Covid19 : Stay At Home !

www.cla-travel.asia

Terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada para doktor, paramedik dan seluruh frontlines yang sedang bekerja keras penuh dedikasi dalam mencegah dan merawat pesakit yang terinfeksi Covid-19.
#StayAtHome
Untuk anda yang sihat, mari bantu mereka dengan belajar dari rumah, bekerja dari rumah, dan beribadah di rumah. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang prima.

Malangnya, masih ramai manusia yang berasa dirinya hebat dan menganggap dirinya adalah pemilik hakiki dunia ini sehingga tidak mengendahkan perintah yang telah dikeluarkan untuk tetap #stayathome. 

Ketika anda bekerja, bersekolah atau sedang melakukan aktiviti sebelum ini, saya pasti anda seringkali mahu pulang ke rumah cepat-cepat. Kini, setelah diberikan perintah untuk stay at home, anda seakan-akan lupa nikmat berada dalam di rumah itu bagaimana.

Jika anda mahu tahu di dalam rumah sakit, ada jenis pagi yang berbeza, berisi gesekan suara selimut, mata-mata yang terbuka. Dalam banyak hal, rumah sakit tidak pernah tidur. Lampu terus menyala dan para perawat tetap berjaga tetapi, meski di luar gelap, kau tetap tahu dunia terbangun. Mahukah anda tinggal di rumah sakit ?  Jika tidak mahu, mari membantu menyelamatkan negara kita daripada ancaman virus Corona. Kita hanya perlu berada di rumah dan jangan keluar ke mana-mana.

Baca buku dan tetap berintelek cerdas, biarkan bumi berehat dari aktiviti manusia untuk seketika.

Stay at home and stay safe ! 


Post a Comment

0 Comments