PENGALAMAN NAIK TUK-TUK DAN SESAT DI THAILAND

Trip : Thailand

Masih dalam Malaysia merindukan travel berunsurkan tiket kapal terbang. Sebelum saya memulai trip Pulau beberapa hari dari sekarang, saya menyelak diari memori ketika kami berada di Kota  Thailand.

Kisah menarik travel tentang Thailand sudah saya tulis di sini tetapi, belum pernah saya tuliskan kisah kami menaiki tuk-tuk. Tuk-Tuk merupakan salah satu pengangkutan terkenal di Thailand. Tuk-tuk adalah beca berenjin dan beroda tiga. Kapasiti muatan adalah 2 penumpang tetapi, siapa juga yang mahu berpisah dengan teman di tempat asing. Sengaja menyuruh pemandu pelancong untuk memberhentikan kami di pusat bandar tanpa perlu diawasi. Berada di negara asing tidak memerlukan kita menjadi terasing tetapi, sesat di negeri asing adalah sesuatu yang sangat dibutuhkan oleh sang penggemar traveling.
Trip To Thailand
Negara Thailand dinobatkan  sebagai negara yang orangnya suka tersenyum. Jadi, ketika berada di tengah lautan manusia, kemesraan masih hangat dirasakan. Saling bertukar senyum membuat anda berasa tidak terasing meski, sedikit perbualan pun tidak anda mengerti. Kami sengaja meminta pemandu pelancong memberhentikan kami di tengah jantung Kota Chiang Mai, tujuannya agar kami dapat naik tuk-tuk untuk kembali ke hotel. Sekurang-kurangnya kami memiliki pengalaman menaiki tuk-tuk untuk diceritakan kepada keluarga ketika kami kembali ke Malaysia.
Trip To Thailand
tour guide tulis, nama hotel kami...masih di simpan
Kami bertanya kepada pemandu tuk-tuk tersebut 'kami mahu ke Holiday Garden Hotel'', katanya 'okay'. Hanya berpandukan kata 'okay' tersebut, kami yakin pasti akan sampai ke destinasi dengan selamat. Kami terdiri daripada tiga orang dan masing-masing berat badan di atas 50kg atau, sebenarnya hanya saya berkilogram 60 ke bawah. Hari sudah di hujung senja, sebentar lagi malam bakal menjelma. Perjalanan entah sudah berapa kilometer tetapi, kami belum kunjung tiba di hotel Holiday Garden.

Pada awal perjalanan, sang pemandu masih bersikap manis dan dia sendiri menyakinkan kami bahawa hotel itu tidaklah jauh. Saya kurang pasti adakah dia mengerti setiap soalan yang diajukan kepadanya. Suasana terang sudah berganti gelap. Kami masih tertanya-tanya ''bila mahu sampai?'' dan mulai risau jangan-jangan dia orang jahat atau sebaliknya. Kami bertanya lagi dan di setiap suara pertanyaan, kami berusaha menggunakan perkataan paling mudah agar dia faham. Dia tidak pandai bahasa Inggeris dan kami tidak tahu bahasa Thailand. Seperti ayam dan itik namun, itu adalah memori perjalanan yang indah di sebuah negeri asing.

Akhirnya, sang pemandu tuk-tuk menyatakan bahawa kami sudah jauh dan berada di laluan yang salah. Sebodoh itukah dia ? jam sudah menunjukkan hampir jam 8 malam, gila ! jangan pula dia meminta wang lebih kerana, kami di sini hanya sebagai pengejar mimpi yang tak punya banyak wang. Saya sejujurnya tidak berasa marah kerana, kami tidak mengejar lena di malam hari. Kami hanya risaukan jika, sang pemandu meminta tambang berlebihan. Ternyata, memang dia meminta lebih tetapi, masih berbaloi dengan jalan yang panjang. Kami harus menjaga bajet kerana, keesokan harinya kami harus ke negeri Laos.

Ketika kami turun dari tuk-tuk, sang pemandu tuk-tuk masih mampu melontarkan senyuman, begitu juga dengan kami. Pengalaman ini berharga, sesat itu agak baik yang penting kita selalu kembali ke jalan yang benar dan selamat tiba di destinasi tujuan.

Denga tagline seorang Precious Cla ''nikmatilah setiap perjalanan, baik itu suka dan sukar....nikmati saja''.

Post a Comment

0 Comments