PASAR SERIKIN, SARAWAK

www.cla-travel.asia : PASAR SERIKIN, SARAWAK

I come for the experiences and not the things to buy. Driving till the end of Sarawak border, and you would come to this Serikin Market where you see stalls selling goods from the other of our border, Kalimantan of Indonesia. Clothes, handicraft, and foods are abundant ! what else ? datanglah sendiri. 
PASAR SERIKIN, SARAWAK
Pasar Serikin merupakan pasar hujung minggu yang sangat terkenal di kalangan penggemar barang-barang murah. Ia terletak di Bandar Bau, Sarawak dan untuk sampai ke Serikin dari bandar utama Kuching adalah lebih kurang satu jam setengah. Oleh kerana pasar ini merupakan sempadan antara Sarawak dan Indonesia maka, tidak hairanlah para penjual dan pembeli terdiri daripada penduduk Indonesia dan Malaysia.

Paling menarik, pasar ini terkenal dengan sistem 'runding sampai dapat' atau 'tawar sampai puas hati' dan ketika saya tiba, tempat ini sudah mulai dibanjiri oleh orang ramai. Hangat mentari membatalkan niat saya untuk berjalan hingga ke hujung pasar. Lagi pula, saya tidak mempunyai tujuan nyata untuk membeli-belah selain, datang untuk melihat Pasar Serikin itu seperti apa ?  Pasar Serikin itu seindah apa atau semeriah apa ? Saya cepat lelah ditengah kesibukan manusia yang ramai. Saya berhenti ketika yang lain masih sibuk tawar-menawar.
PASAR SERIKIN, SARAWAK
Apa yang anda perlu lakukan ketika berada di Pasar Serikin ?

Pastikan memakai pakaian yang sesuai

PASAR SERIKIN, SARAWAK
Oleh kerana pasar Serikin adalah luas dan terletak di atas jalan raya, seeloknya anda memakai kasut atau selipar yang selesa.  Ia juga merupakan kawasan terbuka dan suasana sangat panas. Pakai topi atau payung bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sediakan Duit Secukupnya

Ini paling penting ! tujuan ke sini untuk shopping jadi, tiada maknanya ke sini kalau tidak membawa duit banyak-banyak kecuali, mahu seperti saya sekadar jalan-jalan cuci mata. Boleh guna duit Rupiah dan Ringgit Malaysia.  Harga barang-barang adalah sangat berpatutan  dan kebanyakan barang-barang yang di jual berasal dari dua negara iaitu; Indonesia dan Malaysia.
PASAR SERIKIN, SARAWAK

Jangan Lupa Beli Bagasi MAS/AirAsia

Hal paling saya benci adalah ketika packing atau membawa bagasi besar dan beratur menunggu bagasi. Saya lebih suka bag kompak saya kerana, saya tidak suka shopping. Peringatan untuk anda, sila beli bagasi tambahan khas untuk barang shopping anda. Mustahil ke Pasar Serikin dengan hanya membeli  tiga item. Paling kurang 10 benda kena ada dalam tangan. haha
  • Alamat : Serikin, 94000 Bau, Sarawak.
  • Waktu Operasi :  Sabtu (6:00a.m – 6:00 p.m), Ahad (6:00 a.m- 12:00 p.m

Post a Comment

18 Comments

Saya mmg suka pergi ke pasar macam ni. Selain terdapat banyak pilihan barangan lokal. Harga yg ditawarkan juga cukup berpatutan
diaripink said…
Satu satunya negeri yang Haida belum sampai. Hope akan sampai sana next year. Boleh la ke pasar ni. Teringin sangat.
Terima kasih berkongsi maklumat ini. Naim tidak pernah lagi jejak kaki di sana. Dengan maklumat ini memudahkan urusan kelak. :)
precious cla said…
Pasar Serikin merupakan pasar diantara Sempadan Malaysia-Indonesia, kalau ada duit lebih boleh terus travel ke Singkawang, Indonesia :)
adianiez AIDA said…
lom pernah ke serikin ni.
Once ke sarawak, x sempat.
Seronok nya. Shopping!
My kakak went there, bought tikar sarawak & few decorations.
Murni Alysa said…
Syok kalau pergi pasar mcm ni..barang2 boleh tawar menawar..sayur & buahan pon segar2..tapi jauh sgt tak mampu nak pergi..
Kayathre said…
Looks interesting. I never been to sarawak. I always want to go there but never get the chance.
yaya_flanella said…
Ayah Yaya selalu ke sarawak atas urusan kerja dan selalu cerita pasal pasar serikin ni. Ada rezeki nanti nak pergi kesana juga. Mesti banyak barangan kraftangan sarawak kan
precious cla said…
Dulu sebelum sampai sini memang selalu dengaR orang cakap pasal Pasar Serikin, tu sebab nekad nak lawat sendiri. Best tapi, tulah agak panas waktu saya datang sana :D
5 Little Angels said…
Banyaknya benda yang boleh beli di pasar ini. If I go to Sarawak, this is the market that I will definitely go.
5 Little Angels said…
Banyaknya benda yang boleh di beli di sini. If I go to Sarawak, sure will visit this market before go back to KL.
mek yunie said…
pasar ni kot yang diberitahu oleh kakak ipar mek. katanya ke sarawak wajib ke sini kalau tak memang rugi. banyak makanan tempatan dapat kat sini. ada juga fresh market ye. bila ni nak ke sarawak.
Mohd Zarin said…
Pergi sarawak kena masukkan ni dalam checklist ni... Menarik betul nampak pasar ni
Farhana Jafri said…
never heard of pasar serikin before this. There are so many items sells in here and can bargain til drop. For sure, a must visit place!
Rawlins GLAM said…
Pasar Serikin adalah sangat popular di kalangan lokal dan juga pelancong kan - tak kisah la pelancong lokal ataupun luar negara, memasing datang nak shopping kat sini.
Mimie said…
Tak oernah jejak kaki kat Sarawak lagi. Tapi if ada rezeki dan dapat jejak kaki kat sini memang kena standby duit banyaklah. Anak anak saya pantang kalau nampak gerai macam ni. Ada je nanti diorang nak beli
Decamellia said…
Tak pernah lagi sampai ke sini. Perlu tak bawak payung? Hahaha sbb nhr jenis tak tahan panas nanti cepat sakit kepala. Tapi seronok sgt dpt tawar menawar smpai puas ht. Mesti dpt harga yg terbaik dan confirm lah puas gati
Tini Alif said…
menariknya Pasar Sarikin ni... tengok barangan yang dijual tu pun dah menggami-gamit untuk saya bawa keluarga ke sana... nak kena start kumpul duit untuk next holiday ni... hehehehe... thanks for the info ya...