BANTUAN KANAK-KANAK RM1000 SEBULAN

Bermula pada tahun ini, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan.

Bantuan kanak-kanak
Jumlah Bantuan Lama
Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (2021)
Jumlah Bantuan Baru (2021)
Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan
Warganegara Malaysia
Menetap di Malaysia

Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita

Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun

Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.

Cara Membuat Permohonan Online / Manual
LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)

Layari laman web rasmi JKM
 http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.

Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang 'Keputusan'.

LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)

Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.

Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN
BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti : 
Salinan MyKad pemohon.
Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.

Post a Comment

0 Comments