Perkara WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia

www.cla-travel.asia ~ Nasi Padang

''Jom ke Indonesia, makanan sana murah-murah''. Makanan variasi pilihan, apalagi kalau makan nasi Padang. Masuk saja rumah makan/restoran, tidak perlu beritahu mahu makan apa. Semua jenis makanan akan dihidangkan diatas meja. Masakan Padang seperti ayam pop, rendang, gulai, dendeng balado, ulam, sambal dan banyak lagi selalu membuat lidah para penikmatnya terpukau dan mengingat rasa itu selalu.
Hal Yang WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia

Pengalaman Pertama Memang Tidak Akan Dilupakan

Betul-betul seperti raja. Bersantap dengan pelbagai juadah diatas meja. Terasa diri sangat disayangi oleh pemilik restoran. Tengok pelanggan lain, meja tidaklah penuh dengan lauk-pauk dan ulam-ulam. Meja kami ? Penuh ! mentang-mentanglah ini pertama kali masuk kedai nasi Padang. Layanannya memang hebat.

Sebahagian makanan kelihatan sangat enak, tidak kurang pula makanan yang 'kalau boleh, kami tidak mahu' tetapi, mungkin tidak salah untuk sekadar mencubanya. Lagi pula, ia makanan local masyarakat Indonesia dan ketika berada di negara orang lain, mencuba makanan mereka adalah sebuah peluang yang tidak boleh dipersia-siakan. Oleh itu, kami mencuba setiap satu makanan yang sudah dihidangkan diatas meja.

Ternyata.....

Ketika perut sudah kenyang, makanan masih banyak yang tersisa. Malah, ada yang hanya disentuh  sedikit. Lalu, tiba waktunya untuk membayar. Pada firasat, mungkin ia tidaklah mahal kerana, semua makanan yang terhidang adalah dalam kuantiti  sedikit dan menggunakan piring-piring kecil sahaja. Namun, sangkaan meleset 100%. Harganya mencecah RM300, kami terkejut kerana kata orang makanan di Indonesia itu murah-murah walhal, kenapa Nasi Padang itu mahal ?
NASI PADANG
Setelah membayar baru kami tahu kenapa ia mahal. Oleh itu, sebelum anda terkena, ada baiknya anda membaca tulisan ini sampai habis. Sekali lagi, sampai habis.

Perkara Wajib Anda Tahu Tentang Hidangan Nasi Padang / Nasi Minang

Jangan Sentuh Kalau Tak Mahu

Walaupun makanan penuh berlimpah di atas meja, tidak bermakna semuanya untuk anda makan. Hanya pilih makanan yang anda mahu dan ketepikan makanan yang anda tidak berhasrat untuk makan. Tiada istilah 'cuba-cuba saja', sekali sudu menyentuh makanan walaupun, makanan itu tidak anda ambil, itu bermakna anda siap untuk membayarnya. Jika tidak, bersiaplah untuk membayar harga kesemua jenis hidangan tersebut. Jangan usik jika tidak mahu membayar. Itu cara orang Padang - berani usik, berani bayar.

Jangan Guna Sudu

Aslinya tidak hanya ketika makan makanan Padang, kebiasaan sebahagian orang Indonesia makan tanpa menggunakan sudu atau garfu. Ketika makan nasi Padang, makan tanpa menggunakan sudu ternyata lebih nikmat dan lazat. Ketika makan di rumah makan Padang, anda pasti menemukan hidangan air putih didalam mangkuk besi di samping nasi putih. Itu bukan kuah atau air minum ! itu adalah air untuk mencuci tangan.
WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia
Makanya, jangan terpedaya dengan banyaknya hidangan diatas meja. Lagi teruk jika bajet untuk makan adalah terhad, kena pula makan nasi padang. Hal ini harus anda tahu, jangan makan semua makanan yang terhidang di atas meja anda. Hanya pilih jenis makanan yang benar-benar anda mahu. Jika tidak, ketika membayar mata anda akan terbeliak terkejut. Makan sikit-sikit, bayar banyak. Rugi namanya !

Ingat, jangan usik jika tidak mahu. 

Perkara WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia Perkara WAJIB Anda Tahu Sebelum Makan Nasi Padang / Minang di Indonesia Reviewed by Precious Cla on 4.9.18 Rating: 5

7 comments:

Nadia Johari said...

ooo..itu sebabnya..adoii..kalau pergi kene alert ni..hehee

Diana Rashid said...

kena tahu jugak ni..nanti pergi sana main cedok je sekali nak bayar terus menangis..hahah

iu zira said...

Huhu, saya memang makan sikit je jadi makan apa yang teringin

idayu nim said...

Maakkk aiii..bleh cmtu plak ehh..nsb ada info ni klu x mmg terkena jgk..tq

zaza iman said...

Boleh tahan gak harga rm300.. Pasni kena ht2 lah kan..

Eintan Nurfuzie said...

Ooo.. bru tau kena cmni.. kena tau adab adab ni

tenku butang said...

wahh...sib baik baca ni.. kalau tak.. dah kena bayar untuk semua lak nanti.. kalau taknak makan jangan usik.. ketepikan.. kena ingat tu kalau makan nasi padang

Powered by Blogger.