TIPS MENDAKI GUNUNG SANTUBONG

www,cla-travel.asia

Bagi peminat hiking/climbing, panggilan untuk mendaki itu sudah pasti terngiang-ngiang di kepala. Asyik rindu mendaki bukit atau gunung. Namun, sebelum anda memulai pendakian, saya sarankan anda membaca kisah di bawah ini sebagai persiapan. Kali ini kita akan mendaki Gunung Santubong, Sarawak. Ada yang sudah sampai ke Gunung Santubong ?
TIPS MENDAKI GUNUNG SANTUBONG

Pengalaman ini dikongsikan oleh Yamin Ismail yang telah mendaki gunung Santubong pada tahun 2019 yang terletak 30 kilometer dari bandar Kuching, Sarawak. Walaupun ketinggiannya 810 meter dan trip ke puncak hanya daypack, gunung ini adalah cabaran hebat kepada para pendaki. Ini kerana treknya sejauh 3.5 kilometer yang menegak dan penuh dengan akar kayu yang berselirat dan bongkah batu.

Untuk mengatasi halangan ini, para pendaki terpaksa menggunakan tali dan memanjat tangga besi menegak 90 darjah yang disandar di dinding batu. Terdapat dua laluan ke puncak yang biasa digunakan. Laluan pertama melalui pejabat Santubong National Park dekat Kampung Budaya Sarawak dan laluan kedua dari Bukit Puteri yang sering menjadi pilihan pendaki kerana treknya lebih pendek.

Mereka memulakan pendakian dari pintu masuk Kampung Budaya Sarawak pada waktu pagi. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak adalah 5 jam. Pihak Taman Negara pula telah menetapkan limit masa kepada pendaki iaitu paling lewat adaah jam 3 petang mesti mula turun dari puncak kerana jika tidak, pendaki akan terpaksa meredah trek dalam kegelapan semasa turun.

Hakikatnya, trek Santubong memang curam. Bukan hanya perlu mendaki, tetapi perlu juga memanjat tebing batu dan tanah dengan berpaut pada akar pokok. Semasa  turun kena kuatkan lagi semangat. Selain itu, para pendaki kena banyak pakai tali dan berpaut pada akar pokok. Memang tangkap lutut. Amalkan teknik turun gostan dan berpaut pada pokok untuk mengurangkan tekanan pada lutut.

Seberat apa pun cabaran dan halangan yang dihadapi, asalkan kita optimis dan bermotivasi, kita pasti akan mampu mencapainya.

TIPS MENDAKI GUNUNG SANTUBONG

1) Bawa air sekurang-kurangnya 2 liter bagi mengelak dehidrasi.
2) Pemakaian ''gloves'' digalakkan untuk mengelakkan kecederaan tangan.
3) Berjalan ikut langkah sendiri dan ambil masa serta tahu had kekuatan fizikal sendiri.
4) Jangan memaksa diri, berehat bila penat atau bila jantung berdegup laju. Jalan perlahan kalau tak mampu laju, lama-lama sampai juga ke puncak.
5) Tiada bayaran dikenakan untuk mendaki Santubong. Pendaki hanya perlu mendaftar nama di pejabat Taman Negara Santubong.

Post a Comment

0 Comments