Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping

Kota Bangkok, Thailand dunia bagi kaki shopping. 
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Saya kaki shopping ? tidak. Pastinya bukan. Ini kali ke dua saya dinegara Thailand. Pertama kali, di Chiang Mai. Ke dua kali, ya inilah ! When I was in Baiyoke Hotel, I woke up at 6 am and headed out for a breakfast. Cup of coffee. Thai fried rice. Breakfast was lovely.
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Sebelum travel ke Bangkok, banyak buku dan dokumentari yang telah saya baca dan dengar tentangnya, terutama Floating Market. Salah satu tujuan saya ke Bangkok juga kerana Floating Market.  Ramai penggemar shopping berkata bahawa Bangkok adalah kota yang paling tepat untuk tujuan tersebut. Benar apa adanya.
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Kami tinggal di Hotel Baiyoke  terletak ditengah kota Bangkok. Aktiviti jual-beli mudah di temui, dari keperluan basic sehingga yang jarang-jarang ditemui dinegara Malaysia (haha). Sang pemandu pelancong berkata jika mahu melihat show wanita jelita jelmaan, anda hanya perlu membeli tiket dan pergi ke show tersebut. Harga tiket ? saya tidak ingat. Kami memilih untuk tidak menyaksikan show tersebut. Bukan takut tewas atau kerana 'mereka' itu lebih jelita dari kewujudan sejati diri ini tetapi, kami memang tidak bernafsu untuk melihat mereka. Tidak teringin mahu melihat para pondan itu. Jika ditakdirkan tempat itu terkena malapetaka dan kita kebetulan berada ditempat itu....bagaimanakah respon orang nanti ? (cewah ! terlihat kesucian jiwa pada tulisan ini. haha).
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Realitinya pengunjung Kota Bnagkok adalah sangat ramai dan kebanyakan mahu membeli borong barang-barang terutama kain untuk dijual kembali sebagai satu kata 'bisnes'. Beli dengan harga murah, jual dengan harga mahal. Seorang kaki shopping pasti rambang mata melihat aneka pilihan yang ada. 
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Tempat tragedi bom Bangkok
I had a great overall experience . Namun, jika ditanya diantara Kota Bangkok dan Chiang Mai, saya tetap dan masih memilih Chiang Mai sebagai sebuah destinasi yang aman, tenang dan tidak sibuk. Saya rela untuk tidak kembali ke Bangkok, tetapi jika diberi peluang ke dua kali 'apa saya masih mahu ke Chiang Mai?' jawapan saya, mahu. Ya mahulah ! 
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Masih ingat tragedi Bom di Bangkok, Jalan Iraman ? kami berada tepat di tempat itu, cuma bukan dihari yang sama. Andai saja hari tragedi itu adalah hari dimana kaki ini sedang berdiri ditempat itu, maka hari ini tulisan ini tidak pernah tertancap disini. Tidak pernah terlihat oleh mata kepala anda. 

Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Kota Bangkok, Thailand..... jika anda adalah si kaki shopping, mungkin Bangkok adalah destinasi yang wajib anda lawati. 
GEMS Gallery International
Selamat  merancang percutian ! oopss, sebelum terlupa, bagi anda yang merancang untuk mendapatkan alat perhiasan seperti, rantai, gelang dan cincin permata, anda boleh datang ke GEMS Gallery International. Harga yang ditawarkan adalah murah dan paling istimewa anda boleh mengukir nama anda pada cincin atau loket tersebut. Bila melangkah masuk gallery ni, memang rambang mata memandang. Terasa ingin memiliki semua barang kemas yang ada. (haha). 

Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping Reviewed by precious cla on 19.3.16 Rating: 5

22 comments:

Julia Mahir said...

Kita tak pernah sampai Bangkok lagi. Yg pernah sampai kat Thailand, Krabi je. kawan2 pun kata Bangkok best. Tah bila la nak sampai.. Huhu. Tapi bawak budak2 baby okay ke kalau gi Bangkok?

mommyirra said...

Bestnya boleh jalan-jalan. So far i tak pernah travel oversea. Over the sea je la seperti langkawi dan sabah. Seronok tengok rakan2 travel enjoy travel.

Precious Cla said...

Hai Julia ~ kalau nak bawa baby ke Bangkok rasanya tiada masalah sebab Bangkok adalah bandar besar dan banyak kemudahan :) btw, foods street dia memang awesome ! :)

adianiez AIDA said...

letupan di bangkok? rasa nyer mcm dah lama, kan...
ada yg terbaru rupanya ye. OMG.
tak dgr plak baru2 ni ada letupan di bangkok.
a friend of mine keje sana for 6 months. ministry of tourism. hopefully she's ok.
sib baik u tak gi on the day. syukur...
i haven't gone to bangkok. kurang minat, so takde plan ke sana.
so far thailand, gi hatyai je. now planning to go to krabi :)
beach!

Murni Alysa said...

Murni tak pernah sampai lagi ke Kota Bangkok. Tapi Bangkok pon ada dlm wishlish travel bila dah mampu sikit. Nak tggu anak besar sikit baru best jalan2..jadi loni kumpul duit dulu laa..

Precious Cla said...

Hey Adianiez ^^ you must be a beach lover ! actually I pun tak minat sangat dengan bangkok, I lebih suka nature dari city hehehe

Airah Syahirah said...

seronoknya. airah memang dah masukkan thailand dalam list nak travel. banyak gila tempat menarik diaorang kan. bestnya

sya mimie said...

Seronoknya bercuti di Thailand.
Ramai juga orang suka ke sana.
Tapi hati dan perasaan ni belum berani ingin bercuti disana.
Tapi seronok baca percutian kawan kawan ke sana.

Lia Hasty said...

Kita tak sampai Bangkok lagi lah. Teringin juga nak ke sana . Selatan Thailand dekat dengan penanh dah selalu pergi. Kalau ingat Thai mesti rindu food & Seven Eleven 😎

Kayathre Kay said...

Nice. I have been to thailand couple of times. Always love this place. Craving to go there again.

Hanny Abdullah said...

Bangkok dah tak sama macam sis pergi dulu. Dulu banyak jugak kedai-kedai tepi jalan jual barangan murah2, now semua dah tersusun di tempat2 yang dikhaskan. Harga dulu jauh lebih murah dari sekarang, so sis pun prefer Hatyai kalau nak bershopping

Maha Mahu said...

Amboi orang perempuan suka lah kalau pergi Bangkok ni hehehe boleh habis beribu-ribu sahaja tak sedarkan,,.. Kita sendiri tak pernah sampai kat Bangkok tapi kita suka kalau pergi bercuti untuk rehat dan juga santai...

iffah hussin said...

Last year saya pergi jalan-jalan cari makan dekat hatyai thailand.. Memang best hatyai surga makanan sedapnye laaa jalan jugalah tempat shopping tapi memang niat tak nak shopping cuci mata sahajalaa nanti nak repeat lagilah

JMR said...

Nrgara Thailand, saya pernah ke Krabi je. Teringin gak nk ke Bangkok. Katanya makanan kt sana mmg meriah..

Cerita Huda said...

Thanks for sharing! Tertarik dengan kedai yang jual barang kemas yang murah dna boleh ukir nama sendiri tu. Lama dah tak beli barang kemas siap letak nama sendiri, last time beli masa nak kahwin, buat hantaran barang kemas. Ni dah 8 tahun, boleh kot nak tambah koleksi barang kemas baru dengan ada nama sendiri

Bonda Chanteq said...

Sebut je thailand....errrmm...yg x kaki shopping pn akan automatik berubah 360darjah jadi kaki shopping tegar kalo dh smpai thailand ni...mmg x dinafikan...xnk shopping...tipss dia jgn bwk duit bnyak...hahahahaha...sbb segala apa nk beli ada kt sana...sediakn duit saja...

Precious Cla said...

Bukan kaki shopping pun boleh bertukar sifat jadi kaki shopping kalau dah nampak macam-macam ^^ haha ^^ good tips ~ jangan bawa banyak duit :P

Mouse Mommy Treats said...

Thailand memang tempat best untuk shopping dan makan. Tapi, perut mouse mommy tak tahan. Mesti kena makan Tom Yam Gong bila ada kat Bangkok ni!

Nadia Johari said...

semua tempat i rasa ialah dunia shopping..hahaha..tapi yang tempat murah jela..hehee..syokla tengok you jalan-jalan..bangkok ramai tengok kawan-kwan pergi..belum berkesempatan lagi nak jejak

Mohamad Faris said...

Tak pernah smp lagi kesini. Org kata Bangkok mmg best tok shopping. Nak masuk dlm wishlist this year. Seronok plak baca entri ni. hehehe

Tekkaus said...

Memang bangkok amat terkenal dengan tempat untuk membeli-belah kan? Harap-harap satu hari nanti boleh lah pergi ke sana. :)

alia farhan Said said...

Bestnya bangkok. .tpi i xpernah smoai lagi bangkok.. Paling jauh pun selalu pi ke Phuket ja sebab suka beach dia.. Tpi yg GEMS gallery tu kt Phuket pun ada gak

Powered by Blogger.