BERTEMU DENGAN DR. ALFRED BASUMATARY (YOUTUBER TERKENAL NORTH EAST INDIA)

[ALFRED BASUMATARY]

Alfred Basumatary was working as an Assistant Professor in Miranda
House University of Delhi and also in Lakshmibai National
Institute of Physical Education; North Eastern Regional Centre
Guwahati. He has a PhD from Physical Education before
becoming full time Travel vlogger
Alfred Basumatary

Akhirnya saya bertemu dengan YouTuber terkenal dan educated dari North East India iaitu, Dr. Alfred Basumatary. Kalau tidak silap perbualan pertama kami lebih kurang 2 tahun lalu melalui video called bersama keluarga saya.  Chit-Chating dan kemudian senyap tanpa lenyap kerana, masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Sebagai fan kepada YouTuber ini, kami seringkali menonton video-video di channelnya.

Siapa sangka kami berjaya bertemu dengannya secara depan mata. Ketika menyambut dia di Airport, jujur saja saya hampir tidak mengenal dia kerana wajahnya agak berbeza dan lebih cerah. Malah, wajahnya kelihatan mirip dengan orang Sabah terutama, orang Dusun. Tipikal orang Malaysia berfikir bahawa orang India itu berkulit gelap, ternyata di India sendiri ada banyak suku-kaum, ras dan budaya. Jangan hairan jika penduduk Nagaland salah sebuah wilayah di India kelihatan mirip seperti orang Korea. 

Alfred Basumatary

28 Julai 2022, di suatu petang menuju malam. Hujan turun dengan lebat menyebabkan traffic jammed terjadi dan kami sampai ke Airport sekitar jam 18:25.

'hey, I'm outside'

'ok coming out'

'ok'

'I'm in front of door'

Saya tidak mengenal dia, dia menegur saya walhal sudah ada di depan mata. ha ha 

...dan bermulalah kisah 2 minggu bersama dengannya dan semua kisah boleh di tonton melalui channelnya 'Traveling Alfred' dan 'Boroni Alfred'. Dia berada di Malaysia selama 1 bulan, sama seperti exploration-nya ke negara lain. Bertemu dengan orang terkenal dan berpendidikan tinggi tetapi, tetap humble merupakan sesuatu yang ramai orang tidak mampu lakukan. Saya bersyukur berjaya bertemu dengan manusia ini kerana, ramai para peminatnya mahu bertemu dengannya tetapi, tidak berjaya. Malah, waktu berada di Sabah ada beberapa orang yang mahu bertemu dengan dia tetapi, waktu tidak mengizinkan.

Terkadang inspirasi kita dapatkan tanpa kita jangka, terjadi tanpa kita berharap tetapi, mungkin waktu itu kita memerlukannya. Paling menarik, saya di ajar bagaimana cara memasak makanan Bodoland dan cara-cara membuat red tea. Sebagai tea lover, saya suka red tea

Alfred Basumatary

Jangan takut mengejar impian 'just go with it. Don't worry about things, don't over plan, don't over pack. Simple is better.' 

Post a Comment

5 Comments

Bae Roslan said…
wahh lucky you. dapat belajar banyak perkara. siap dapat belajar buat tea lagiiii bestnyaaa
Wahh, sure excited jumpa dengan youtuber yang buat content bagus yang kita suka kan. Harapnya dia buat content yang baik-baik tentang Malaysia.
AlongMurni said…
Wah!! Berpeluang keemasan yang harus direbut.. Lagi banyak kenal orang dari luar, lagi banyak input dan informasi yang kita pelajari.. mesti seronok dpt jumpa orang yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk jadi panduan kita d amsa hadapan kan..
仙妮 said…
This is really a good opportunity to meet a famous one, sure you had a good chat & gains some tips from the meet up kan. The tea learning is precious time too. Cheers Siennylovesdrawing
Ruby said…
Bagus you belajar something walau kemana-mana you pergi. Sometimes pengalaman kehidupan seseorang memberi idea kepada kita untuk berani kejar impian. Kadang small talks pun boleh buat kita teruja kan.