KOREA TRAVEL : PENGALAMAN NAIK ROLLER COASTER TERPANJANG DI DUNIA

Pada awal usia 20-an saya memasang beberapa impian antaranya ialah, menyentuh dolphin, melihat penguin dan menaiki helikopter. Seorang teman mixed Indonesian-Belanda mengajak untuk bertemu di Ancol, sebuah taman tema terkenal di kota Jakarta tetapi, kesuntukan masa dan kami hanya bertemu di Airport. Jika tidak, saya pasti sudah melihat dolphin dan mungkin ada khabar indah selepas itu (haha) fantasi ! Untuk helikopter, saya menggariskannya sebagai tidak perlu ditunaikan lagi. Penguin ? saya akan melihatnya nanti, tidak tahu bila.
KOREA TRAVEL
Bergambar berlatarkan roller coaster
Lalu, saya memasang impian baru iaitu; skydiving, roller coaster dan bungee jumping. Di antara tiga tersebut, hal paling mahu saya lakukan adalah bungee jumping. Namun, selang beberapa tahun kemudian, saya memegang dada saya dan merasakan sesuatu seakan jantung saya tidak kuat untuk menerima kejutan seperti itu lagi. Apapun, di setiap ada kesempatan menaiki roller coaster, saya akan melakukannya. Ketawa dan jeritan bersatu menjadi satu, menghapus segala rasa yang ada di dalam dada. Tekanan hilang, terbang bersama angin dalam pusingan roller coaster. Semuanya tentang adrenaline. 

Saya pernah menaiki the longest wooden roller coaster in Asia dan ke-7 di dalam dunia yang terletak di Everland, Geonggi-do, Korea Selatan. Masa digunakan untuk menyelasaikan permainan roller coaster adalah tiga minit dengan kelajuan 103.9 km/h (64.6mph) dan drop 45.99m (150.9ft). Ia seperti berada di atas gunung lalu, terjun dari atas gunung. Sebelum bergerak pelbagai rasa akan kau alami, tiba-tiba mahu kencing dan tiba-tiba menyesal tetapi, kau sudah berada di kerusi dan telah pun diikat. No turning back !
KOREA TRAVEL
Hal terpenting yang kau harus lakukan adalah nikmati proses perjalanan roller coaster. Satu minit kau rasakan seperti 1 jam, terlalu lama ! pipi dan mulut seakan terbang kerana, pergerakan yang terlalu laju dan curam. Saya juga tidak dapat fokus terhadap objek atau pemandangan. Jika boleh semampu kekuatan memegang penghadang kerusi kerana, takut terjatuh ketika roller coaster berputar. Walhal, itu tidak akan mengubah apa-apa pun, kau tidak akan jatuh meski harus tanpa berpaut. Ada waktu kepala berada di bawah dan kaki di atas tetapi, proses berjalan dengan sangat pantas menyebabkan saya hampir lupa untuk bernafas. Tidak ada masa untuk tarik nafas panjang-panjang, seakan didera tetapi, saya berani mengatakan bahawa ia adalah permainan yang sangat seronok. 

Untuk anda yang mungkin pertama kali mahu mencuba roller coaster, just go ! kau mungkin menyesal sekejap tetapi, kemudian kau akan menghargai pengalaman tersebut. Kau mungkin akan muntah, it's okay itu bukan masalah besar. Selepas turun dari roller coaster, kau akan pening, terhuyung-hayang seperti tidak berpijak di bumi yang nyata......selepas itu, semua akan normal kembali dan kau akan merasakan kepuasan.

Terkadang hidup seperti roller coaster tetapi, di setiap pergolakan pasti ada akhirnya. Nikmati saja, setiap proses akan membawa kita ke penghujung roller coaster. 

Jika mahu mencuba roller coaster di dalam Malaysia, bolehlah mencubanya di Legoland, Johor. Ia tidak panjang tetapi, cukup untuk menggeletek adrenaline. Saya pernah menaiki Roller Coaster Legoland dan ia sesuai untuk kanak-kanak juga. 

Post a Comment

0 Comments