search

Blog Archive

23 March 2015

Projek Komuniti ~ Membangun Cita-Cita Bersama !

Kita hidup di bawah langit yang sama, tetapi tidak semua orang mempunyai cakrawala yang sama. Mula-mula kita membentuk kebiasaan kita dan kemudian kebiasaan membentuk kita. Petang yang hangat sempat menyengat kepalaku sehingga otakku sedikit bergegar memberontak dibawah teriknya mentari Borneo atas satu sebab mahu melibatkan diri dalam Projek Komuniti penanaman sayur sebagai tanda membangun hidup kearah yang produktif, sihat dan maju. 
Projek Komuniti
Antara peserta Projek Komuniti
Projek Komuniti

Projek Komuniti
Sebenarnya saya tidaklah begitu rajin untuk menonjolkan diri ditengah hadirnya rakan-rakan dalam projek ini tetapi, dengan ingatan sekurang-kurangnya saya ada disana bukan untuk mempamerkan wajah tetapi sebagai support kepada projek yang dijalankan. Tidak banyak yang dapat saya lakukan selain menghantar mata ini menjadi pemerhati dikebanyakan masa instead of menyumbangkan tangan ini untuk membantu.
Projek Komuniti
Saya pernah terbaca sebuah kalimat 'jangan biarkan mental menjadi rapuh kerana rasa pesimis. Usir sikap negatif yang melemahkan. Fokus pada target yang diputuskan!' . Baiklah saya memilih untuk bergabung dalam projek komuniti kali ini, meski terkadang malas agak menguasai diri ini (ceeeeh! semua orang punya rasa itu). Namun, bertindak lebih baik dari sekadar bermimpi melihat bangsa ini maju. Jika tiada usaha pertama maka sia-sialah mimpi indah itu.

Projek Komuniti
Jom lumba kereta ^^
Kemalasan adalah kebiasaan untuk beristirehat sebelum kita benar-benar merasa penat. Kejayaan berasal dari keputusan yang tepat, kerana satu keputusan dapat mengubah sebuah masa depan. Projek Komuniti ini saya yakini mampu membangun taraf hidup menjadi semakin baik JIKA ada usaha berterusan tanpa melengah-lengahkan masa, tanpa bermalas-malasan dan tanpa ada manja berlebihan untuk tidur dan rehat lebih panjang dari orang lain.
Projek Komuniti ~ Membangun Cita-Cita Bersama !


Usaha tangga kejayaan....dan saya setuju dengan pernyataan itu. Projek komuniti, membangun cita-cita bersama menuju hidup lebih baik.
Projek Komuniti ~ Membangun Cita-Cita Bersama !
Saya bangga terlibat dengan Projek ni..
Ini merupakan projek komuniti pertama untuk tahun 2015 dan pastinya bukan yang terakhir. Semoga tangan-tangan yang tercipta dikiri dan kanan tubuh setiap warga bangsa ini semakin rajin dan tidak kaku dengan kemalasan menanti mulut disuap dengan kemanisan peluh orang lain semata. Bangkitlah bangsaku membunuh kemalasan, bersama-sama menanam usaha untuk menghasilkan kejayaan demi kejayaan sebagai hantaran kepada keturunan dan generasi akan datang.
 
Share:

0 comments:

Followers