Destinasi Menarik Sabah : Kundasang dan Ranau

Sama ada melakukan banyak aktiviti atau sekadar berdiam diri di rumah, waktu tetaplah mengalir dan bergerak dengan tepat. Tidak terasa pula, bulan Mei akhirnya tiba tanpa ada yang mampu memperlambatkannya atau menghadirkannya lebih cepat dan pantas dari biasa. Ia hadir, tepat pada waktunya. Ketika ada cuti esoknya, jangan hanya berselimut dirumah tanpa melangkah ke mana-mana kerana, mata kita perlu melihat sesuatu yang nyata di tempat yang nyata pula. "Matahari, langit, bumi, manusia" kehidupan terlalu kaya apabila dilukiskan dengan kata-kata.  
Cuti- Cuti Di Kundasang dan Ranau
Untuk cuti singkat yang kurang daripada 24 jam, saya dan keluarga memilih Kundasang sebagai destinasi jalan-jalan meski ia boleh dikatakan sebagai kampung halaman saja tetapi, ia masih sesuatu yang hebat. Malam penghujung April, kami berada di Gereja SIB Pekan Kundasang menghadiri sebuah acara gereja dan menginap di Strawberry Garden Hotel. Oleh kerana 01 Mei merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia maka, kami mengambil waktu ini menikmati cuti sepenuhnya tanpa melakukan sebarang kerja. 
Cuti- Cuti Di Kundasang dan Ranau
Apa yang boleh dilakukan di Kundasang/Ranau sesingkat masa ini ? banyak tempat yang boleh kita jelajah tetapi, memandangkan ia adalah cuti umum maka perjalanan bijak harus dirancang sebaik-baiknya agar kita tidak terlibat dengan kesesakan para pelancong dari luar dan dalam negeri dalam satu lokasi yang sama. 

Antara lokasi tersebut adalah :

Desa Cattle, Kundasang
War Memorial Park, Kundasang
Hot Spring Ranau
Sabah Tea, Ranau
Fish Massage Luanti, Ranau
.......dan banyak lagi tempat yang boleh dilawati tetapi, untuk  waktu singkat dan cuti umum; serta demi mengelakkan masalah 'crowded'  kami memilih untuk mengimbas kembali kenangan lalu dengan melawat Sabah Tea Plantation dan Fish Massage Luanti, Ranau.
Sabah Tea Ranau
Sabah Tea Plantation merupakan salah satu lokasi menarik yang boleh dilawat di daerah Ranau. Tidak hanya itu, ia juga meyediakan penginapan termasuk, rumah panjang. Apa yang paling best di Sabah Tea ? tentunya minum teh segar dari ladang teh selain boleh melihat bagaimana proses membuat teh dijalankan serta menikmati panorama indah ladang teh.
Sabah Tea Ranau
Setelah puas menikmati pemandangan ladang Sabah Tea, kami turut mendapat fish massage di Sungai Luanti Ranau. Lokasi tidak jauh dari Sabah Tea. Bayaran masuk RM5 untuk seorang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak untuk tempoh masa 12 minit sahaja. Namun, kamu tidak akan bakal mengetahui pengalaman apa yang telah diraih oleh orang lain ketika berada di sungai Luanti tanpa, pernah mahu menikmati pengalaman itu sendiri. Tempat ini sangat saya sarankan untuk anda lawati ketika anda berada di Ranau, Sabah.
Sabah Tea RanauLuanti Ranau
Kebetulan ketika berada di Ranau, ia adalah hari Selasa dan merupakan Tamu Ranau. Untuk pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Tamu Pekan Ranau dan ia merupakan sesuatu yang sangat biasa tetapi, turut memberi pengalaman baru buat saya. Makanan yang dijual agak murah cuma, hari itu cuaca agak terik membuat rasa ingin berjalan-jalan itu membeku dalam hati. Hanya sempat membeli makanan seperti kuih-muih dan minuman.
Pekan Ranau
Kembali kepada cerita diawal perenggan tentang lokasi penginapan kami. Kami menginap di Strawberry Garden Hotel yang terletak diantara Pekan Kundasang dan National Park. Kami menyewa sebuah rumah dengan harga yang kebetulan mempunyai diskaun waktu pembelian dengan hanya RM350 sebuah rumah dan mampu memuatkan 20 orang atau lebih. Tempat yang selesa dengan fasiliti 1 single bed + 2 double beds + 1 double decker bunk bed dan 3 tilam tambahan. Juga terdapat dapur dan bilik air. Ia mrupakan rumah satu tingkat dan ia cantik. Paling penting ia selesa untuk sebuah keluarga besar. No complaint !
Strawberry Garden Hotel

Strawberry Garden Hotel
Kenapa hotel ini dinamakan Strawberry Garden Hotel ? pastinya kerana di kawasan hotel ini terdapat taman strawberi yang agak luas. Andai saja ia adalah musim strawberi berbuah pasti gambar-gambar kami tambah indah dengan warna ranumnya strawberry Kundasang. (hehe). Taman Strawberi ini bebas dilawat oleh siapa pun juga dengan bayaran RM1 . Jika anda merupakan penghuni hotel ini, maka masuk adalah percuma. Saya pernah sangat-ingin-mahu masuk ke lokasi taman strawberi ini tetapi, seringkali niat terbatal atas alasan-alasan 'dekat saja, next time boleh lawat' .....dan next time itu akhirnya terealisasi tepat pada waktunya. Tidak hanya saya, tetapi, seisi keluarga.
Strawberry Garden Hotel
Hakikatnya, Kundasang dan Ranau selalu memberikan pengalaman baru buat para pengunjungnya. Banyak destinasi menarik yang tidak mampu dihabiskan dalam tempoh satu hari. Selalu harus ada next time ....

Jumpa lagi ditulisan akan datang !

Post a Comment

7 Comments

Zaza Iman said…
Sebelum ni ada jgk tgk pemandangan rakan2 share yg pergi kundasang. Memang lawa kan.. Zaza pun teringin nak pergi.. Nanti lah kalau ada patner..
Mimie said…
Aishhh lagi menggamit hati nak gi kundasang cepat....memang nak sangat pergi
Wawa Ashihara said…
Jap.. Cla mmg dr Sabah ke? Sbb tgk post cla mcm byk sabah.. Hehehe.. Wawa suka kundasang sbb de kawan kt sana..dia selalu cerita tmpt dia..
Tengkubutang said…
Bestnya kalau dapat pergi kundasang...dengar citer view cantik-cantik kat sana.. kehijauan je
Tengkubutang said…
Bestnya kalau dapat pergi kundasang...dengar citer view cantik-cantik kat sana.. kehijauan je
Syamimi Saad said…
Orang kata sabah memang tempat percutian yang menarik. Keindahannya tu tidak perlu disangkal lagi.
Zurainny Ismail said…
Mmg berbaloi betul bayar RM350 utk 1 rmh banglo gitu. Blh la saya consider next time sbb anak pun ramai. Masuk Taman Strawberry tu, blh ngap strawberi jg ka?