Cerita Gila Di Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia

Selalu ada cerita bila kaki mulai melangkah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sekali lagi Indonesia menjadi negara taruhan untuk bersantai dan mengumpul segala rasa untuk dinikmati. Kesempurnaan percutian bukanlah apa yang dikejar melainkan sebuah pengalaman baru, melihat dan menikmati keadaan dunia sekitar negara jiran. 
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Kawah Puith, Ciwidey....saya datang !
Negara Indonesia bukanlah Malaysia, dan negara Malaysia pun bukanlah Indonesia. Jangan dibandingkan keduanya kerana masing-masing punya keistimewaan juga, kejelekannya. Simfoni alam Indonesia seringkali membuat saya takjub dan suka, semakin jauh ke desa semakin indah pemandangan yang terhidang. Meski perlu berjam-jam diatas jalanraya kerana 'kemacetan' ia selalu terbayar dengan aura keindahan alam yang luarbiasa. 
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Tidak boleh lama-lama di Kawah Putih, tempatnya bersulfur dan sejuk
Gunung Patuha, Indonesia dengan ikhlasnya memberikan dadanya disentuhi bahkan, dipijak oleh tetamu seantario dunia atas nama Kawah Putih yang terkenalnya tidak perlu diucapkan lagi. Jika dahulu hanya sempat bergambar di depan pintu masuk Kawah Putih, kali ini ternyata ia menjadi realiti dan berjaya melihat betapa indahnya karya sang Pencipta dibumi Indonesia.
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Lawatan ini disertai oleh 12 orang dengan dua buah kereta dan gilanya bila sebahagian dari ahli kumpulan tidak berjaya melihat bagaimana rupa Kawah Putih yang sebenarnya.  Tipu jika kecewa tidak melekat dihati mereka, dusta jika pada rasa mereka tidak terselit sedikit sakit hati atau paling tidak 'cemburu' dengan cerita-cerita kami. Pada yang tua mungkin rasa itu 'tiada apa-apa' tetapi, pada yang muda ia pasti 'sangat sesuatu' . Apa pun, ia adalah alasan yang baik untuk kembali lagi di tempat itu pada masa akan datang. Jika ingin kembali melihat Kawah Putih, jangan lupa bermain flying fox di ladang teh dan menaiki bot di Tasik Cinta ~ semuanya melalui jalan sehala dan dihujung jalan itu wujud sebuah Tasik Batu Cinta dengan pemandangan menggoda kalbu. Bukankah segala sesuatu indah pada waktunya ?
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Kawah Putih lokasinya terletak di Gunung Patuha, laluan ke Kawah tersebut adalah tinggi dan jika berjalan kaki pasti seronok rasanya tetapi, mengambil masa yang lama. Justeru, untuk ke tempat itu harus menggunakan perkhidmatan 'ontang-anting' iaitu pengangkutan awam atau pun menggunakan kenderaan sendiri.
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Di kawasan pintu masuk utama Kawah Putih terdapat banyak aktiviti jua-beli dilakukan, strawberry, blueberry, kacang, kopi, semuanya ada dan boleh dianggap murah. Hey, saya juga sempat menikmati persembahan para 'pengamen' disini. Kalau bukan kerana masa, mahu rasanya duduk lama-lama dikawasan itu menikmati pemandangan dan karenah manusiawi sekitar sana. I love this idea. I love taking any opportunity to get away from my daily routine and to create some experiences that I'll remember forever. And, if you wanna be happy, you gotta enjoy every step of your journey. The place was absolutely beautiful !

Just a note, if you are thinking of coming please leave no trash behind. And take with only memories, photos and videos.
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
masa lawatan kebetulan adalah CNY, maka pakai baju merah-lah hehe
Seindah rasa, gambar-gambar ini saya dedikasikan buat semua pembacaku dan juga istimewa buat ahli kumpulan yang tidak sempat sampai ke Kawah Putih atas masalah teknikal pengangkutan. Semoga akan ada 'next trip' buat kita semua untuk berjalan bersama, melihat dan menikmati keindahan bersama.

Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Lihat belon-belon itu ? harganya 10,000 Rupiah
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
3 kali snap bersamanya bersamaan dengan Rupiah 10,000
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Jus strawberry percuma
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Berhibur bersama pengamen, jangan lupa TIPS yaaaa
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Selfie haruslah ada
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Jualan kacang dulu, yuk !
Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia
Cinta bersemi di Kawah Putih
Kawah Putih, Gunung Patuha sungguh meletakkan cerita tersendiri didalam memori dan hatiku. Tempatnya sejuk dan best untuk photoshoot , gas sulfur agak kuat dan semua pelawat dinasihatkan untuk membeli topeng penutup mulut. Tempat ini sesuai untuk dilawati oleh semua lapisan penduduk dunia, tua atau muda.

Cerita Gila Di Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia Cerita Gila Di Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia Reviewed by Precious Cla on 12.2.16 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.