 'no smoking' di semua medan selera atau restoran ditetapkan, Kasih Sayang Health Resort sudah melakukannya sejak pembukaannya. Salah satu sebab kenapa saya suka dengan resort ini, Ia mengamalkan  persekitaran sihat dan mementingkan kebersihan. 

Jika anda mahu menginap di Kasih Sayang Health Resort, anda boleh berbuat demikian kerana di sini turut disediakan penginapan. Alamnya masih tertatah rapi, segar dan penuh romantika alam. Jangan terkejut kerana dari sini juga, anda boleh melihat betapa indahnya Gunung Kinabalu tersergam indah dari kejauhan. 

Kasih Sayang Health Resort hanya 11km dari pekan Manggatal. Cuma jalan menuju ke sini agak curam. 

Jom cuti-cuti Malaysia !


Post a Comment

0 Comments