DESTINASI AGRO-TOURISM : TAMPARULI HEAVENLY GRAPES

www.cla-travel.asia ~ Tamparuli Heavenly Grapes | Kebun Anggur Sabah, Malaysia

Siapa kata kawasan beriklim tropika dan agak panas seperti Tamparuli, Sabah tidak mampu menjadi kawasan penanaman anggur ? Buktinya, Tamparuli Heavenly Grapes mampu menghasilkan lebih daripada 70 jenis anggur dan hidup subur dikebun anggur yang terletak di Kampung Bantayan, Tamparuli Sabah.
Kebun Anggur Sabah, Malaysia
Saya berkesempatan melawat kebun anggur yang sedang viral ini dan tidak sekadar melihat tetapi juga, turut berpeluang menikmati manisnya anggur-anggur yang sudah masak. Warna anggur-anggur dikawasan itu adalah pelbagai seperti kekuning-kuningan, hijau, merah dan ungu cukup menggoda untuk memakannya. Saya sempat menangkap satu baris kata dari seorang pelawat yang turut berada dikawasan itu 'kalau saya ada kebun anggur begini, hari-hari saya duduk dibawah pokok anggurnya sambil menyanyi'. Kata-katanya jelas menggambarkan bahawa dia sangat suka akan tempat itu.
Kebun Anggur Sabah, Malaysia
Para pelawat mempunyai peluang untuk menikmati anggur-anggur yang ada dengan syarat anggur-anggur tersebut hanya boleh dipetik oleh pekerja JonGrapevines & Figs Garden (JFG Garden) sahaja. Para pelawat tidak sekadar dapat melihat dan memakan buah anggur tetapi, juga dikawasan ini terdapat lebih kurang 200 jenis pokok figs atau ia turut dikenali sebagai buah syurga oleh masyarakat setempat.

Kebun Anggur Sabah, MalaysiaKebun Anggur Sabah, Malaysia
Para pelawat boleh melawat kebun ini setiap hari dari jam 8.30am hingga 5.30pm. Tiket dijual berharga RM10 untuk 18 tahun ke atas dan RM5 untuk usia 6 tahun hingga 17 tahun. Manakala, ia adalah percuma bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Walau bagaimanapun, yuran masuk yang dikenakan ke atas non-Malaysian adalah RM20.
Kebun Anggur Sabah, MalaysiaKebun Anggur Sabah, Malaysia
Selepas jalan-jalan di Tamparuli Heavenly Grapes, anda boleh terus ke pekan lagenda iaitu pekan Tamparuli dan jika anda adalah seorang pengguna Instagram, jambatan gantung Tamparuli adalah lokasi yang wajib anda lawati kerana ia merupakan one of the best  insta location in Tamparuli.
 
Buahnya yang bergelantungan, cukup mengoda bagi siapapun yang bertandang ke sana. Warnanya pun bermacam-macam ada merah, hijau dan kuning-kuningan. Namun perlu ketelitian saat memetik tanaman yang merambat tersebut

Read more http://balitjestro.litbang.pertanian.go.id/manisnya-anggur-di-lahan-gambut/
Buahnya yang bergelantungan, cukup mengoda bagi siapapun yang bertandang ke sana. Warnanya pun bermacam-macam ada merah, hijau dan kuning-kuningan. Namun perlu ketelitian saat memetik tanaman yang merambat tersebut

Read more http://balitjestro.litbang.pertanian.go.id/manisnya-anggur-di-lahan-gambut/
Buahnya yang bergelantungan, cukup mengoda bagi siapapun yang bertandang ke sana. Warnanya pun bermacam-macam ada merah, hijau dan kuning-kuningan. Namun perlu ketelitian saat memetik tanaman yang merambat tersebut

Read more http://balitjestro.litbang.pertanian.go.id/manisnya-anggur-di-lahan-gambut/

Catat Komen

24 Ulasan

Wahhh seronoknya kalau dapat peluang macam ni. Dapat tengok sendiri pokok anggur mesti teruja kan
Wawa Ashihara berkata…
Wah bestnya kebun anggur.. Kat sabah anggir dia boleh thn segar2 kan..
Sunshine Kelly berkata…
Really Malaysia got grape plantation, I wish to go there too.
cre8tone berkata…
i love to eat grapes.. must be great to visit grape land. hahahaha.. how does it taste? sweet or sour? just wondering..
iuzira berkata…
Sedapnya anggur dia, zira teringin nak petik anggur sendiri
Sherry Go Sharing berkata…
such a wonderful time there, wow didn't know Sabah got wonderful place like this. Good to see many grapes available and sure can make wines with grapes too. Shall put this in to visit place for future going to Sabah. Love your pics here, happy time together.
5 Little Angels berkata…
Besarnya anggur-anggur yang ditanam. I tak tahu Sabah got such a big farm and hope to bring my children there 1 day.
Abby Onety berkata…
Waahh... maulah kita berkunjung ke kebun anggur nih. Biar bisa makan anggur sepuasnya hahaa.
Henry Tan berkata…
wow i didnt know there's grape farm at tamparuli. i remember visiting tamparuli during my trip to KK, we went to the bridge there too. but just didnt know about grape farm.
Airah Syahirah berkata…
bestnya ! I mampu pergi ladang anggur dekat cameron je.suka tengok buah dan pokok dia redup je rasa
CXopportunities berkata…
Seronoknyaaa kalau dapat pergi sana! Cx baru tahu dekat sabah ada buat penanaman anggur macam ni. Ternyata di Malaysia pon boleh tanam anggur. Seronok dapat rasa fresh grapes there!
Hanny Abdullh berkata…
Beruntunglah disana ada kebun anggur..di sini pun ada tapi jauh nak pergi ke Cameron tu. Dulu ada juga pergi..memang takjub melihat anggur anggur berjuntai...rasa nak petik aje semua..hehehe
Bella Jamal berkata…
Jauhnya nak pi..Memang belum pernah sampai lagi Sabah. Mesti tempat ni agak sejuk juga kan. Tak sangka ada sampai 70 jenis anggur. Buah fig tu pun tak pernah makan lagi rasanya. Huhu
JMR berkata…
Wah Sabah pun ada anggur rupanya. Ok tak rasa anggur drp sana? Nampak sedap tu
Mimie berkata…
Bestnya dapat pergi dan tengok sendiri tanaman anggur. Besar besar ya hasil anggur yang ditanam. Puas hati kalau makan anggur macam ni. Tak sangka ada ladang anggur di Tamparuli Sabah .
Ruby berkata…
Wahh bleh tanam anggur. Ingatkan kat Australia je ada kebun anggur. Camana rasa dia? Manis tak?
Nadia Johari berkata…
Peegh bwstnya dapat tengok tanaman angggue.. Haritu nad pergi cameron, tapi tak sure tanman anggur tu dekt mana. .Wah ni kena pergi ni kalau ke sabah. .Besar-besar annggur dia
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Nampak besar dan segar tanaman anggur di sini. Mesti sangat manis. Terungin nak makan buah anggur yg br petik dr pokok. Mesti sedap
Jia Shin Lee berkata…
This is new to me, I didn't know Grapes can be grown in Malaysia, I'll love to visit and see this myself.
Mahamahu berkata…
Malaysia dah ada tanaman buah anggur memang best lah hehehe... kalau bagi kita petik sendiri memang habis lah wakakaka....
Lia Hasty berkata…
Ish bila dengar Tamparuli Sabah ada kebun anggur terus pasang niat nak ke sana. Bukan senang nak nampak kebub anggur kat Malaysia kan. Suhu kat Tamparuli mesti sesuai kan sebab tu anggur boleh tumbuh.
Lia Hasty berkata…
Ish bila dengar Tamparuli Sabah ada kebun anggur terus pasang niat nak ke sana. Bukan senang nak nampak kebub anggur kat Malaysia kan. Suhu kat Tamparuli mesti sesuai kan sebab tu anggur boleh tumbuh.
CIK TOM berkata…
bestnya pergi tamparuli..gebu2 semua anggur kat kebun tu..masa ke sabah sempay ciktom singgah tgok jambatan tamparuli..xtau plk ada kebun anggur. kalau xmesti sggh jgk..hehe
Mrs Pip berkata…
Wah, kak pip baru tau juga ni .. Gonna visit that place, tunggu budak2 cuti sekolah dulu.