Bukit Perahu, Tamparuli Sabah

Negeri Sabah kaya dengan pesona alam yang memukau. Eksplorasi ke pergunungan, bukit-bukau, atau ke pulau dan lautan ? semuanya boleh diperoleh di negeri Sabah Bawah Bayu. Artikel kali ini, sekali lagi berbicara tentang aktiviti hiking ke salah satu bukit terkenal dinegeri ini. Bukit Perahu, Tamparuli
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Berjalan sendirian terkadang mengasyikkan tetapi, untuk program seperti hiking melangkah sendiri pasti bukan sebuah pilihan yang terbaik. Saya bersama #TeamGBK ternyata sangat bersemangat bangun lebih awal untuk tujuan mendaki bukit Perahu. Biasanya, hujung minggu iaitu Sabtu sering digunakan untuk bangun dari tidur lebih lewat dari biasa kerana, memang hari Sabtu adalah hari cuti. Namun, tidak untuk hari itu.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Menyaksikan matahari terbit dari puncak Bukit Perahu pastinya bukan tujuan utama kerana, kami tiba agak lewat. Kami berjalan santai tanpa ada yang mengikat. Tidak terikat dengan waktu juga, tidak berlumba untuk mencari nama siapa lebih pantas tiba dipuncak bukit tersebut. Kami menikmati perjalanan sambil menghirup udara segar pagi itu. 

Sebenarnya, ini bukan perjalanan pertama saya ke bukit ini. Sebelumnya, saya mendaki ketika matahari hampir melabuhkan tirai tugasnya tetapi, kali ini saya memulai perjalanan ketika matahari baru memulakan tugasnya dinegeri ini. Bukit ini agak tinggi dan sepertinya sepanjang perjalanan tidak ditemukan jalan yang datar untuk memanjakan kaki untuk bersantai seketika dari terus berusaha keras untuk melangkah. Waktu untuk mendaki Bukit Perahu adalah kurang dari satu jam. Tidak terlalu sukar tetapi, cukup membantu untuk memaksa peluh keluar dari liang-liang kulit. 

Disetiap pendakian sering ditanyakan satu soalan 'cantikkah' tempat itu ? Tentu saja. Disetiap puncak selalu disajikan sebuah pemandangan indah saujana mata memandang. Dipuncak Bukit Perahu, anda mampu melihat pemandangan keseluruhan kawasan Tamparuli. Sunrise dan sunset dari puncak bukit ini terlihat lebih mewah berbanding ketika kita melihatnya dari tempat yang rendah. 

Siapa yang boleh mendaki ? 

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Siapa saja boleh. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan syarat tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Tambahan pula, mendaki bukit ini adalah percuma. Apa yang saya kesalkan ketika mendaki bukit ini adalah ramainya sang pasangan yang bergandingan tangan umpama kawasan itu adalah taman. Saya mengerti jika tangan dihulur untuk membantu tetapi, saya sangat tidak mengerti jika sepanjang perjalanan berpimpin tangan dan menghalang perjalanan orang lain. Lagi teruk, berjalan sambil ketawa-ketiwi seperti kawasan itu adalah hak keluarganya dan mereka bebas melakukan apa saja. Saya selalu berharap disetiap kawasan alam semulajadi yang tertatah rapi mempunyai suasana tenang dan damai. Bukan hura-hara suara manusia teruja ketawa-ketawi seperti ada sesuatu yang sedang mereka raihkan. Lagi teruk, bagi sang pengotor yang tanpa rasa bersalah membuang sampah merata tempat. Itu biadap sekali !

Apa pun, mendaki Bukit Perahu merupakan hal yang indah apatah  lagi, turut serta dalam team ini adalah budak dibawah umur 8 tahun yang ghairahnya terhadap perjalanan tanpa bantuan orang dewasa sangat tinggi.  Meski, ada waktunya mereka berhenti mohon dengan rela dipimpin tangannya atau sesekali didorong dari belakang agar tetap semangat.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Jika ketika tiba dipuncak bukit Perahu, tekak anda tiba-tiba berasa dahaga dan inginkan minuman manis yang sejuk, jangan bimbang kerana diatas bukit ini juga terdapat penjaja. Harga minuman tin sedikit lebih mahal tetapi, ketika berfikir tenaga dan jarak mereka mengangkat jualan tersebut, harga itu adalah masih berbaloi.

Usai aktiviti hiking, kami singgah sebentar di Pekan Tamparuli. Hal wajib bagi pengunjung Tamparuli, tidak sah jika sekadar melihat jambatan tamparuli dari kejauhan. Wajib tapak kaki anda memijak jambatan Tamparuli dan juga, tidak sekadar harus memijaknya tanpa mengetahui sejarahnya pula. Kenapa ia dibina ? ada sejarah sedih dibaliknya. Jambatan Tamparuli ada dua, satu darinya digunakan sebagai laluan kenderaan dan satu lagi jambatan gantung dan, saya tidak sedang berimaginasi ketika menuliskan bahawa Jambatan Tamparuli merupakan salah satu jambatan yang terkenal didunia.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Saya masih mahu menulis tetapi, mungkin tidak harus saya tumpahkan semuanya pada artikel ini. Nantikan artikel saya tentang bukit Gundul, Sepanggar selepas ini. Hidup ini indah, jangan bazirkan dengan hanya berimaginasi tetapi; keluar, melangkah dan menikmati keindahan alam yang ada dan darinya jangan pula lupa untuk bersyukur.

Post a Comment

8 Comments

Ema said…
I actually tak pernah pergi borneo. Memang teringin sangat nak pergi. Thank you for your writing!! Boleh buat rujukan bila nak pergi nanti! =)
precious cla said…
Borneo best sebagai tempat percutian especially Sabah, dekat bandar boleh pergi Pulau-pulau which is 15-25 mins from the city. :)
Emily said…
Who used that bag for hiking? It is so cute and funny at the same time! Nice view at the top!!
Mrs Pip said…
Kak pip jalan2 melawat blog di sini..
Wah, nice view ...
Kak pip tak pernah lagi hiking bukit, mcm tak larat rasanya ..
precious cla said…
Hi #Emily , she is my niece ! :)
precious cla said…
Haiiii #Mrs Pip, nda juga talampau tinggi tapi bulilah bikin tekanan masa naik hahaa
precious cla said…
Thank you, #Lanseikong :)