Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial

www.cla-travel.asia ~ Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Sosial Media

Ketagihan bermedia sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter ? pastilah tidak. Setiap ke lokasi itu, harus update, setiap menyantap makanan ini, harus dikongsikan di laman media sosial ? itu bukan saya. Tidak semua hal saya kongsikan, hanya hal-hal tertentu akan saya publishkan kepada tatapan umum. Mungkin kata orang 'mengada-ngada', 'menunjuk-nunjuk', 'sengaja' dan sebagainya. Tidak. Kamu salah besar jika beranggapan demikian.
 Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Saya mempunyai alasan tersendiri kenapa saya harus aktif dilaman sosial media. Tidak mempunyai kerjakah saya ? ada. Saya memiliki pekerjaan tetap dan profesional tetapi, bukankah ada baiknya berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak ? Media sosial bagi saya adalah peluang menonjolkan bakat atau hobi kepada dunia luar. Misalnya, menulis. Kita suka menulis dan tulisan kita bukan diari yang harus dirahsiakan. Tulisan tidak sekadar memuaskan hati tetapi, harus dibaca oleh orang ramai agar tulisan kita tidak mati dan terkubur begitu sahaja. Biar saja apa kata orang lagipula, bukankah pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang ? Potensi diri tidak layak dihapuskan oleh orang lain, dengan apa kata sekalipun. 

Ini Sebab Kenapa Saya Harus Aktif Di Media Sosial

Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Untuk Mendapatkan Part Time Job
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Oleh kerana saya minat menulis dan kerja tetap saya bukan sebagai penulis maka, saya harus memberanikan diri dan menyatakan di Media Sosial bahawa saya adalah seorang penulis. Meski, waktu itu tidaklah sedemikian. Namun, mata penggemar ada dimana-mana. Suatu hari saya mendapat mesej dari seorang yang tidak saya kenali di Media Sosial Facebook. Bertanya kamu seorang penuliskah ? meski tiada yang mengiktiraf saya sebagai seorang penulis yang benar-benar berprofesi sebagai seorang penulis, saya dengan yakin mengatakan ya. Kerana pada hakikatnya, kita semua adalah sang penulis yang menulis sejak usia enam tahun lagi atau kanak-kanak sekarang pada usia tiga tahun sudah diajar untuk menulis sesuatu. Dengan perbualan itu maka, saya diikat selama tiga bulan untuk menyiapkan enam artikel dengan bayaran RM3,000.00. Jika saya tidak aktif di Media Sosial bagaimana mungkin saya dilihat oleh mereka ?

Penyalur Info Dan Iklan
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. Saya memiliki satu prinsip untuk setiap kerja yang dipercayakan kepada saya iaitu, membuat kerja biarlah sempurna jadinya. Untuk update status di Facebook saya mempunyai tiga kelas penggunaan bahasa; pertama, bahasa formal, indah dan teratur ayatnya. Kedua, bahasa pasar atau informal. Ketiga, bahasa Inggeris. Kenapa saya mengelaskan penggunaan bahasa ini ? agar pengguna media sosial akan melihat dan tertarik kepada bahasa saya. Jika saya menggunakan bahasa formal maknanya, saya sedang menyatakan sesuatu yang penting kepada pengguna Media Sosial yang lain atau saya sedang menulis 'post berbayar' seperti iklan kepada rakan pengguna Media Sosial. Jika bahasa cincai sahaja, itu sekadar suka-suka yang tidak banyak membawa faedah kepada sesiapa pun. Menulis di Media Sosial adalah seperti aur ditanam betung tumbuh. Modalnya hanya usaha tetapi, kita mendapat balasan melalui bayaran tunai. Apa alasan untuk saya tidak mengaktifkan diri di Media Sosial ? 

Untuk Menjadi Terkenal
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Mungkin bagi sesetengah manusia Media Sosial adalah platform terbaik untuk menjadi terkenal. Mempunyai puluhan ribu Insta followers, FB Fanpage juta-juta lemon. Hey, saya akui ramainya followers di Media Sosial bermakna anda berpotensi mengaut banyak keuntungan. Ada sebuah syarikat pengiklanan yang hanya dengan 800 orang followers sudah mampu memberi peluang kepada anda menjadi pengiklan berbayar. Tidak banyak tetapi, dalam satu bulan anda berpotensi menerima sehingga RM200 dan keatas. Namun, untuk terkenal bukanlah sebahagian daripada misi saya. Akaun Facebook saya masih belum accept friend requests yang jumlahnya ratus-ratus itu kerana, terkenal bukan menjadi misi saya. Maaf ya. Hmm oh ya, kamu sudah follow Insta saya ? jika belum, sila follow. (haha)

Survey Berbayar
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Survey berbayar
''Dengar cakap enggang, makan buah berluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk'' pernah dengar pepatah ini ? Sesuatu kerja harus dilakukan sungguh-sungguh, usah terlalu mendengarkan kata orang. Jika mahu mendapat side  income melalui media sosial, sebenarnya ia hanya semudah membuat dosa. Yang penting usaha dan jangan malas; juga jangan lupa memeriksa sama ada survey itu betul atau sekadar menguntungkan sebelah pihak sahaja. Antara survey yang mampu memberi ganjaran adalah seperti Vase, iPanel dan banyak lagi. Google-lah ! Kalau tidak aktif di Media Sosial bagaimana mungkin kita tahu ada survey yang sedang dijalankan.
Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial
Antara bayaran untuk post berbayar
Saya aktif kerana berniat, bolehlah dikatakan seperti ada udang disebalik batu. Aktif kerana memiiliki tujuan. Paling penting usaha harus ada dan rajin mencari peluang-peluang yang mampu memberi faedah.

Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial Ini Sebab Kenapa Saya Aktif Di Media Sosial Reviewed by Precious Cla on 9.8.18 Rating: 5

21 comments:

Sarah Amirudin said...

Bestnya dapat mcm mcm offer. Keep on kerja keras. Rezeki ada di mana mana je ;)

Fadzi Razak said...

Saya pun sama. Aktif di sosial media sebab kerja. Kalau ikutkan saya ni sejenis yang agak low profil dan introvert. Tak ada maknanya nak share pasal peribadi dan keluarga serta apa yang saya lakukan dengna hidup saya di luar. Tapi sebagai seorang suri rumah, ini salah satu cara saya untuk dapatkan side income. Jadi, perlu untuk saya aktif di sosial media. kalau jumpa saya berdepan, mesti orang pelik sebab saya seorang yang agak pendiam

syiera firdaus said...

Bestnya dapat offer. Itulah kadang orang suka salah faham bila kita selalu post di media sosial. Sebenarnya ia salah satu cara kita market diri kita juga kan?

adianiez AIDA said...

done follow u, cla.
u have a great points. saya setuju.
lain org, lain cara.
cara kita, rezeki kita, kan.
selagi penulisan kita tu tak ganggu org lain, just continue sharing, cla.
we support each other.
jadikan media sosial ini sesuatu yg best and beri pulangan.
as for me, i am not active doing review or going to an event.
i am here in Melaka. event? a big no la. mostly in KL.
review? still not that interested. my blog is currently i am writing about my life.
previously, i was seriously interested.
got few review offers. i can't meet the datelines :(
i quit. future? i will try lah...

JMR said...

Terbaik..ramai yang tidak tahu bila aktif di akaun social media bermakna akaun bank kita juga akan aktfi menerima bayaran hehe..semoga terus maju CLA!

Cerita Huda said...

sama lah kita, aktif di media sosial sebab kerja. Bukan nak show off dapat pergi ke sana sini, makan itu ini. Niat kita nak berkongsi dan nak buka lebih banyak peluang job masuk. Smeoga murah rezeki selalu

iffah hussin said...

Saya sokong apa yang Fadzi tulis,sy pon happy dengan apa yang saya buat, pembabitan sy secara tak langsung sebagai blogger yang merangsang sy untuk aktif di Media Sosial facebook dan Instagram, Alhamdulillah ada tambahan rezeki masuk.

Mimi Azirah said...

Samalah aktif di sosial media sebab boleh jana pendapatan sampingan di samping ada keja hakiki kan.dari side income nihlah boleh bantu saya tampung macam macam.

AyuArjuna BiGoshh said...

saya pun aktif di sosial media antara sebabnya extra pendapatan. alhamdulillah semakin hari, ada rezeki yang masuk. tak banyak mana pun sikit2 pun ok...still ingat bila terpaksa resign dari kerja yang dah lama sebati dengan diri sebab tak nak ikut company pindah. masa tu rasa dowan juga tapi sebab dah biasa buat kerja sosial media...mujur uga still ada duit masuk dlm akaun walau tak banyak mana

Abby Onety said...

Media sosial memilimi manfaat yang sangat besar jika digunakan dalam hal hal yang positif. Begitu pula sebaliknya.

Ibu Syurga said...

Saya aktif di media sosial dan ia menjadi sumber pendapatan tambahan untuk saya. Bukan kerja sia sia semata mata sebab setiap yang di jalankan ada perancangan strateginya

Mama Hakim said...

Tujuan kita sendiri untuk aktif di media sosial memang berbeza. Apa pun, kita perlu ada matlamat yang perlu di capai apabila memulakan sesuatu

Mazni Azmi said...

Alhamdulillah rezeki sis tu. Kalau dari sumber yang halal dan mengeluarkan keringat sendiri untuk dapat rezeki apa salahnya kan

Hanny Abdullah said...

Sis mmg suka menulis..sblom aktif kat media sosial..diary lah jadi peneman sis tak kira siang malam. Kemudian beralih ke media sosial pulak. Bila dh hidup sendiri baru cuba2 aktif utk cr sesuap nasi..alhamdulillah rezeki ada walaupun x lah byk

Precious Cla said...

Setuju dengan Sis Hany, rezeki ada dimana-mana yg penting kena usaha. :)

Siti Rohaida Yusof said...

Say pun sama. Kira di socmd ni bagi saya extra pendapatan disamping minat dalam menulia blog ni. Orang takde kat tempat kita, memang tak faham apa yang kita buat

Tyna Christyna said...

Terinspirasi dengan gigihnya Semangat menulis2 ko cuzz.. Thank you juga membantu saya sebagai newbie serba sikit pasal blogger ni.. Mau follow macam kau bh.. Nda juga sia-sia aktf dimedia sosial��������

rubydotmy said...

Rezeki Allah s.w.t luas kan. Macam-macam sumber rezeki ada mengikut keselesaan kita. Biar pun kecil je angka, mana tau masa akan datang besar angkanya kan? Hehehe. InsyaAllah.

Nasa Azman said...

Bagus juga kita tahu nak buat duit menggunakan medium yang ramai orang gunakan untuk habiskan masa lapang. Orang lain tak dapat apa. Kita pula dapat wang

Precious Cla said...

Betul tu, daripada asyik online scrolling FB sepanjang hari lebih baik gunakan sebagai sumber mencari pendapatan :)

sya mimie said...

Sama seperti saya juga cla. Aktif dimedia social atas tujuan tertentu. Jarang sekali untuk menunjuk-nunjuk.
Selalunya atas sebab urusan 'kerja' la walaupun kita hanyalah seorang surirumah.

Powered by Blogger.