MEMULAI DEKAD KE-4 DI KOTA EROPAH

Saya memejamkan mata untuk tidur, ternyata otak dan hatiku masih mahu bicara. Bermonolog-lah mereka, mungkin satu jam sehingga akhirnya, saya bicara 'cukuplah, esok akan saya tuliskan semuanya'.
MEMULAI DEKAD KE-4 DI KOTA EROPAH
11:15am waktu Eropah, saya baru bangun kira-kira satu jam yang lalu. Saya bangun jam 10am setiap hari, kecuali hujung minggu. Di Malaysia, 7:50am adalah waktu bangun saya setelah matahari menjamah dinding rumah dan terasa hangat ketika berada didalamnya. Sebelum lockdown, saya bangun seawal jam 5:20am untuk ke pejabat selama lebih dari 12 tahun.

Sungguh terang lagi bersuluh, segala sesuatu ada waktunya.

Tulisan ini didedikasikan khas untuk diri sendiri sempena hari lahir saya yang ke-4 dekad. Saya baharu saja memulai dekad ini, di Kota Yunani. Belum banyak cerita untuk diceriterakan, hanya ucapan syukur betapa baiknya Tuhan didalam hidup saya. Saya ditanya, 'apa perasaan menjejak usia ini?'. Biasa saja! 'ada teman terdekat saya, menghirup nafas terakhirnya di muka bumi ketika masih dalam dekad ke-2 hidupnya'. Maknanya, jika hari ini saya menjejak usia ini, ia adalah kebanggaan dan saya bersyukur.

Dekad pertama dan kedua dalam hidup saya, banyak dihabiskan di sekolah (belajar, belajar dan belajar) Bahkan, sehingga dekad ketiga pun, saya masih belajar, belajar dan belajar. Saya mengambil jurusan Information Technology and Management, kemudian mengikuti beberapa program pendidikan awal kanak-kanak semasa bekerja sebagai guru Taska sebelum, memasuki kerja profesional dalam Secretarial Firm dan belajar Akta Syarikat Malaysia, kemudian mengikuti program Business Marketing anjuran JPSM dan SSTC. Tidak berhenti di situ, saya mengambil program kecantikan dan graduate pada awal tahun 2023 dibawah tajaan SLDN. Saya mengenal ramai orang dari pelbagai bidang termasuk, seni dan penulisan.

Semasa Lockdown Covid19, saya menghabiskan banyak masa mengikuti kelas online dalam bidang penulisan teater dan drama. Belajar SEO dan Marketing, ghost writing, copywriting, content creator dan affiliates. Saya usahakan untuk monetized blog dan YouTube waktu itu, saya berjaya monetized. Mustahil tidak boleh, jika ada usaha. Itu saya, 'jika saya mahu, saya akan dapatkan'. Saya mencintai tulisan, mengikuti sayembara penulisan bahkan, ikut serta dalam Commonwealth Essay Competition. Saya turut menjadi penulis blog selama 1 tahun sebagai official supporter Pyeongchang Winter Olympic tahun 2018. Malah turut mengikat kontrak sebagai copywriter dengan sebuah syarikat produk kecantikan terkenal selama 6 bulan. Jadi ghoswriter untuk blog, FB dan banyak lagi. 

Cerpen saya pernah dibukukan oleh Fair & Lovely, juara pelbagai peraduan dengan macam-macam hadiah lumayan termasuk tunai RM6k, Samsung Tab, Xiaomei GoPro, produk kecantikan selama 6 bulan oleh Fair & Lovely, Nivea, beras setahun dan banyak lagi. Untuk peraduan sahaja, saya sudah menang lebih daripada RM15K. Semua terjadi pada dekad ke-2 dan 3 dalam hidup saya.

Setelah berhenti kerja, saya fokus kepada copywriting dan content creative. Saya bekerja dengan beberapa Syarikat secara dalam talian, memutuskan untuk tidak mencari kerja pejabat lagi. Saya mampu mendapat lebih daripada apa yang pejabat berikan setiap bulan. ''Penganggur terhormat'', begitu kata orang luar yang tidak tahu. Walhal, saya sedang berbahagia tanpa perlu bangun terlalu pagi dan menikmati waktu sesuka hati. Bosan? jalanlah cari makan, kerana makan adalah kesukaan saya. 

Saya buat semua, copywriting dan proofreading. Tulis dan edit, sampai saya jatuh hati sama tulisan sendiri. Tahun lalu, saya tulis lebih dari 500 content FB post untuk pelanggan. Catchy, ringkas dan solid. Lepas buat, saya menyapa anjing-anjing dan menyantuni kucing-kucing di rumah. Tidur, bangun dan memasak. Tidak lupa video call 2 kali sehari dengan pacar tetangga. Eh! 

Pada penghujung dekad ke-2 dan 3, saya berfikir 'saya mahu kahwin dengan orang India berkulit gelap' dan pastinya, dengan kriteria tertentu. Tiap kali  berselisih dengan Indian di bangunan tempat saya bekerja, issssh berdebar jantung 'inikah Tuhan?' hahah. Ternyata bukan. bukan. bukan lagi. bukan juga yang ini. ini pun bukan.....begitulah, kata suara hati. Kalau tiada Indian, orang Italy sajalah😂. Orang tempatan bukan tiada yang berminat, cuma saya tiada niat melanjutkan ke tahap 'terpenting' untuk berkomitmen bersama. Lagipun, kita berhak untuk bermimpi dan memiliki misi tertentu. Maknanya, tidak harus sebelah daerahkan? kita layak memiliki mimpi international ✌Biar lambat asal misi tercapai.

Nah, akhirnya saya mendapatkan seorang Yunani, bukan dari kedua bangsa di atas😂. Apakah kerana makanan Mediterranean sedap-sedap belaka maka, Tuhan menuntun hatiku hingga di kota tua ini? atau kepingan puzzle-ku memang disini. Yunani dan Dusun, menjadi satu puzzle yang indah. Sekurang-kurangnya, itu bahasa termudah untuk dimengertikan. 

Dekad baru, di benua baru. Senyum bersulam salam dan peluk dengan warga bukan serumpun, bukan pula bahasa ibu pertiwi tetapi, justeru disinilah kata ''Agape'' sering didengar, 'tetaplah agape satu dengan yang lain'.

Pada penghujung dekad ketiga dalam hidup, saya memutuskan untuk berani melangkah. Jika kita takut melangkah, kita tidak akan pernah tahu seluas apa dunia ini. Meski pada hakikatnya saya mengerti sesuatu, sesuatu yang mungkin akan terjadi bila-bila masa sahaja. Banyak kemungkinan bakal terjadi, tentang usia, tentang keadaan dan banyak lagi. 

Penghujung dekad ke-2 dan 3 merupakan dekad paling banyak kisah suka-duka-benci-gembira berbaur bersama. Saya pernah membenci satu orang dengan benci yang sangat benci. Setiap kali saya bangun pagi, benci itu akan datang menyerang dan setiap malam sebelum tidur saya akan mohon pengampunan dari Tuhan. Risau pula tiba-tiba mati dan masuk pula ke neraka😝. Fitnah? pergilah dengan fitnahmu, saya mampu mengatasinya. Saya mengenal pasti orang-orang ini dan saya tidak suka mereka. Golongan ini bukan mereka yang melekat bencinya dihati saya tetapi, justeru seorang 'malaikat' bagi banyak orang berjaya menumbuhkan rasa benci itu dalam sanubari saya. Ada satu kalimat yang diutarakan kepada saya, umpama seorang jejaka mahu memetik hati wanita pujaannya. Manis sungguh kalimat itu, jika dilontarkan dari orang yang tepat kepada orang yang benar. Setiap kali saya mempunyai 'kenalan baru', orang ini akan jadi kecoh. Tulisan tentang ini, berhenti disini. Penghujung dekad ke-3, Tuhan menyapaku untuk melepaskan pengampunan penuh terhadap orang ini dan esoknya, terjadi sesuatu dan saya hanya tersenyum memandanginya ''Tuhan sudah mengampuni''. Rasa benci itu berakar lebih dari 7 tahun namun, hilang sesaat ketika saya melepaskan pengampunan. 

Dekad ke-4, saya baru memulai belajar bahasa ke-4 setelah Bahasa Melayu, Dusun, Inggeris dan kini bahasa Yunani atau, sebenarnya ini bahasa ke-5 saya kerana saya tahu berbahasa Indonesia? Hidup ini indah jika dikatakan indah, dinikmati dan disyukuri selalu. Tidak perlu bertanding tentang siapa hebat dan 'ada ini, kamu tiada'' atau ''pandai ini, kamu tidak''. Cukup jadi versi terbaik kewujudan kita di muka bumi ini. Saya ulang membaca kita Pengkhotbah 2 kali. Tidak ada yang baru dimuka bumi ini, mengapa harus sombong? 

Santai saja.
Kita akan bersinar ditempat yang benar bersama orang yang tepat.

Terima kasih sudi membaca.
Σε ευχαριστώ πολύ

✍✍✍✍
Tulisan ini berbeza struktur tulisan
: berbeza sebab unpaid article 😹

Catat Ulasan

0 Ulasan