BLOG DUAL-LANGUAGE

Akhirnya, saya memutuskan untuk membuat blog ini sebagai menggunakan dual-language. Pada mulanya, saya berfikir untuk membuat satu blog lagi (meski sebenarnya, ada domain yang sudah saya gagalkan sendiri dan ada pula blog yang dibiarkan bersawang). Entah, blog ini sangat dekat di hati saya. 
Precious Cla
Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat memberi banyak inspirasi kepada saya. Bukan kerana 24 jam saya berada di rumah lalu, saya banyak meluangkan waktu untuk berfikir. Tidak juga. Tahun ini hampir tidak mengalami tekanan - kerja, ekonomi, sosial..

Tahun ini untuk pertama kalinya saya melakukan shopping di Lazada, Wish dan Shopee. Seperti pembohongan, mungkin. Kecuali, memesan makanan dalam talian. Sering saya lakukan sebelumnya. 

Apa pekerjaan saya (sekarang)? 

Banyak - menulis, menjawab, bermain dan semuanya saya lakukan secara atas talian. Jika kamu mengikuti blog saya sebelumnya, pasti kamu sudah baca beberapa tips untuk mendapat income melalui online

Oh ya, saya juga akhirnya memiliki buku sendiri dan akan saya tulis lebih terperinci selepas ini. Kelmarin, seorang teman dari Eropah memesan untuk membeli 2 buku dari saya. Sebenarnya, ia boleh di beli melalui Amazon tetapi, dia mahu autograph saya. Eh, seperti mimpi jadi realiti. Dia merupakan salah satu followers saya di sosial media beberapa bulan lalu. 

Tulisan ini hanya sebuah pemberitahuan bahawa - blog Precious Cla kini dengan rasminya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Bahasa lain ? Nanti saya maklumkan, kisahnya, saya masih sedang belajar satu bahasa asing dan akan saya maklumkan kemudian ketika saya telah fasih. 

Catat Komen

0 Ulasan