CARA SEMAK WANG TAK DITUNTUT SECARA ONLINE

[CARA SEMAK WANG TIDAK DI TUNTUT]

Tahun pandemik merupakan tahun 'kalau boleh, semua duit simpanan kita periksa', selain itu mungkin tanpa kita sedari ada duit yang tidak pernah kita tuntut. Ada akaun Bank yang sudah lama tidak digunakan rupanya terdapat sejumlah Wang Tak Dituntut (WTD).

Cara Semak Wang Tak Di Tuntut

WTD mungkin merupakan komisen, dividen, tuntutan insurans, draft bank yang telah luput dan sebagainya. Selama ini mungkin kita tak kisah sangat atau, mungkin tidak pernah tahu pun. Kita boleh semak WTD secara online iaitu; mlalui Poratl eGUMIS, Jabatan Akauntan Negara.

CARA SEMAK WANG TAK DITUNTUT SECARA ONLINE

Mungkin masih ramai yang belum tahu cara-cara buat semakan, di sini saya kongsikan cara buat semakan Wang Tak Dituntut melalui Portal eGUMIS (Jabatan Akauntan Negara Malaysia).

1. Layari https://egumis.anm.gov.my/
2. Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in)
3. Isi semua maklumat yang diperlukan
4. Periksa email untuk verify link yang diberi
5. Log In semula
6. Kemudia, masukkan semua maklumat yang diperlukan
7. Masukkan nombor IC. 
8. Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut boleh buat permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Post a Comment

0 Comments