The Body Shop Malaysia MOHON MAAF

Lantaran tulisan yang diterbitkan pada 08 Disember 2015 [Pekerja The Body Shop, Suria Sabah Memalukan] ramai yang berkata mengapa tidak saya 'bom' pekerja tersebut dengan kata-kata marah dan sebagainya. Oh ya, perlukah ? Hanya seorang yang kalah akan melenting dan terbang dengan kata-kata biadap dan saya selalu terbaca sebuah tulisan dengan ayat 'diam tidak bermakna kalah dan tewas'. Saya mengikut segala prosedur yang dikehendaki oleh pekerja The Body Shop untuk diperiksa meski hakikat menyatakan saya tidak melakukannya dan tidak pernah melakukannya.
The Body Shop Malaysia
Malam itu saya menulis tentangnya sebagai sebuah rentetan kisah yang terjadi didalam hidup saya sebagai ingatan disuatu hari bahawa saya pernah mengalami sesuatu yang berkesan ketika masuk kedai The Body Shop, Suria Sabah. Bukan wangian semerbak menjadi ingatan tetapi, sikap pekerjanya menjadi kenangan. Ada hal yang tidak tidak harus dilupakan begitu saja setelah kita diperlakukan sedemikian rupa. 

Ternyata tulisan saya sampai ke bahagian Customer Service & Assistant Operations Manager, Kuala Lumpur. Mereka menghantar mesej kepada saya dan meminta nombor telefon untuk mereka menghubungi saya berkenaan dengan kes yang terjadi. weew ! ok. nombor diberi dan mereka menghubungi saya beberapa kali tetapi, saya selalu tidak berjaya menjawab panggilan mereka kerana kesibukan pekerjaan. Lalu, set time jam berapa boleh telefon. Selasa lalu mereka menghubungi saya untuk mohon penjelasan dan mohon maaf . Mr Cameron berkata bahawa mereka akan menyiasat hal tersebut dan berharap agar insiden sedemikian rupa tidak akan berlaku lagi. Saya tidak kisahlah dorang siasat macam mana saya cuma perlu kata maaf dari mereka. 

Lain kali jangan sewenang-wenangnya 'mencuri waktu' pelanggan dengan hal-hal yang membuang masa. Pelanggan bukan masuk ke kedai tersebut untuk membuang masa melainkan mahu membeli barang kesukaannya. Apatah lagi mencuri dan menjadi perhatian sekeliling. Apa pun, sikap atasan The Body Shop sangat gentleman dan berjaya meraih hatiku untuk tetap memilih produk The Body Shop sebagai produk yang selalu mewujudkan aroma semulajadi yang menggoda. 

Peristiwa itu akan segera berlalu dan pekerja The Body Shop itu juga mungkin tidak selamanya disana. Bukan kerana dia dipecat tetapi, mungkin kerana dia telah melangkah setapak lebih maju dari hari ini. Dimana pun kaki melangkah, jadilah bijaksana.

Andai ini merupakan coretan terakhir saya sebelum Natal menjelma, terimalah salam Natal dari saya untuk semua pembaca budiman dan bertemu ditulisan akan datang selepas Natal atau pada tahun 2016. 

God bless !

Post a Comment

0 Comments