Event : Sunday School Camp - Session I, 2019

www.cla-travel.asia ~ Sunday School Camp, 2019

Akhirnya Khemah Sekolah Minggu sesi pertama 2019 telah terlaksana dan berlangsung dengan jayanya. Kem kali ini melibatkan kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas hingga remaja 18 tahun ke bawah. Masa yang digunakan adalah terhad dengan hanya menggunakan hujung minggu, Sabtu satu hari penuh dan Ahad petang aktiviti pun selesai.
Sunday School Camp
Kelas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ; kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah, kanak-kanak 7 hingga 11 tahun dan remaja 12 tahun hingga 18 tahun. Lokasi adalah di Kionsom Baptist Retreat Centre, sebuah lokasi lagenda yang berlimpah dengan memori suka-duka kehidupan. Tema adalah : Kasihilih Tuhan Allahmu.
Sunday School Camp
Baptist House, KBRC
Seperti biasa, kanak-kanak di peringkat usia ini merupakan golongan individu yang aktif, lasak dan sensitif. Sebagai seorang fasilitator atau pembantu kanak-kanak, menjaga mereka secara berkumpulan tidaklah mudah. Apatah lagi, ciri-ciri mereka berbeza diantara satu dengan yang lain. Saya sebenarnya lebih suka berada di kelas 7 tahun ke atas tetapi, menjaga kanak-kanak 6 tahun ke bawah bukanlah merupakan hal yang terlalu rumit. Mereka hanya perlukan perhatian dan kasih sayang.
Sunday School Camp
Program adalah menyanyi, belajar, sukan, bakat, mandi sungai dan diantara aktiviti-aktiviti tersebut diselitkan ruangan tea-time dan makan, makan, makan. Tidak hairanlah jika, sekembalinya dari kem ini guru-gurunya menjadi semakin gendut (haha). Terima kasih kepada AJK dapur dan masakan kerana sudah bersusah-payah menyumbangkan waktu dan tenaga menyediakan makanan untuk semua peserta.
Sunday School Camp
Peristiwa indah apabila malam menjelma dan adegan memilih pasangan untuk tidur siapa dengan siapa. Meski bilik setiap peserta sudah ditentukan tetapi, memilih untuk tidur dengan siapa setelah bilik ditentukan adalah atas pilihan sendiri; yang pasti bilik lelaki dan perempuan adalah berasingan kecuali, kanak-kanak dibawah umur 6 tahun masih boleh bersama kakak atau their aunts. Oleh kerana tulisan ini bertujuan untuk mencoretkan kenangan, maka, saya lampirkan nama peserta yang tidur disamping saya waktu itu ; Saya - Acher Boy - Achell- Rara- Deveny. Ketika saya membuka mata di malam yang pekat, tiba-tiba dua anak sudah berada di hujung kaki dengan posisi melintang.
Sunday School Camp
Peneman Tidur Achell

Permainan Lagenda

Duck, duck, goose . Pertama kali saya mengenal dan bermain ''duck,duck,goose'' adalah semasa saya masih bersekolah dan bertempat di KBRC tempat di mana Sunday School Camp diadakan. Saya menjadi pembantu kepada seorang American guy waktu itu dan kanak-kanak yang kami jaga adalah kanak-kanak dibawah usia 7 tahun. Sekarang kanak-kanak itu sudah berada di alam universiti dan salah satu dari jagaan kami waktu itu sudah menjadi young father ketika ini. Waktu berlalu dengan pantas dan selang waktu antara lalu dan kini, banyak hal yang kita perhati dan nikmati, tidak hanya merayakan perkahwinan dan kelahiran tetapi juga, memperhatikan kematian orang-orang yang kita kenali satu-persatu.
Sunday School Camp
Duck, duck, goose
Tema Sunday School Camp - Kasihilah Tuhan Allahmu
Sunday School Camp
Sunday School Camp
Tema untuk sesi pertama kem Sekolah Minggu kali ini adalah Kasihilah Tuhan Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu.

Jumpa lagi !
Event : Sunday School Camp - Session I, 2019 Event : Sunday School Camp - Session I, 2019 Reviewed by precious cla on 9.4.19 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.