Tanjung Aru, Sabah | Pantai, Ombak dan Sunset

Pasti ramai yang sudah mulai rindu dengan pantai Tg. Aru, Sabah. Pantai yang sangat sinonim dengan tempat ungkapan kasih dinyatakan sambil disaksikan senja nan jingga sambil, deruan ombak menjadi muziknya. Pantai Tg. Aru merupakan salah satu destinasi berkelah keminatan ramai, tua dan muda atau dengan kata lain, destinasi tepat untuk piknik bersama keluarga.

TG. ARU BEACH
Untuk berlaku adil kepada sesama, saya sertakan gambar-gambar hujung minggu lalu ketika kami berada di Tanjung Aru sebagai 'sekurang-kurangnya' meredakan rindu terhadap ombak dan pantai Tg. Aru. Almaklumlah, sesetengah tempat di negeri ini masih PKP. 

TG. ARU BEACHTG. ARU BEACH

Jangan bimbang tentang makanan kerana, di sini terdapat food stalls juga. Macam-macam makanan boleh di beli dengan syarat harus patuh kepada SOP dan semestinya, harus mempunyai duit. hehe. Namun, kalau sekadar mahu melihat pemandangan, silakan. Tuhan sudah siapkan pemandangan terindah buat tatapan mata kita. Damparan pantai, deruan ombak, sang mentari....tawa dan bahagia bersatu dengan bayu laut.

TG. ARU BEACH

Apapun, pantai ini agak sesak di hujung minggu. Ramai manusia berjanji datang ke sini. Mungkin kebanyakan mereka sama seperti kita, berjanji datang ke sini pada hujung minggu. Untuk tujuan apa, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya ke sini hanya untuk pantai, sunset dan ice tea - dari penjual yang sama setiap kali ke sini. 

TG. ARU EBACH
TG. ARU BEACH

Dua minggu yang lalu, kami tidak menemukan obor-obor tetapi, Ahad lalu kami bertemu dengannya. Makhluk squishy yang nakal dan agak sakit jika terkena dengannya. So, jangan leka dalam gembira.

Tg. Aru beach


Catat Komen

0 Ulasan