11 November 2015

Kg. Taginambur, Pekan Nabalu : Tersenyum Dalam Kabus Pergunungan

Persekitarannya masih sangat bersahabat dengan alam hijau, udara lembut membelai kulit. Sejuk tak menusuk tulang, panas tak membakar wajah. Penduduknya masih kaya dengan nilai kampung - mesra dan saling hormat sesama insani.
 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Saya selalu ingin dan selalu mahu ikut serta bilamana ada ajakan untuk ke suatu tempat yang kaya dengan alam dan disayangi kabus pergunungan. Kesegaran terasa hingga ke paru-paru tanpa,  perlu menghirup udara asap-asap kereta, asap-asap rokok dan banyak asap lainnya :D Saya ingin punya kampung seperti ini. Segarnya hingga ke tulang sumsum . 

 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Kg. Taginambur merupakan kampung lelaki pertama pemilik wanita bernama saya. Dia membesar disini, menjadi budak nakal disini sebelum dewasanya berhijrah ke kampung lain dan menjadi penetap tegar dikampung lain lantaran, rajinnya ibubapanya yang juga merangkap datuk dan nenek saya mencari tanah sebagai dijadikan aset meneruskan hidup dinegeri tercinta ini.
Minggu lalu berjaya menjejakkan kaki di kampung ini sekali lagi kerana ramainya kerabat bapaku masih disini dan salah seorang darinya menamatkan zaman bujangnya. Sebagai kerabat kami sekeluarga dijemput. Sebagai menghormati, kami hadir.
 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu

Bersalam dan saling membagi senyum diantara sesama sebagai tanda 'lama tidak berjumpa' 'gembira bertemu denganmu disini'..............terkadang kata dari bibir tidak diperlukan, cukup tersenyum sebagai  ganti bicara.

 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Seperti biasa, dimana ada destinasi baru disana ada yang namanya sesi bergambar. Kampung Taginambur, Pekan Nabalu sebuah kampung lembah yang permai dan penuh kehijauan.

Share:

0 comments: