TRAVEL LIFE : PENGALAMAN TERIAK DALAM KAPAL TERBANG

Jika mempunyai pilihan sama ada menggunakan pengangkutan udara atau darat, saya lebih memilih pengangkutan darat. Namun, ada waktunya saya juga merindukan jendela yang pemandangannya hanya awan-awan. Adrenaline terjadi ketika kapal terbang bergoncang, berusaha untuk melelapkan mata ketika penerbangan panjang tetapi, selalu gagal.
PRECIOUS CLA TRAVEL
Salah satu penerbangan paling smooth
Saya mempunyai beberapa pengalaman menaiki kapal terbang bergoncang. Paling teruk Kuala Lumpur-Surabaya dan Kuala Lumpur-Medan. Apapun, itu bukanlah penerbangan paling mengejutkan jantung saya. Saya masih mampu berkolaborasi dengan perasaan saya, masih mampu melontarkan senyuman manis kepada orang sekitar walhal, itu hanyalah sebuah lakonan. Bayangkan, penerbangan beberapa minggu setelah QZ8501 terhempas, laluan yang sama dan ingatan terhadap insiden tersebut masih segar dan sangat mengganggu perasaan. Tiba-tiba loceng pengumuman berbunyi menyatakan bahawa keadaan cuaca tidak memuaskan. Jiwa mulai bergetar. Kapal mulai bergoncang, seingat saya hampir sepanjang penerbangan kapal bergerak tidak stabil. Dalam diam mata melirik pintu kecemasan dan berfikir bagaimana untuk tidak panik ketika berada dalam situasi 'tiba-tiba' .....

Saya selalu merindukan Surabaya tetapi, laluan penerbangan ke Surabaya memang terkenal dengan laluan 'penuh goncangan' membuatkan saya harus berfikir banyak kali untuk ke Surabaya lagi. Demikian halnya dengan Medan, penerbangan hanyalah lebih kurang 50 minit tetapi, laluannya mampu membuat semua orang bertaubat dari dosa silam (haha).

Penerbangan paling manis dan 'smooth' adalah bersama Asiana Airlines menuju Korea Selatan, Air Asia menuju Tawau dan Qatar Airlines menuju Tesalonika. Semua penerbangan ini seperti terapung tanpa pergerakan. Selain itu, travel ke bahagian Thailand/Vietnam kerana penerbangan sentiasa mulus. 

Kata orang untuk sampai ke sesuatu tempat, harus menempuh gelombang terlebih dahulu. Fine. Namun, jika kapal terbang tiba-tiba turun mengejut dari satu ketinggian ke aras bawah secara mengejut, siapapun akan terkejut. Kisah penerbangan Indonesia (mungkin dari Jakarta, saya lupa)-Kuala Lumpur setelah banyak memori diperolehi, kami pulang. Captain sudah mengumumkan bahawa kami akan mendarat sebentar lagi. 'Sebentar' yang bermaksud sebenarnya 30 minit lagi untuk benar-benar mendarat. Apa-apa pun boleh terjadi. Penerbangan 'smooth' dan saya sendiri mengatakan bahawa 'inilah penerbangan paling best' rupa-rupanya, tidak. Tanpa pengumuman, kapal turun seakan-akan jatuh secara mengejut. Semua orang berteriak, saya juga. Tidak lama kemudian, proses yang sama berulang lagi. Tarik nafas panjang-panjang, kalau benar-benar jatuh, habislah ! 

Perkara yang sama berlaku ketika dalam penerbangan Qatar Airlines ke Doha, minit ke 15 tiba-tiba kapal bergerak ke bawah secara mengejut seperti jatuh terjunam. Ramai juga yang terteriak, termasuk saya. Lelaki Korean yang berada di samping saya melihat saya, dia santai-santai saja seperti sudah sangat siap untuk mati. Seakan ada senyuman tidak jadi dari bibirnya, bencinya dengan senyuman jenis itu. Namun, saya tahu dia juga terkejut sehingga mengukir senyum pun dia tidak mampu. 

Travel menggunakan kapal terbang banyak suka-dukanya, lain lagi orang duduk di sebelah kita harumannya sukar di terima oleh pancaindera hidu. Ada pula lelaki miang yang tiba-tiba melentokkan kepalanya ke arah kita. Macam-macam ! kadang-kala kita terpaksa berlakon tidur ketika penumpang lain sedang menikmati hidangan, biasanya penerbangan Air Asia kerana makanan tidak termasuk di dalam harga tiket kecuali, sedia membeli secara online atau semasa di dalam kapal. 


Post a Comment

0 Comments