search

Blog Archive

9 March 2016

Blogger Di Tengah Hutan

Hello, blog. It is 6.00 pm. Talking to you always give me enlightenment. It is awesome. I am awesome. Few years later down the road, I shall look back feeling super proud of my self. Super. Instead of taking rest, I am looking at you. Typing on you page. Thanks, blog. Now, I am a blogger (weew) padahal setiap orang juga boleh dan mampu menjadi seorang blogger jika mahu. 

Saya seorang blogger ditengah hutan didalam dunia ini. Tak dilihat manusia. Saya cuma perempuan kampung yang dikelilingi tumbuhan hijau di kawasan rumahnya. Mendengar cengkerik dipetang hari, mendengar ayam berkokok di awal hari. Terkadang manusia diseberang sana melihat negeri ku sebagai negeri yang tiada kemajuannya. Penghuninya tinggal didalam hutan. 
Terkadang mereka berkata benar apa adanya. Negeriku kurang maju berbanding negeri mereka kerana mereka tertatah rapi oleh pemerintah yang korupsi. Negeriku terabai kerana kerakusan pemerintah mereka; yang juga dengan tak malunya mahu memerintah negeriku, meragut segala kekayaan negeriku, merampas apa yang bukan hak mereka sebagai dijadikan harta pusaka mereka. 

Namun, bukan itu yang ingin saya utarakan. Walaupun saya bicara melalui kata-kata, tiada siapa akan peduli. 'dasar penghuni hutan' pasti katanya. Apa pun kata itu, saya bangga menjadi anak hutan. Menghirup udara segar setiap hari. Melihat alam ciptaan Tuhan selalu. Teknologi mungkin membantu anda melihat hutan tetapi, tidak pernah membantu anda untuk hidup dan menikmatinya, merasakan dan mencintainya. 

Setiap hari saya menghirup aroma hutan, setiap hari saya juga menikmati kota raya. Ada orang memegahkan kota dimana dia berdiri kerana tidak ingin diketahui orang bahawa dia sebenarnya hanyalah orang kampung. Ada orang menegaskan bahawa orang kampung yang tinggal berhampiran dengan hutan kurang tahu akan dunia luar, tetapi hari ini anda membaca tulisan ini dan ia turut membawa makna bahawa orang kampung yang mesra dengan hutan tidaklah ketinggalan seperti apa yang kepala otak anda fikirkan. Knowledge, you say ? Yes. Knowledge. I mean, come on. Open up. We all live in the internet world. Mana ada lagi yang namanya ketinggalan maklumat. Kecuali dirimu yang tidak tahu apa-apa tentang negeriku. (haha). People, don't be such a bully. Because I am a citizen of the world, not a citizen of your close-minded minds.

Eh, kenapa saya menaip dengan serius ni. Ish naaa. Saya cuma merindui zaman penulisan esei, setiap hari, dikala usiaku menjejak 16 ke 17 tahun. Hari-hari menulis esei. Hari-hari membaca buku ilmiah. Demi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan ia memberikan hasil A+ untuk subject tersebut, maju sebagai pelajar terbaik keseluruhan tingkatan untuk subject Bahasa Malaysia. oh, kenangan ! dan jika hari ini saya menulis sesuatu yang serius, itu kerana saya pernah terinspirasi oleh seorang India dimasa laluku.
Blogger Di Tengah Hutan
Kata-katanya, tulisan dan pujiannya menjadi salah satu alasan mengapa saya menjadi seorang blogger hari ini. Meski hanya seorang blogger di tengah hutan. By the way, gambar di atas itu merupakan gambar satelit kampung halaman saya. Penuh kehijauan alam . Saya pasti ada diantara mata yang melihat sedang asyik mencemburui hutan tempat dimana saya tinggal dan hari ini saya menjadi seorang dewasa yang suka meneroka dan memenatkan kaki, berjalan dimana-mana dengan harapan dapat bertemu sang dolphin dan penguin.

Seorang blogger di tengah hutan, suatu saat yang terpilih saya akan menemukan dolphin dan penguin dan akan meneceritakan kisah itu buat kalian, pembaca blog ini.

Share:

0 comments:

Followers