#MyTravelokaEscapade | Mendakap Kota London Bersama Traveloka

#MyTravelokaEscapade | Mendakap Kota London Bersama Traveloka 

#MyTravelokaEscapade

Tolong approve cuti dia !

Budak ni dah lama nak bercuti katanya ;

dia dah bosan menghadap konkrit pejabat hari-hari, terima arahan setiap hari, menjadi kuli setiap hari, menahan lelah setiap hari, menahan ngantuk setiap hari, bangun awal setiap hari dan banyak lagi yang budak ni tak tahan. 

Budak ni dah tiga kali ganti passport. Helaian passport bukan penuh cop lalu tukar, bukan. Passport berganti kerana tamat tempoh. Kesian dia ! passport terbaru dia baru ada cop beberapa buah negara jiran tetangga. Dulu dia ada memasang niat untuk menjejakkan kaki ke negara Italy kerana, tempat itu sangat romantik katanya. Namun, selang beberapa waktu dia bertukar minat lalu menuliskan dalam nota kecil yang sering diselitkan dicelah-celah lipatan kain agar orang lain tidak melihatnya. Dia malu tulisannya dilihat ! Dia malu hasratnya diketahui. Aaah dia ! dia memang pemalu.

Setelah meningkat dewasa, rasa itu telah beransur hilang. Keinginan juga telah berubah. Dia tidak lagi berangan-angan ke Italy, kota cinta itu. Dia kini memendam hasrat mahu memasuki negara Ratu Elizabeth. Trafalgar Square telah wujud sekitar 1800-an dan masih gah tanpa angkuh diperut Kota London. Wujudnya terjaga rapi bukti kota London tidak suka memusnahkan sejarah.

Kini dia telah menobatkan negara London sebagai negara idamannya dan mahu melawatnya, cepat atau lambat proses lawatan itu terserah pada waktu yang menentukannya. Dia peminat sejarah, semua kisah London dibacanya. Kensington Palace, Menara London, London Tower Bridge, Buckingham Palace, Windsor Castle ? dia tahu tentang kisah satu persatu kenapa bangunan itu terbina di Kota London.

Dari banyak sudut dalam dunia, kakinya harus dipaksakan sekurang-kurangnya satu kali melangkah dibumi London. Penghuni bangsa itu pernah berleluasa dalam Malaysia suatu ketika dahulu, pernah merawat luka moyang suatu masa dahulu, memberikan pendidikan kepada bangsa negara tercinta, tidak kurang pula yang menanam cinta dalam hati penduduk Malaysia kala British bertapak di Tanah Melayu. Oh, sejarah !
#MyTravelokaEscapade
Sepurnama telah berlalu, kisah itu hanyalah sejarah namun, justeru sejarah itulah mengajak hati budak ini mahu sekali melihat bagaimana wajah kota London. Dari dengar-dengaran, Kota London adalah kota indah, aman dan damai. Hasil tontonan, kota London adalah negara yang mementingkan sejarah, memelihara kisah lalu sebagai sebuah warisan generasi turun-temurun, sistem diraja yang menarik, kisah cinta anak-anak diraja dan banyak lagi.

Budak itu tidak lagi sekadar mengimpikan, ia kini sedang berusaha menjadikan mimpi sebagai realiti selagi hayat dikandung badan. Budak itu tidak lagi malu menonjolkan keinginan hatinya kepada dunia tetapi, menuliskan ia sebagai tatapan semua, budak itu tidak lagi layak disebut budak. Ia telah dewasa. Keberanian sedikit demi sedikit menggunung dan memekar dihati. Baginya usaha adalah nama lain bagi sebuah kejayaan.

Tulisan ini adalah usaha untuk melaksanakan mimpi menjejakkan kaki di Kota London menjadi nyata, Semoga saja Kota idaman sang penulis blog ini melawat Kota London terwujud tidak hanya dalam kepala tetapi, dalam jejak yang nyata.
#MyTravelokaEscapade
Penulis itu adalah saya, sang pemilik mimpi indah. Traveloka, izinkan saya berada di KLIA menuju Dubai sebagai transit sebelum tiba ke Heathrow untuk memenuhi impian saya menjelajah kota sejarah itu. Izinkan saya menggunakan matawang Pound Sterling GBP dalam percutian saya kelak. Izinkan saya melawat Maddam Tussauds sebuah muzium lilin terbesar didunia dan menganggap ala-ala saya telah bertemu dengan semua tokoh besar dunia. Oh, alangkah indahnya itu. Membanyangkan saja pun saya mampu tersenyum kecil apatah lagi, ketika saya benar-benar berada ditempat itu. Sungguh suatu kebahagiaan.

Ada banyak sebab kenapa saya mahu melawat negara London dan ketika saya mahu, saya akan benar-benar berusaha untuk tidak sekadar menjadikan ia memipi belaka tetapi, menjadikan ia sebagai realiti.

Pemohon : Precious Cla 
Kota Idaman : London 
Mimpi diluluskan oleh : Traveloka

Saya ingin bercuti sambil berkelana mengejar ilmu tidak hanya ingin melihat modenisasi kota London, tidak juga sekadar mahu mengangumi indahnya musim panas atau sejuk dinegara Eropah, tidak juga sekadar bergambar megah berlatarbelakangkan kolej dengan taman bunga yang segar tetapi, mencari terujanya perasaan kala berada dalam wilayah yang menganggumkan.

Saya mahu ke London ! menikmati secangkir kopi ditengah kota itu, menghirupnya dengan nikmat seribu ucapan syukur.  2017, London tunggu saya....Traveloka approve cuti saya....saya, penggemar kotamu akan melawatmu dalam jejak terdekatku.

Semoga bertemu, London 2017.
Misi mencairkan hati Traveloka , mendakap Kota London.

Post a Comment

8 Comments

hehe mana tau t terpilih kan.. good luck
precious cla said…
Untunglah kalau #Traveloka pilih kita.... hehe
Amin Hakim said…
Saya pun teringin mendakap kota london ☺☺☺
precious cla said…
Lagi best kalau dapat sponsor hehe :D
Hasrul Hassan said…
goodluck .. moga tercapai impian tu .. :) ramai juga blogger masuk contest Traveloka ni ye
precious cla said…
wow, sifu melawat blog saya hehe... thanks HH
Joel Leslie said…
goodluck! :)
precious cla said…
Thanks, Joel ! I have won the weekly prize.