Air Terjun Kionsom, Inanam

Air terjunnya memang indah luar biasa. Itu dimata saya. Dimata kamu ? saya tidak tahu. Saya memuji bukan kerana itu tempat saya bermain-main dahulu tetapi itu memang realitinya. Ia indah dan nyaman.
 
Kionsom Waterfall
Hujung Minggu ~ selalunya kami ada disini
Jarak Air Terjun Kionsom dengan rumah saya tidaklah jauh bahkan, dengan berjalan kaki pun boleh sampai dalam masa 15 minit. Tertakluk pada kelajuan kaki anda. :) Suatu ketika hampir disetiap minggu, kaki ini pasti ke air terjun itu. Lagi pula untuk masuk ketempat itu ia adalah percuma bagi orang kampung sekitarnya.
Orang luar, kena bayar ^^ hoho.

Air Terjun Kionsom ini telah diwartakan sebagai hutan simpan dan memusnahkan atau merosakkannya dalam apa cara sekalipun adalah dilarang sama sekali. Ia adalah khazanah alam yang perlu dipelihara dan dipulihara sebagai warisan anak cucu generasi akan datang.

Sekarang kawasan ini banyak kemudahannya berbanding beberapa tahun dahulu. Jika dahulu tangga-tangga simen tidak ada, tapi itu lagi menarik rasanya. Lebih mencabar  dan lebih terasa alam semulajadinya. Namun, memandangkan air terjun Kionsom dilawati oleh semua peringkat umur, maka kemudahan-kemudahan seperti tangga adalah diperlukan demi menjaga keselamatan pengunjung. 

Air Terjun Kionsom mempunyai tujuh tingkat semuanya. Paling best tingkat paling atas tetapi perjalanan ke tingkat itu harus melalui denai jalan yang agak curam dan masuk hutan. Tempatnya agak sunyi dan jarang orang sampai kesana. Kalau mahu privacy atau malas bercampur dengan orang ramai, bolehlah mencuba air terjun tingkat paling atas. Airnya lebh sejuk dari air yang ada ditingkat bawah. Kenapa ? kerana air diatas belum tercemar dengan daki-daki mandian orang ramai....hahaha... saya suka tingkat paling atas tapi, perjalanan menuju tingkat itu bermakna anda berpotensi untuk ditemani pacat.

Post a Comment

7 Comments

fizafiza said…
seronoknya pegi air terjun mandi manda...
sHaRiNa eLyaNa said…
mcm best seja tu, brapa byran kalau org luar..sha blm pernah pergi sna lagi hihih
precious cla said…
@fizafiza ~memang seronok ^^ paling best mandi masa matahari panas terik..

@sha ~ RM1.50 jak... jom la dtg sini..sy bleh guide hehe :P
Unknown said…
Urm..nk tnya bayaran masuk ke sana berapa??tu hari kira nk masuk p sna...tp ada yg ckp byar msuk ke sana rm80 1 org btl ke??:O:O
Unknown said…
Btl ke klau nk msuk sna kena bayar rm80
1 org...:O
precious cla said…
RM80 ? auta semata, manada semahal itu. harga masuk klu tak silap skarang ni RM2 sorang.

hehe
Unknown said…
10 tingkat semuanya.