Jeongseon : Arirang Festival

Pesta adalah sebuah upacara sosial yang dirayakan bersama sebagai memperingati sesuatu peristiwa atau rekreasi mengeratkan hubungan sesama. Artikel kali ini adalah tentang Jeongseon Arirang Festival di Korea Selatan. 
Festival Jeongseon Arirang merupakan festival yang dirayakan pada bulan Oktober setiap tahun. ia bertujuan sebagai menghormati, memelihara dan membangunkan "Jeongseon Arirang'.  Diiktiraf sebagai Gangwondo Intangible Cultural Heritage No.1, Jeongseon merupakan salah satu  pemilik (terdapat lebih 1,200 jenis) lagu rakyat Korea yang terkenal berasal dari kawasan Jeongseon, Gangwon-do.

Festival ini tidak lengkap tanpa perasmian perarakan berkostum dan pelbagai persembahan oleh rakyat sekitar seperti, acara kebudayaan dan sukan. Persembahan Jeongseon Arirang merupakan kemuncak utama festival ini. Aktiviti hiburan terbuka kepada orang awam, seperti pertandingan nyanyian Jeongseon Arirang, reenacment Ttetmok Ari serta pertandingan dialek tempatan.

Pelbagai program disediakan sepanjang Festival Jeongseon Arirang. Antaranya adalah seperti Persembahan bertema, pertandingan Gyeongchang, pengeluaran semula budaya tradisional, pengalaman budaya kontemporari, pertukaran budaya tradisional, persembahan kreatif dan banyak lagi.

Pesta Arirang disambut dengan meriah melalui variasi aktiviti seperti; pameran kaligrafi Junsun Arirang, Hanseop Nasional, Pertandingan Lukisan pemandangan Jirun Arirangie k-4 dengan keluarga, pesta seni belia, orkestra Chung Sun Arari Dream, Jeongseon sains 'bud' pesta besar, Tarian rasmi '9 Eups' Face Contest, Jeongseon Sangmin permainan rakyat Hanmadang, peraduan tarian K-pop cover dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan.

Tarikh : 29 September 2017 - 2 Oktober 2017
Masuk adalah percuma.
Alamat : 112, Bongyang-ri, Jeongseon-eup, Jeongsun-gun, Gnagwon-do.
Lokasi : Jangseon-eup Arari Park.

Jom ketahui SEJARAH ARIRANG

Pada tahun 1867 zaman pemerintahan Daewongun (Putera Lee Ha Eung), bapa kepada Gojong (Maharaja terakhir Dinasti Joseon), bangunan Istana Gyeongbokyung telah dibina semula dengan pembinaan kompleks secara besar-besaran dengan 330 bangunan dan 5,792 bilik. Ia terbina diatas tanah seluas 4,657,576 kaki persegi. Gyeongbokgung menjadi lambang ikon bagi negara Korea dan keluarga Diraja Korea.
Pembinaan semula Istana  Gyeongbokgung mengambil masa selama 7 tahun dengan menggunakan khidmat kerja dari seluruh negara Korea. Para pekerja mengalami banyak tekanan kerja tetapi, berusaha menghibur diri dengan menyanyikan lagu rakyat Korea. Salah satu lagu rakyat kesukaan para pekerja tersebut adalah lagu Jeongseon Arirang dengan korus 'Arari-Arirang'.

Setelah istana tersebut siap dibina, lagu Jeongseon Arirang tidak pernah luput dari bibir  para pekerja. Lagu tersebut dinyanyikan dikampung halaman mereka dan menjadi nyanyian ramai penduduk Korea. Lagu terkenal yang sering berkumandang adalah 'Jeongseon Arirang', 'Miryang Arirang', 'Arirang', Gyeonggi Arirang'.

Melalui sejarah Korea moden yang dramatik, Arirang menjadi simbol  penenang rasa sakit hati dari  kisah-kisah sedih seperti zaman Kolonial dan Perang Korea.

ARARRICHON VILLAGE

Sang peminat sejarah atau penggemar replika tradisional harus melawat Ararichon Village. Ararrichon Village terletak di Aesan-ro, Jeongseon-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do Korea Selatan. Kampung Tradisional Arari mempunyai replika rumah zaman Jeongseon lama. Pengunjung boleh menikmati pengalaman ala-ala berada dalam zaman dahulu. 
Rumah-rumah yang ada disini unik-unik belaka seperti Jeoreupjib House, Neowajib House (rumah atap satu), Doljib House (rumah atap batu) dan Gwiteuljib House (rumah kayu) yang hanya boleh ditemukan di kawasan Jeongseon. 

Yuran masuk : 3,000KRW
Masa operasi : 9.00am - 6.00pm

ARIRANG SCHOOL MEMORIES MUSEUM

Ia terletak di dalam kawasan Jeongseon Arirang School. Muzium ini menyimpan pelbagai artifak sejarah zaman moden dan era kontemporari.
Ketika melalui peredaran waktu ke modenisasi, sejarah tidak boleh kita lupakan. Arirang School Memories Museum memiliki banyak barang peninggal zaman lampau  yang berharga seperti buku teks dan buki nota yang unik, Ttakji (kad kertas yang dilipat digunakan untuk membalikkan kad terbalik dengan menampar kad lain yang berada diatas lantai) dipaparkan bersama dengan 1,125 barang artifak lainnya.

Selain itu, alat-alat rumah dan barang kegunaan harian pada zaman dahulu turut boleh ditemukan didalam sekolah muzium ini. Tidak dilupakan himpunan lagu rakyat Arirang dan pelbagai topik tentang Arirang. Ilmu

Lokasi : 565, Jungbak-ro, Shindong-eup, Jeongseon-gun, Gnagwon-do
Masa Operasi : Selasa-Ahad : 9.30 am-6.00pm (Ditutup pada hari Isnin)

JEONGSEON ARIRANG ACADEMY

Jeongseon Arirang Academy ditubuhkan sebagai medan mempromosikan Jeongseon Arirang agar tidak hilang ditelan zaman. Jeongseon Arirang merupakan lagu rakyat yang menjadi saluran masyarakat Jeongseon menyampaikan perasaan hati mereka. Secara tradisinya, lagu ini dinyanyikan oleh masyarakat yang tidak tahu membaca atau menulis.

Jeongseon Arirang Academy merupakan pusat pengajian dan memiliki kelas pengajian, bilik rujukan dewan persembahan dan banyak lagi. Kelas Arirang diadakan setiap hari rabu untuk membolehkan orang ramai yang berminat terhadap lagu rakyat Jeongseon mempelajarinya daripada guru Jeongseon Arirang. Dengan terbinanya akademi ini, lagu rakyat Jeongseon  ia tetap tidak mati  dikunyah zaman moden.

A (ARIRANG ) - TRAIN

Siapa suka keretapi ? atau mungkin anda merupakan pencinta kenangan ? Keretapi Jeongseon Arirang mungkin merupakan keretapi yang mampu membawa kita menyusur kenangan Jeongseon. Keretapi Jeongseon Arirang merupakan tourist train yang mula beroperasi pada tahun 22 Januari 2015.

Simbol huruf 'A' pada keretapi tidak sekadar diletakkan sesuka hati tetapi, ia bermaksud Arirang' (lagu rakyat Korea) dan turut bermaksud sebagai 'amazement' 'ace' dan 'adventure'. Keretapi ini mempunyai empat tema gerabak dengan rekaan tingkap besar dan dinding kaca. Empat tema tersebut adalah, Sky Room, Tea Room, gerabak warna serantau merah, kuning, biru dan ungu. Warna-warna ini  mewakili ciri geografi Jeongseon yang indah iaitu, sungai Dong dan pergununungan.

Keretapi ini terhias indah dan tenang dengan warna cat luarannya ungu pulsatilla (bunga rasmi Jeongseon) dan corak lengkung sebagai simbol melodi Arirang yang beralun indah. Berada dalam keretapi Arirang memang tidak bosan kerana didalamnya telah tersedia variasi aktiviti seperti : story telling, persembahan muzik, silap mata dan kuiz.

Tiket : 27,600 KRW (Cheongnyangni dan, Auraji)
Masa : Beropoerasi 10 kali sehari dan tutup pada hari Isnin (kecuali hari Isnin bertindih dengan Jeongseon 5 Market atau cuti nasional)

Arirang, arirang, arirayo.... selamat merancang percutian ke Korea Selatan ..

Post a Comment

0 Comments