Cafe Atas Bukit Kokol : N.G Santai-Santai Cafe

www.cla-travel.asia ~ Jom Travel !

Saya cuba untuk tidak mahu menuliskan N.G Santai-Santai Cafe dalam blog ini tetapi, setelah apabila difikirkan beberapa kali, saya bermuafakat dengan rasa yang ada dalam diri ini. N.G Santai-Santai Cafe harus saya tulis disini.

Lima Sebab Kenapa N.G Santai-Santai Cafe terbaik dan wajib cuba makanan yang ada :


Soto Campur Sedap Menggunakan Daging Segar
Secara semulajadi ada rasa yang sukar dijelaskan apabila saya makan disuatu tempat yang tidak bersih. Rasa tersebut adalah rasa mual dan saya selalu bersifat percaya akan rasa tersebut. Jika saya berasa seperti mahu muntah setelah makan makanan tersebut bermakna ia adalah kotor dan there is no second time untuk saya datang kembali ke kedai makan tersebut. Namun, ketika makan di N.G Santai-Santai Cafe saya tidak berasa apa-apa kecuali rasa sedap soto campur tersebut. Makan soto panas ditempat yang tinggi dengan keadaan udara yang segar adalah suatu kepuasan bagi sang lidah. Lagi pula, daging yang digunakan adalah segar.

Makanan Murah

Saya tidak terlalu kisah akan harga yang sedikit mahal jika prestasi atau cara penyediaan makanan tersebut terjamin bersih. Seperti sedia maklum, makanan-makanan yang dijual dikebanyakan kawasan pelancongan di Bukit Kokol adalah agak mahal. Oleh itu, bagi anda yang mahu berjimat-cermat dan inginkan makanan bajet, saya cadangkan N.G Santai-Santai Cafe. 

Pemandangan Terbaik
Kawasan Kokol terkenal menjadi salah satu lokasi melihat sunset terbaik. Apa tidak, dari atas bukit Kokol anda akan melihat sebahagian besar kawasan lautan dan bandar; dan jika malam tiba, cahaya lampu bergemerlapan indah menyinari malam. Walaupun, N.G Santai-Santai hanyalah cafe tetapi, pemandangan indah dari setiap kawasan resort di Kokol Hill adalah sama. 

Boleh Beli Pokok Strawberry Dengan Harga Murah
Bagi anda yang tidak mahu makan disini tetapi, sekadar mahu membeli pokok strawberry, boleh singgah di N.G Santai-Santai Cafe. Satu pasu pokok strawberry hanya berharga RM5. Ditempat lain, pasu saja sudah berharga RM5 apatah lagi, jika ada tanaman didalamnya. Semoga dengan tulisan ini, N.G Santai-Santai Cafe tidak pula berhasrat untuk menaikkan harga strawberry tersebut. 

Pemilik dan Pekerja Peramah

Salah satu sebab kenapa saya menuliskan artikel ini adalah ini : pemilik dan pekerja bersikap peramah serta tidak tamak senyuman. Makan ditempat ini seperti makan dirumah kerana , sikap mesra dan peramah para pekerja ditempat tersebut.

Semoga perniagaan N.G Santai-Santai Cafe semakin maju.

Lokasi : N.G Santai-Santai Cafe, Kokol Hill, Manggatal Sabah

Post a Comment

27 Comments

Sally Samsaiman said…
ohhh! first time tgk cafe yg ade jual soto campur macam tuuu...banyak portion dia...pemandangan pun cantik sangat!
adianiez AIDA said…
sungguh mahu ke sabah.
surely because pemandangan & tempat yg menarik di sabah, kan.
kundasang.
kk.
udang kering.
ikan bilis :) hi hi hi hi...
mau mencuba juga makanan sabah yg ohsem tu.
Li Hui said…
Thank you for sharing a destination that can go when I visit to Sabah!
cre8tone said…
the view from the cafe is so amazingly nice.. overlooking seaside... nice environment.. hope the food r equally as yummy, too!
iuzira said…
Bestnya Klu dapat taman strawberry, tp kt sini cuaca panas
Suria Amanda said…
Bestnya kalau bercuti kat tempat2 menarik ni...SA paling teruja tengok soto tu la..besar portion dia and nampak banyak sangat daging...wallawei..SA ni pencinta soup2 tau...sedapnyaaaa
Zaza Iman said…
Zaza suka la tgk cla share tempat3 gini.. Nak pergi melawat dan jalan2 entah bila
Mahamahu said…
Menarik lah kafe ini memang cantik dan makanan pun nampak sedap dan best hehehe apa pun kita nak cuba kalau ada kat sana nanti hehehe harga boleh tahan juga tak adalah mahal sangat...
Syamimi Saad said…
Soto dia nampak menarik dan sedap. Apatah lagi saya penggemar soto. Berapakah harga untuk semangkuk tu?
Qeela said…
wahh cantiknya pemandangan, tenang je rasa dan mesti best kalau dapat lepak2 or berjalan ke sana kan. Serious terliur tengok soto daging tu, mmg my favourite actually soto & daging tambah pulak musim hujan ni mmg best kalau dapat yg mcm tu 😍
marsha said…
Pemandangan cantik dengan soto yang menyelerakan!! Sangat bermakna percutian itu. Marsha kalau travel memang utamakan 2 perkara ni. Soto dia tu!!! Adoi lapar plak rasa
Dunia Farisya said…
Tak pernah sampai sabah.Doakan supaya ku ebrjaya sampai ke sana hahahaha.
Tengah kumpul pitih ni nak g sana hehe
Balqis Athirah said…
Sedap nya bila soto guna dating segar. Tertanya-tanya jugak mana nak dapat, rupanya kat Sabah. Nanti kalau gi Sana kena masukkan restoran ni dalam list. Qiss pun nak rasa jugak.
Tengkubutang said…
TB pun suka jugak soto.. tapi jarang sangat dapat makan soto.. nak buat x pandai wlupun tengok resepi macam mudah je..
Shad said…
Teringin lama dh nk pi sabah. Banyak tempat best..
apekinahdotcom said…
Laparnya bila tengok soto tu. Lama tak makan soto yang sedap. Pemandangan pun sangat cantik, tenang je rasa. Ingatkan dekat mana kokol ni rupanya di sabah yer. Jika ke sabah nanti boleh lah singgah sini makan soto tu😉
Lia Hasty said…
Wah pokok strawberi rm5 je .Kalau ada kwasan lapang boleh tanam .Heheh so to tu menyelerakan je.
Zharif Azis said…
Kalaulah kafe nie dekat, confirm sekarang jugak sy pergi. Nampak best betul dpt mkn mknn panas2 sambil menikmati pemandangan indah atas bukit.
Syafiera Yamin said…
i AM SO JELLY, dekat sabah strawberry ke avakado ke memang murah ! masa pergi Sabah dulu avakado rm5 dapat 3 bijik.... memang murah lepas tu dia punya seaweed pun ya ampun, i nak pergi sabah lagi rindunya ! ;( sebab abang ipar, adik ipar dengan kakak sulung I dulu bekerja gov di sana, dan sorang lagi jadi lecterur dekat unimas... Allahu rindu nya suasana dekat kota kinabalu .... hotspring semua tu.. I nak pergi lagiiii.... rindu sangat view dekat sana :( orang sabah pun very friendly..
Hanny Abdullh said…
Pagi2 tengok soto ni memang mengundang jiwa betul. Banyak bahan sis tengok, nampak sedap..tapi sayangnya jauh pulak untuk sis terjah
Nadia Johari said…
wah, atas bukit tu..mesti best..angin mesti kuat..sambil makan sambil lihat pemandangan..memang terbaikla..banyak juga tempat dekat sabah ni ye
mrsliez said…
Liez hantu soto.. klau dekat ni memang Liez pergi dah.. sambil layan malan atas bukit lagi.. pergghh memang menarik ni.keunikan special ni
Qaseh Dalia said…
Fuhhh jauh banget hehehe tq for shre mana tau pegi sabah nnt .. hehehe
Nadia Johari said…
kat sabah banyak tempat juga ye..banyak nak kene tengok list cla pergi ni..hehe..ni pun nampak best..ats bukit lagi..mesti angin kuat..
penaberkala said…
Sedapnya nampak soto tu. Mengancam! Mesti rasa dia pun padu dan umphhhh.
Boleh la pi try nanti kalau ke sana
precious cla said…
Sabah memang banyak destinasi menarik selain makanan sedap-sedap. Tidak hanya sedap murah lagi. Jom la datang Sabah.
Cantim pemandangan kat situ. Sambil.menghirup udara segar dapat menghorup soto campur tu pulak. Adududu nimmat dunia tu