Atkinson Clock Tower

www.cla-travel.asia  ~ Jom Travel !

Akhirnya hajat untuk melawat Atkinson Clock Tower atau Menara Jam Atkinson tercapai. Jam Atkinson merupakan salah satu struktur praperang dunia II yang masih wujud di perut Bandaraya Kota Kinabalu yang saya cintai.
Atkinson Clock Tower
Menara jam ini dibina sebagai peringatan kepada Pegawai Daerah Pertama Jesselton iaitu, Francis George Atkinson. Beliau meninggal dunia pada Disember 1902 ketika berusia 28 tahun disebabkan oleh penyakit Malaria. Ibunya, Puan Mary Edith Atkinson memperkenalkan jam bermuka dua di bandar Jesselton sebagai satu penghargaan dan ingatan kepada anaknya yang terkasih. Struktur ini disiapkan pada 20 April 1905.
Atkinson Clock Tower
Hanya setelah bertahun-tahun saya bekerja di pusat bandaraya ini, baru hari ini saya berkesempatan menjejakkan kaki dan merakamkan potret di Atkinson Clock Tower Kota Kinabalu. Ada huru-hara beberapa tahun lalu mahu memusnahkan peringatan ini. Tempat ini tidak menggunakan kawasan yang besar. Atau mungkin saja jika kawasan terletaknya menara jam ini mahu dibangunkan apakah susah untuk sekadar memindahkannya tanpa perlu memusnahkan khazanah ini ? Tidak perlu bersikap prejudis kepada apa yang pernah dibangunkan oleh pihak penjajah dinegeri ini, kerana jika mereka tidak hadir maka selamanya tampuk pemerintahan di negeri ini bermahkotakan ke'kuno'an. Jangan dimusnahkan apa yang pernah dibangunkan dengan cinta. Cinta seorang ibu kepada anaknya. 

Atkinson Clock Tower
Bantahan ramai pihak akhirnya berjaya menyelamatkan Atkinson Clock Tower daripada dimusnahkan. Saya mempunyai memori tersendiri tentang menara ini. 02 Febuari beberapa tahun yang lalu, saya tidak pulang ke rumah ketika tamatnya sesi persekolahan hari itu. Saya tidur di surau sekolah kerana malamnya, kami harus berarak mengangkat Menara Jam Atkinson buatan sekolah berarak beramai-ramai hingga ke Padang Merdeka Kota Kinabalu. 02 Febuari merupakan tarikh yang tidak boleh dilupakan oleh warga Kota Kinabalu kerana ia merupakan tarikh dimana Kota Kinabalu akhirnya dinobatkan sebagai Bandaraya. 

Akhirnya saya tahu kenapa sekolah saya menggunakan Atkinson Clock Tower sebagai simbol sempena sambutan pengiktirafan bandaraya, ia merupakan salah satu tinggalan sejarah yang ada di Kota Kinabalu. Jika sejak dahulu ia terpelihara rapi, kenapa pada zaman ini ia harus dimusnahkan ? Tidak ada alasan yang tepat mengapa harus menguburkannya dari sejarah, ia harus dikekalkan di kota tercinta Kota Kinabalu.
Atkinson Clock Tower

Ia turut menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara. Tidak ada ruginya ia berdiri megah di Kota ini. 

Atkinson Clock Tower Atkinson Clock Tower Reviewed by Precious Cla on 2.2.18 Rating: 5

8 comments:

el said...

Lama jugak lah menara tu ye..biarlah jgn diroboh sebagai menjadi tatapan org ramai sbg simbol kasih ibu dan anak

Wawa Ashihara said...

Wah bestnya.. Teringin nk jejak ke KK tapi tak kesampaian lagi... Boleh cdgkn x tmpt2 menarik kt sabah lau utk honeymoon.hehhe

Mimi Azirah said...

Macam menarik je tempat ni.boleh masuk dlm list tempat yg ingin dilawati ni

zaza iman said...

seronok tau baca2 kisah ttg sejarah sseuatu binaan..moga kekal selama2nya untuk tatapan akan datang.

tenku butang said...

amboih.. tengok gambar pun dah buat rasa nak pi sana.. tak tahulah bila berkesempatan.. KK banyak pemandangan cantik dan bangunan bersejarah gak kan.. Atkinson Clock Tower ni pun salah satu simbol untuk generasi akan datang

iu zira said...

Tak penah lagi datang sini, kalau ada masa boleh la lawat tempat sejarah

Liniey Nor said...

seronok tengok bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah ni.. memang tak patut nak dirobohkan sebab kat situlah adanya kenangan kan

Ray said...

Pernah ke sini waktu malam,perjalanan menarik.. berkereta naik bukit, pemandangan cantik melihat bandar (actually bukit x la tggi sgt) binaan bersejarah spt ini haruslah dikekalkan

Powered by Blogger.