search

Blog Archive

30 September 2014

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu 2015

Setiap tahun jika kaki ini kuat, tubuh ini sihat dan team saya mahu, saya ingin mendaki gunung Kinabalu lagi, lagi dan lagi. Perasaan ketika berada di pergunungan itu berbeza ketika berada di tanah rata. Sangat lain ! apatah lagi jika yang mendaki bersama dengan kita itu adalah orang yang memang kita mahu dia bersama dengan kita sepanjang pendakian tersebut.
Gunung Kinabalu
KM 8 - Ramai yang dah Mental disini hehe
Bukan sebagai kekasih, bukan juga sebagai kawan baik. Cukup sebagai orang yang boleh kita harapkan untuk membantu kita sepanjang pendakian tersebut. Mungkin melalui kata-kata semangatnya atau kata-kata lucu sepanjang berjalan dan lagi bagus kalau orang tersebut adalah orang yang ringan tulang untuk mengangkat beg kita. (adakah orang seperti itu)

Saya pernah melalui jalan-jalan dibawah rimbunan pepohonan sambil mendengar kicauan burung dan sesekali bunyi angin yang menghembus kita. Kadang sendirian, kadang dengan orang lain yang tidak pernah kita kenali namun, ketika pendakian bahkan selama pendakian tidak pernah saya bertemu dengan orang sombong. Semuanya mesra semesra alam dipergunungan nan indah dan sejuk.

Itu merupakan salah satu keindahan sepanjang pendakian selain keindahan alam semulajadinya. Saya tidak pasti sama ada semua orang yang saya temui itu benar-benar orang atau bukan. Namun keyakinan harus 200% mengatakan bahawa itu adalah orang. Saya bukan menakut-nakutkan. Seringkali ketika berjalan saya hanya sendirian kadang, ditemani oleh rakan-rakan. Itu kerana tahap kelajuan berjalan masing-masing adalah berbeza dan saya tidak mahu ditunggu atau menunggu. Berjalan teruslah kerana akan ada guide yang menyusul kita nanti atau yang akan selalu memantau kita. Kita akan selamat.

Saya mendaki Gunung Kinabalu telah beberapa kali dan itu tidak pernah membuat saya berasa puas. Saya mahu kesana lagi dan ingin selalu menikmati panorama gunung. Menyentuhnya dan manatapnya dari jarak terdekat . Perasaan itu seperti menaiki kereta ketempat yang jauh dan tiba-tiba kita terasa ingin kencing tetapi tiada tempat untuk kencing. Sampai satu destinasi yang ada jamban kita pun berhentilah dan melakukan pembuangan air tersebut. I tell you, the rasa is sangat puas dan lega....aaaaahhhhhhwwww ! haha.

Rugi kalau tidak mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai rakyat Malaysia apatah, lagi penduduk Sabah, anda wajib mencuba mendakinya. Sekurang-kurangnya satu kali selama hidup anda masih bergelar manusia bumi. Ketika nafas bukan lagi milik bumi, tubuh sihat dan kamera canggih pun tiada lagi gunanya. Selagi peluang ada, milikilah ia dan pergilah melancong. Sekian, pesanan ringkas dari penaja. hahaha

Tahun 2015 saya akan membuat satu Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu lagi. Tepatnya pada bulan Januari. Bersama saya akan ada 23 orang, lelaki dan perempuan. Tujuannya hanya untuk suka-suka dan semestinya untuk menikmati salah satu pemandangan tercantik di dunia, Puncak Gunung Kinabalu.

Share:

5 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

seronok kalau dapat join nie

Precious Cla said...

Next time nak buat XPDC mendaki bersama Team Blogger :)

Azlan Strider said...

wahhh...bestnya...saya pernah sampai kaki gunung kinabalu jer..memang best..hehe..tapi kalau nk hiking tu kena training balik laa sebab tak nak sangkut di tengah jalan..hehe

Regards,
-Strider-

Precious Cla said...

Hi, Strider

Kalau mendaki tanpa training maknanya menjemput sengsara sendiri ^^ hehe...sbg Malaysian Gunung Kinabalu wajib ditakluki :D

Suria Lekatlekitgurl said...

takpe.. penganjur pun sporting. tulis jer apa yang mampu kita tulis jangan paksa diri buat sesuatu yang kita tak rela nak buat nanti penulisan kita pun jadi tak best

Followers